Pelakon cantik, Nelydia Senrose yang baru saja pulang dari mengerjakan umrah mengakui, dia tidak mahu tergesa-gesa memaklumkan soal perancangan kahwinnya dengan kekasih yang dikenali sebagai Hafiz kepada umum.

Meski tidak menafikan dirinya sudah bersedia untuk bergelar isteri, namun adik kepada pelakon Uqasha ini bagaimanapun lebih gemar untuk membuat persiapan dengan tenang dan berdoa agar semuanya dipermudahkan.

“Saya rancang untuk berkahwin tahun lalu, tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana komitmen kerja masing-masing dan sebagainya. Jadi kami ambil itu sebagai pengalaman sebab kalau boleh biarlah proses itu berjalan dengan lancar,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai persiapan kahwinnya setakat inipula, Nelydia memberitahu dia berdoa agar semuanya berjalan lancar, cuma ketika ini dia belum bersedia untuk berkongsi mengenainya secara terperinci.

“InsyaAllah saya hanya berani untuk kongsi fasal kahwin bila persiapan dah sampai 80 peratus.

“Bahkan sejujur ketika di Mekah, saya juga ada berdoa agar semuanya berjalan lancar. Kalau betul sampai waktu dan jodoh, harap ia dipermudahkan. Kalau tak jadi pun, harap ia dipermudahkan juga.

“Malah sehingga kini saya masih minta diberikan pentunjuk. Misalnya kami rancang tahun lalu, namun atas kekangan kerja dan komitmen lain, masanya belum tiba lagi,” jelas Nely.

Tahun lalu, Nely membuat pengakuan yang dirinya kini sedang hangat bercinta dan turut berkongsi foto sebentuk cincin di Instagram sebagai simbolik hatinya telah dimiliki.

Foto: Instagram Nelydia Senrose

Apa Kata Anda