Selepas menderita demam akibat seluruh badannya diserang campak hingga terpaksa bermalam di hospital, kini Qayyum sudah dibenarkan pulang.
Berita tersebut dimaklumkan penjaga kenapa kanak-kanak berkenaan, Datin Sei Nur Shahida yang juga merupakan isteri kepada pengarah kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.
Menerusi sekeling foto yang dimuat naik, Shahida turut memberitahu rambut lebat Yom (panggilan buat Qayyum) terpaksa dipotong kerana ada bahagian kulitnya menggelupas di kawasan tersebut.
“Dah keluar wad, gunting rambut now dah sampai rumah. Saya suka rambut dia lama sebab lebat. Tapi terpaksa potong sebab dah start menggelupas di kepala, kesan campak.
Pada masa sama, Shahida turut menjelaskan ibu kandungnya pasti lega kerana Yom sudah sihat.
“Dah sihat nak bagi ke pangkuan mak dia pun senang hati, ambil sihat pulang pun kena sihat,” katanya sambil mendapat reaksi pebagai daripada netizen.
Kisah mengenai isu mahu menjaga kembali Yom difahamkan mulai tercetus apabila kononnya keluarga usahawan tersebut tidak melayan Yom seperti sepatutnya.
Bagaimanapun, hal tersebut dinafikan pasangan usahawan ini.
Foto: Instagram Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seperti tidak senang dengan kebahagiaan yang ditonjolkan Isa Khan bersama kekasih, Evelin Nada Anjani yang merupakan DJ popular Indonesia di kritik netizen.
Malah, pelakon lelaki itu turut terpalit dengan kritikan dan kecaman.
Dalam sebuah laman web popular misalnya, ada pengguna media sosial yang turut memuat naik foto lama Evelin.
Evelin sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama komedian, Aming Sugandhi sebelum mengambil keputusan berpisah setahun kemudian.
Bagaimanapun, ada juga sebilangan peminat turut mendoakan pasangan ini cepat-cepat naik pelamin.
Foto : Instagram Isa Khan dan Evelin Nada Anjani. Google.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Showcase prelude AJL 33 ini mempersembahkan finalis yang akan bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu 33 pada 3 Februari 2019 nanti.
Finalis yang membuatkan persembahan pada Showcase prelude ini Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Sufian Suhaimi, Ara Johari, Syamel, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Amylea Dan Kaer.
Bukan itu sahaja, Nabila Razali, Ismail Izzani, dan Zaaim Mentor 7 juga turut memeriahkan lagi Showcase ini.
Showcase Prelude AJL 33 ini diadakan bagi khas sebagai menghargai peminat setia AJL dan juga memberi ruang kepada peminat untuk beramah mesra bersama finalis.
Diucapkan semoga berjaya kepada semua finalis AJL 33!
Nantikan debaran AJL 33 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur 3 Februari depan di TV3.
Foto : Instagram TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Elisya Sandha mencuri perhatian apabila berkongsi satu hantaran yang mengejutkan ramai pihak menerusi aplikasi Threads, pada Rabu.
Menerusi hantaran tersebut, Elisya seakan-akan meluahkan rasa...