Isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah menyifatkan suaminya sudah menerima balasan di dunia menerusi hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap penyanyi itu, baru-baru ini.

Aliff yang popular menerusi lagu Sayang Sayang Sayang dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Negara Singapura selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai dalam kejadian yang berlaku tahun lalu.

Selepas dua minggu menjalani hukuman terbabit, Alif dibebaskan pada Ahad lalu.

Bella menjelaskan, biarpun ujian yang diterima Alif berat namun dia bangga dengan suaminya kerana tidak melarikan diri dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.

“Tak semua orang berani mengaku kesalahan dan saya bangga dengannya.

“Alhamdulillah ramai yang mendoakan tapi ada juga mulut-mulut jahat yang kata dia buat hal lagi sedangkan itu kes lama.

IKLAN

“Aliff sudah menerima balasan di dunia dan dia sedang memperbaiki dirinya. Saya selalu berpesan kepadanya supaya sentiasa kuat. Sebagai seorang lelaki, dia kena mengaku kesilapannya.

“Dia pun tak lari daripada apa yang dah dia lakukan. Kes itu tidak terlalu berat tapi di Singapura sangat tegas sebab itu dia kena juga jalani hukuman yang ditetapkan,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu ditemui di Havoc Food Festival 3.0 di Stadium Shah Alam selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad.

IKLAN

Havoc Food Festival 3.0 mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam. 

Turut hadir pada majlis perasmian Havoc 3.0 adalah Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

Dalam pada itu, Bella berkongsi mengenai jualan laksa di karnival itu dan bersyukur menerima sambutan yang amat mengalakkan selepas sudah lama tidak dapat turun padang untuk berniaga.

IKLAN

“Ini merupakan kali ketiga saya sertai karnival makanan Havoc. Sebenarnya saya seronok bila berniaga cuma buat masa sekarang tak ada perancangan nak besarkan lagi empayar perniagaan.

“Sebab saya masih ada adik yang bersekolah dan saya tak rasa yang saya ada masa untuk fokus bisnes buat masa sekarang. Tapi kalau ada lagi karnival macam ini, saya akan turut serta.

“Saya sangat gembira kerana karnival ini membantu saya menambah pendapatan. Respons yang diterima daripada pengunjung yang datang pun baik,” katanya. 

Acara yang memberi peluang kepada barisan selebriti dan peniaga tempatan menjana pendapatan selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 menyaksikan pengunjung yang hadir turut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI