Pelakon, Fattah Amin meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan ramadan yang mulia bersama yang tercinta.
Menurut Fattah, sambutan puasa tahun ini sangat istimewa buat dirinya meski sedikit berbeza akibat penularan wabak Covid-19.
Selain itu, pelakon berusia 29 tahun ini memberi anggapan setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersendiri.
“Syukur Alhamdulillah. Ramadhan yang cukup istimewa tahun ini walaupun kita semua di uji dengan Covid-19 tapi kita semua di beri kesempatan meluangkan masa yang banyak bersama keluarga.
Ads
“Solat jemaah bersama keluarga, sahur, berbuka, teraweh bersama yang mungkin selama ini kita jarang berpeluang untuk tunaikan bersama.
“Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan kejayaan pasti menunggu kita semua InshaAllah.
Ads
“Bagaimana dengan Ramdhan anda setakat ini?,” tanya Fattah.
Bakal bergelar bapa tidak lama lagi, Fattah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fazura yang kini sedang hamil 4 bulan selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Foto: Instagram Fattah Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang dirai tanggal 16 Mei setiap tahun, Zulin Aziz ada menitip dedikasi teristimewa buat arwah bapa, Abdul Aziz Jaafar yang merupakan seorang guru.
Bintang berusia 31 tahun ini mengimbau kenangan bersama arwah bapa disaat dirinya bergelar seorang pelajar sebelum ini.
“Happy teacher’s day Abah. Masa sekolah,org lain bg salam “Assalammualaikum cikgu”, zulin sorang2 bangun, “Assalammualaikum Abah”.
“Balik rumah abah tegur,kakak kat sekolah kene panggil abah cikgu, sama mcm orang lain. Makan kat kantin dengan murid lain.
Ni tak… ikut masuk kantin cikgu.
“Selalu dapat makan free ..makcik kantin belanja sebab aku anak cikgu favourite dia..kihkih.
“Abah ni cikgu tak reti nak marah, dengan anak murid dok main teta teki ,buat lawak dia…patut jadi kesayangan. Hari guru ,aku2 pun dapat hadiah.
“Kerja sekolah dia yg bagi ,dia yg buatkan haha…anak abah mana boleh tegur Arghhhhhhhhh rindunyaaa!
“Psst… Abah cikgu yg kawen dengan anak murid dia sendiri yaaa, mama pun kemainnn ngorat cikgu. Ernm tak mengorat, tak dapatlah aku,” kongsi Zulin.
Sementara itu, Zulin turut menzahirkan rasa rindu seterusnya mendoakan agar arwah bapa ditempatkan di kalangan orang beriman.
“Dia bukan saja cikgu kat sekolah,dia juga cikgu yg mengajar aku erti kehidupan mendidik aku sejak lahir. I miss you so much abah.
“Al-fatihah Cikgu Abd Aziz Jaafar
Semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.
“Selamat hari guru juga buat semua cikgu2 Terima kasih kerana mendidik kami,” tulisnya panjang lebar.
Kisah tragis tiga beradik yang meninggal dunia selepas dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, pada 5 Syawal lalu nyata menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Jenazah ketiga-tiga beradik itu telah selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Limbat, Bukit Payung, Marang.
Berita tersebut menerima pelbagai reaksi dari orang ramai, termasuk PU Azman yang turut menitipkan doa buat tiga anak muda yang telah pergi mengadap Illahi.
Sambil memetik hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim, perkongsian tersebut dizahirkan penceramah bebas itu menerusi Instagram.
“Pilu. Doakan mereka dan keluarganya semoga tabah.
“Kejadian tiga beradik mati lemas di Sungai Terengganu Kampung Kuala Telemong.
“Mereka ialah Khalif Naim, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang dan dilaporkan baru sahaja menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas.
“Khairil Firdaus pula ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang manakala Umar Iskandar adalah pelajar Universiti Malaya.
“Semoga arwah ketiga-tiga mereka diampuni dan dirahmati Allah. Takziah buat ibu dan ayah serta seluruh ahli keluarga.
“Semoga mereka mendapat syahid.
“Maksudnya : “Orang yang mati syahid 5 golongan, iaitu mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah” (Bukhari Muslim),” tulisnya.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan tiga beradik berusia antara 16 hingga 21 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di muara Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, ketiga-tiga remaja berkenaan, Khalif Naim, 16, Khairil Firdaus, 17 dan Umar Iskandar, 21, dipercayai mandi di lokasi berkenaan. Al-Fatihah…
Foto: Instagram PU Azman, Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!