Pelakon dan usahawan, Dynas Mokhtar tidak menafikan situasi keguguran rambut melampau yang dialami khasnya para ibu sebelum dan selepas melahirkan cahaya mata menjadi antara topik yang sering dibicarakan.
Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 39, berkata, menyedari akan hal tersebut, dia serius menitikberatkan kandungan terbaik menerusi produk syampu Wellsen X Dynas, yang eksklusif kerana menggunakan sepenuhnya bahan organik.
“Bagi saya, masalah keguguran rambut bagi wanita yang melalui proses kehamilan adalah suatu perkara normal, termasuk saya sendiri.
“Sudah menjadi kebiasaan apabila kita sering mendengar mengenai masalah atau keluhan mengenai hal tersebut daripada para ibu.
“Sebab itulah bila saya terlibat di dalam kerjasama ini, kunci utama yang saya cuba untuk titik beratkan ialah kesihatan terhadap kulit kepala. Kadang kita sibuk nak jaga rambut, tapi bahagian kulit kepala pula terabai.
“Jadi sebab itulah antara kandungan yang terkandung di dalam syampu ini ialah Aqua Cell yang mampu beri kelembapan 48 jam sekali gus atasi isu keguguran rambut. Selain itu, saya suka elemen ‘mint’ (berangin).
Ads
“Saya pernah menggunakan syampu yang dibeli dari United Kingdom sebelum ini. Saya sukakannya kerana ia berangin bila digunakan. Jadi saya terfikir untuk aplikasikannya pada syampu keluaran khas ini, tapi saya tak mahu ia ada bahan kimia yang tidak baik untuk rambut.
“Jadi bila melalui proses penyelidikan dilakukan, kita ambil keputusan untuk letakkan organik Camomile bagi mendapatkan elemen yang segar di samping minyak esensial pudina yang mampu memulihkan folikel rambut,” katanya lagi.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Syampu Wellsen X Dynas, di Wanra Cafe, Bukit Jelutong, Shah Alam, baru-baru ini.
Turut hadir pada acara berkenaan ialah Pengarah Eksekutif WeGlobe Marketing Sdn. Bhd, Seng Sin Mon yang mewakili Wellsen.
Ads
Berbangga dengan edisi premium istimewa dengan harga mesra milik, bintang drama Korban Kasih ini turut meminta pengguna supaya cakna soal kandungan sesuatu produk sebelum membelinya.
“Sebab itulah saya sarankan kepada pengguna baik lelaki atau wanita untuk ketahui dan ambil peduli apa fungsi bahan yang terkadung di dalam sesuatu produk, lebih-lebih lagi yang melibatkan soal penjagaan diri, termasuk syampu.
“Misalnya apabila berlaku keguguran rambut yang banyak, barulah mula baca label apa isi kandungan pada botol.
“Sebab saya percaya ramai yang kurang tahu bahawa silikon di dalam syampu berupaya membuatkan rambut lembut tetapi penggunaan dalam tempoh lama juga boleh menyebabkan rambut gugur dan rosak.
Ads
“Anda perlu tahu apa yang diletak di atas kepala sama seperti apa yang anda makan, sebab kesannya mungkin bukan masa sekarang tetapi akan datang,” katanya lagi.
Syampu Wellsen X Dynas boleh didapati di platform e dagang seperti Shoppee, Lazada dan maklumat semasa mengenainya juga boleh dirujuk menerusi laman media sosial pelakon berkenaan.
Majlis sama turut diserikan dengan persembahan penyanyi Atilia Haron selain kehadiran rakan artis seperti Aishah Sinclair, Daphne Iking, Yasmin Hani, Sasha Abdul Aziz dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Rita Rudaini akui teruja apabila berpeluang membawa anak-anaknya bertemu dengan negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad secara empat mata di pejabatnya pada Rabu.
Menurut Rita, pertemuan tersebut merupakan memori terindah buat dirinya dan anak-anak kerana berpeluang merasai sendiri aura yang dimiliki pemimpin tersebut.
Pada masa sama, Rita turut memanjatkan doa semoga Tun Mahathir dan isteri sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah SWT.
“Kami doakan Tun M dan Tun Siti Hasmah sentiasa di beri kesihatan yang baik dan sentiasa di lindungi ALLAH SWT.
“Banyak lagi soalan nak tanya. Teruja sungguh Ryan dan Qaqa jumpa Negarawan.
“Kami sayang Tun. Tun terindah dan terulung,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Rita dan anak-anak sangat bertuah selain turut menganggap Tun Mahathir sebagai pemimpin yang banyak berjasa buat negara.
