Baru-baru ini, kisah penghijarah usahawan dan bintang media sosial, Sasha Abdul Aziz untuk tampil berhijab sepenuhnya nyata mendapat perhatian ramai pihak.

Menerusi perkongsian terkini di laman Instagram, Sasha memaklumkan dia sendiri tidak mempunyai jawapan untuk menjelaskan mengenai kisah penghijrahannya itu namun, dia percaya semua orang berhak mendapat hidayah daripada Allah SWT.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sasha aziz (@sashaabdulaziz)

“Ramai bertanya dan curious macam mana Sha boleh terdetik nak berubah dan terus drastik berubah? Maaf Sha takde jawapan untuk soalan ni.

“Yang Sha tahu Allah sayang kita semua
Hidayah milik Allah. Keep on making doa everyone dont give up tau,” tulisnya.

“Ramai Tanya Macam Mana Terus Drastik Berubah, Maaf…,” – Pakai Hijab, Sasha Abdul Aziz Teruja Proses Hijrah Dapat Sokongan Ebit Lew “Ramai Tanya Macam Mana Terus Drastik Berubah, Maaf…,” – Pakai Hijab, Sasha Abdul Aziz Teruja Proses Hijrah Dapat Sokongan Ebit Lew

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak sesekali berhenti berdoa agar kita sentiasa dibukakan hati untuk berubah ke arah yang lebih baik.

IKLAN

“Sha doakan korang semua dimewahkan rezeki yang tidak pernah putus dan mendapat keberkatan Allah,” jelasnya lagi.

“Ramai Tanya Macam Mana Terus Drastik Berubah, Maaf…,” – Pakai Hijab, Sasha Abdul Aziz Teruja Proses Hijrah Dapat Sokongan Ebit Lew “Ramai Tanya Macam Mana Terus Drastik Berubah, Maaf…,” – Pakai Hijab, Sasha Abdul Aziz Teruja Proses Hijrah Dapat Sokongan Ebit Lew

Menerusi entri berasingan, Sasha turut menzahirkan rasa teruja apabila proses penghijarannya itu turut mendapat perhatian daripada pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Ustaz Ebit dilihat ada menitipkan ucapan tahniah buat Sasha diatas keputusannya untuk berhijrah itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sasha aziz (@sashaabdulaziz)

IKLAN

“Masyallah idola sha dm @ebitlew . Salam subuh buat followers Sha yang Sha kasihi.
okay jom subuh guys

“Sekadar berpesan untuk terus istiqomah 1.Solat pada waktu yg ditetapkan. 2.Baca quran setiap kali lepas solat. Insyaallah Allah jaga kita,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar Sasha terus istiqomah dalam penghijrahannya itu.

“MasyaAllah you were beautiful before and even more now b.

IKLAN

“MasyaAllah cantiknya Sha.

“Semoga istiqomah Sha. Nampak ayu sangat macam ni.

“MasyaAllah tabarakallah cantiknya. Baiknya Allah pada kita,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

“Ramai Tanya Macam Mana Terus Drastik Berubah, Maaf…,” – Pakai Hijab, Sasha Abdul Aziz Teruja Proses Hijrah Dapat Sokongan Ebit Lew “Ramai Tanya Macam Mana Terus Drastik Berubah, Maaf…,” – Pakai Hijab, Sasha Abdul Aziz Teruja Proses Hijrah Dapat Sokongan Ebit Lew

Terdahulu, kisah penghijrahan Sasha mula menjadi sebutan apabila dia sering kali kelihatan memuat naik gambarnya yang mengenakan hijab sejak beberapa minggu yang lalu.

Sumber: Instagram Sasha Abdul Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI