Pelakon Shima Anuar kini menanti detik kelahiran anak keduanya yang kini sudah mencecah lima bulan.
Malah, Shima ada berkongsi video bersama anak sulungnya, Marian Sophia yang dilihat sedang memasang meja sebagai momen terindah mereka berdua.
“Moment yg takkan lama. Enjoying while I can. Hopefully bila dia besar nanti Instagram still wujud. So then dia boleh tengok balik semua ni.. Love you sayang mommy Sophia,” tulisnya.
Sehingga kini, video yang telah mendapat hampir 30,000 tontonan itu mengundang rasa sebak netizen melihat gelagat dua beranak itu yang bekerjasama melakukan aktiviti bertukang.
Ads
Ads
Untuk rekod, Shima dan suami, Mohd Solih Toha sudah mendirikan rumah tangga pada April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Marian Sophia yang kini berusia 1 tahun 4 bulan.
Teka-teki sudah terjawab! Akhirnya, usahawan Tya Arifin telah mendedahkan jantina kandungannya. Jawapannya ialah ‘It’s a Girl’.
Berita gembira itu dikongsikan Tya yang juga menantu kepada penyanyi tersohor negara DS Siti Nurhaliza di Instagramnya.
“Alhamdulillah. Video ini Tya buat dalam bulan December tahun lalu. Terimakasih Ya Allah atas rezekimu. It’s a Girl.
“Yang Tya harapkan adalah semoga baby dan Tya sehat wal’afiat, mohon doa dari semua, memandang beberapa minggu lagi Tya akan bersalin, semoga semuanya berjalan lancar. Terimakasih semua ,” tulisnya.
Pelakon Noorkhiriah menerusi salah satu posting di Instagram ada berkongsi rasa mengenai isi hatinya.
Entri foto yang merakamkan gambar ayat-ayat suci Al-Quran itu ditinggalkan bersama kapsyen yang cukup menjentik hati.
Kongsi pelakon Nur 2 ini, tiba-tiba hatinya sebak mengenangkan sebelum ini dia hanya menyelak sehelai demi sehelai ayat suci al-Quran sedangkan boleh mengadap telefon 24 jam sehari.
“Tetiba hati ni rasa sebak sangat rupanya dah lama tak pegang dia betul2, takat pegang cmtu je.
“Allah..napelah akak boleh pgg hp 24/7 sehari tapi dia..selak selai 2 je..rasa 0 hati..happy mmg happy tapi rupanya tak happy.
“Gais..ini ingatan wat akak..happy cmne idup tiba masanya pasti hati akan jadi sebak ttiber..tandanya Allah suh betul2 ingat Dia,” tulis Khiriah.
Tambahnya lagi, cukuplah apa yang dimiliki sekarang ini, malah dia turut memberi bayangan bakal bersara daripada dunia lakonan.
“Cukuplah dengan Dunia yang tak menjanjikan pape…banyak mende yg dah terasa kini..yg mana nak ke langit ke bulan silakan..akak dah taknak kemana..cukuplah dgn apa yg ada.
“Nak belajar paksa hati tuk cari bekal,tak selamanya orang sayang kita tapi Allah sampai bila2 sayang akan HAMBANYA inshaAllah akan setelkan keja apa yang patut sebelum berehat panjang,” kongsinya panjang lebar.
Tidak seperti sesetengah ibu bapa lain yang terus berkongsi wajah sebaik sahaja lahir ke dunia, pasangan selebriti Shakilla Khoriri dan Fizi Ali pula ada cara tersendiri.
Menurut Shakilla, dia akan mendedahkan wajah puteri sulungnya, Ameena Sofia apabila genap 30 hari (14 April depan).
“Dalam rasa berkurun dan berjanggut rasa nak habiskan 30 hari, Pejam celik dah nak dekat 30 hari dah.
“Insyallah perjanjian 30 hari selepas Ameena dilahirkan baru Umi & Daddy akan reveal and post gambar Ameena sejenis proper.
“Penat lah nak jawab makcik pakcik yang sibuk mengata Umi.
“Tak..Tak hebat pun anak saya ni untuk disorokkan muka sebelum umur 30 hari. Umi & Daddy ada alasan sendiri KENAPA.
“Umi & Daddy pun excited and tak sabar nak share every moments Ameena. dan sebab tu jugak wujud account Ameena Sofia ni sebab selain Umi & Daddy kalau rindu2 boleh tengok Video and gambar kat sini , boleh jugak Umi & daddy share banyak perkara dengan Mommy & Daddy kat luar tu.,” tulisnya.
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.