“Kami duduk UK ni, kalau pergi mana-mana dan orang sana tanya dari mana, kami jawab Malaysia pasti mereka petik nama Tun M. Bangga kami.
“Seronoknya jumpa Tun. Tuah anak-anak. Sejuk perut mak hang mengandung anak-anak bertuah.
“In sha Allah, anak-anak sis akan jadi orang tersohor satu hari nanti.
“Bertuahnya anak-anak. Dapat rasakan satu hari nanti dua beradik ni kerjanya hebat,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih 500,000 tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Personaliti dan usahawan, Rozita Ibrahim meluahkan rasa syukur dan lega apabila pembedahan bagi membuang bisulnya selamat dijalankan.
Jelasnya menerusi entri di laman sosial, bisul yang dihidapi andai tidak dibedah berkemungkinan boleh membawa maut.
Malah bisul yang disifatkan sebesar dua tapak tangan itu dinamakan sebagai Bisul Raja Sotong kerana punya banyak mata dalam satu kelompok.
“Syukur boleh balik petang tadi Keluar dr hospital Damansara Specialist, tkasih pd semua staf yg sgt peramah dn baik melyani sy, Dr Naqiyah yg sgt menyenangkan dn memudahkan urusan sy masa nk bedah tu , lega alhamdulillah.
“Darah masih byk lagi , xboleh banyak jaln sbb luka yg besar.
“Tkasih pd semua yg mendoakan sy dn komen yg baik2 ..baru sy tau ni bukan bisul biasa “ dlm byk2 komen tu sy terbaca ia adalh bisul raja satong “ berbelas2 matanya dalm 1 kelompok.
“Bisul kalau x bedah ia akn merebak dn makan daging lain bahaya kumannya boleh merebak dn bawa maut bergantung pd antibody sesaorang..!!
“Apa sy share ttg sy ni mudahan sebagai info pd anda yg x pernah kena bisul..!! Sy x sangka teruk sbb baru 4 hari ia boleh begitu serius merebak..!!
“Lebih mengharukan bila rasa lega dibisul tapi bila dirumah buka bil terkujut dekat rm9k macam bersalin kosnya, terasa rabak dipoket. Gurauan bonda sebelum buka puasa
“Jaga kesihatan anda juga ya. Tkasih atas persahabatan anda semua yg menemani sy dgn komen2 yg indah dn positif, rasa bahagia disayangi anda semua,” kongsinya.
Penyanyi Siti Nordiana menolak dakwaan tajuk single baharunya, Amaran yang turut menampilkan Bunga Isme sebagai menyindir mana-mana pihak.
Menurut Siti Nordiana atau Nana, lagu berkenaan sudah diterimanya tahun lalu dan tiada kena mengena mengenai sesiapa.
Malah single tersebut dihasilkan sejak setahun lalu selain judulnya juga sudah ditetapkan lebih awal.
“Jujurnya, tak ada kena-mengena dengan sesiapa. Malah tajuk dan lagu itu senduri pun sudah diterima tahun lalu.
“Saya pun tak sangka ada yang bertanya mengenai perkara itu memandangkan ia tiada kaitan pun dengan apa yang berlaku pada saya,” katanya.
Lagu Amaran ditulis komposer, Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat dan kedua-dua mereka turut terbabit sebagai penulis lirik bersama Bunga.
Mengulas mengenai komen netizen yang diterima sejurus dia memuat naik promosi awal lagu tersebut di Instagram pertengahan November, Nana akui terkejut.
“Sebetulnya, ia sebahagian rangka promosi. Apa yang saya muat naik ke Instagram itu juga adalah material dari pihak Warner Music dan saya cuma jalankan tugas saya,” katanya lagi.
Nana pada masa sama tidak boleh menghalang persepsi orang lain.
“Saya tak boleh nak cakap sebab saya tak tahu apa persepsi orang. Bagi saya, memang tak ada kena mengena dan tajuknya dah tak boleh nak diubah. Ia hanyalah hiburan,” katanya.
Berkongsi mengenai kehidupannya selepas isu berkaitan kes mahkamah membabitkan lima individu lain diperkatakan, Nana memilih untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Saya teruskan hidup saya macam biasa. Saya tak nak ambil tahu apa yang berlaku. Apa yang penting, saya nak fokus kepada karier.
“Semua proses mahkamah, saya ikut sahaja dan biar pihak mahkamah yang tentukan,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama di samping Alif Satar, Sayap Bagimu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular Bollywood, Kajol mencetuskan kontroversi apabila menunjukkan rasa kurang senang terhadap permintaan seorang wartawan untuk bercakap dalam bahasa Hindi sewaktu menghadiri acara Anugerah...