Penyanyi Kaka Azraff mengakui dia kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungannya sudah mencecah bulan keenam.

Kaka atau nama sebenar, Nor Atiqa Noor Azraff, 34, berkata pada mulanya dia ingin membuat pengumuman mengenai dirinya sedang berbadan dua ketika menjayakan persembahan pembukaan Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) namun kemudian menarik balik keinginannya.

“Ya, betul saya kini sedang hamil, berbadan dua dan usia kandungan sudah masuk enam bulan.

“Pada mulanya saya rancang nak ‘tayang’ perut ketika di akhir persembahan pembukaan AJL37 tapi bila fikir balik it’s not my place untuk berbuat demikian.

“Saya tak nak steal the limelight sebab AJL adalah malam untuk para peserta yang bertanding.

“Lainlah kalau itu adalah showcase saya ke apa kan,” katanya ketika dihubungi MH.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

Bakal bersalin pada awal bulan Jun ini, Kaka bagaimanapun enggan mendedahkan lagi jantina anak ketiganya sebaliknya akan berkongsikan perkara itu selepas bersalin kelak.

Menurut pelantun lagu Gila itu lagi, walaupun berimpian untuk memiliki empat cahaya mata, namun buat masa ini dia dan suami akan ‘tutup kilang’ terlebih dahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

“Kalau dulu, saya selalu rasa nak empat orang anak tapi bila dah nak anak tiga ni, saya rasa cukup tiga buat masa ini.

“Sebabnya, lepas ini saya nak lebih berikan fokus kepada kerjaya. Sekarang memang saya sedang berehat untuk tumpukan pada kandungan.

IKLAN

“Lepas bersalin, memang saya nak beri fokus sepenuhnya pada karier nyanyian, sebab itu sekarang saya all out untuk hal peribadi dulu.

“Saya tak nak asyik start kemudian stop balik (kerjaya) sebab mengandung. Sekarang kira momentum okay dan best sebab anak-anak lebih kurang sebaya, boleh membesar bersama-sama,” ujarnya lagi.

Untuk info, Kaka mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Adam Azriff pada 14 Disember 2018.

Hasil perkahwinan, Kaka dan suami dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Aslan, 4, dan Aryan, setahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI