Pengarah Urusan Rumah Produksi Merah (RPM), Datuk Eddy Amir Salim, memberi amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa telah memuat naik kandungan rakaman konsert anjurannya di media sosial tanpa kebenaran.
Malah pihaknya turut difahamkan, ada yang mengenakan caj langganan dan tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi sekiranya aktiviti ini masih lagi berterusan.
“Apa yang mereka buat adalah membeli tiket Wings di tempat paling hadapan dan membuat rakaman penuh. Malah, ada juga yang mengadakan sesi siaran langsung.
“Kemudian, mereka mengenakan caj langganan bulanan antara RM16 hingga RM60. Ini adalah cetak rompak alaf baru.
“Jika tidak dibendung, ia akan memberi kesan kepada industri muzik,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa RPM di Baba Nyonya House, Petaling Jaya, Khamis lalu.
Menurut Eddy, tindakan sedemikian bukan sahaja membolehkan pihak tersebut mengaut keuntungan besar secara haram, sebaliknya turut menjejaskan reputasi pihak penganjur dan pemegang hak cipta rasmi.
Ads
Cetak Rompak Digital Perlu Dihentikan
Bagi menangani isu ini dengan lebih serius, RPM berhasrat membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Ini bukan isu baharu. Sudah banyak konsert lain yang menjadi mangsa. Kami ingin mengadakan pertemuan bagi mencari jalan penyelesaian dan mengekang masalah ini daripada terus berleluasa.
“Sebenarnya, kami boleh mengambil tindakan berdasarkan amaran di tiket yang melarang sebarang rakaman sepanjang konsert. Tetapi, buat masa ini, kami masih memberi peluang untuk mereka menurunkan video tersebut,” jelas Eddy.
Eddy turut menekankan, aktiviti haram ini mengganggu proses syarikatnya dalam menjual kandungan konsert kepada pihak berlesen, sekaligus merugikan pihak yang menjalankan perniagaan secara sah.
Ads
Terangnya lagi, beberapa konsert anjuran RPM termasuk Wings Rock Emperor turut didakwa menjadi mangsa cetak rompak digital ini.
Barangan Eksklusif Turut Dicetak Rompak!
Selain rakaman konsert, barangan eksklusif kumpulan Wings turut menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ads
Vokalis Wings, Awie, dalam pada itu turut sama meluahkan kekecewaannya apabila mendapati barangan eksklusif Wings telah dicetak rompak dan dijual secara haram.
“RPM adalah pengeluar sah barangan eksklusif Wings, tetapi masih ada pihak yang menciplak dan menjual produk tiruan.
“Ini bukan sahaja merugikan kami, tetapi juga merosakkan industri. Namun, pihak kami telah mengenal pasti mereka yang terlibat,” katanya.
Dengan pelbagai isu cetak rompak yang semakin berleluasa, RPM kini bersedia untuk mengambil tindakan lebih tegas bagi melindungi hak cipta serta kepentingan industri hiburan tempatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Persembahan memukau melayakkan Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Aliff yang popular menerusi lagu Sayang Sayang berjaya mengetepikan saingan yang diberikan lima finalis lain.
Kemenangan itu membolehkan Aliff membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.
Naib juara pula disandang Nikki Palikat, sekali gus melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.
Tempat ketiga disandang Suki Low. Sebagai ganjaran, penyanyi itu memenangi hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.
Adibah Noor dan Azan apabila menduduki tempat keempat dan kelima. Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 dan RM15,000.
Sementara itu, Aweera diumumkan sebagai peserta yang menduduki tempat keenam, membawa pulang wang tunai RM10,000.
Minggu final menyaksikan Aweera meraih Anugerah Digi Betul-Betul Luar Biasa dan Bintang Cuckoo.
Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow.
Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).
Program akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan onsert akhir turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada alumni GV8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kes tular kematian kanak-kanak, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang ditemui mati di Gunung Raya dalam keadaan hanya tinggal tengkorak kepala serta cebisan rambut mendatangkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia.
Fakhrul UNIC menerusi laman Instagram meluahkan kemarahan ke atas kes kematian dan menyifatkan pembunuh kejam dan hanya mengikut nafsu semata-mata.
Berkongsi keratan akhbar menyiarkan kronologi kes pembunuhan kanak-kanak malang ini, ulas penyanyi nasyid ini lagi, semoga keadilan dapat ditegakkan.
“GILA…Dah agak dah ni bukan kes biasa yg berlaku sblm ni, mati di tgn pengasuh..n pengasuh takut n sembunyikan kematian..ni KES DERA & BUNUH..kejam,akibat ikut nafsu semata2..apala dosa anak ni..moga ada keadilan buatmu aisyah #bintangsyurga.”
Netizen turut terkesan dengan kisah tidak masuk akal itu dan membuat telahan masing-masing akibat emosi yang melanda. Namun janganlah kita mudah berprasangka buruk, kita serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab kita.
Selain Fakhrul, beberapa selebriti lain turut menitipkan doa. Al-Fatihah untuk adik Nur Aisyah Aleya.
Foto – Instagram Fakhrul UNIC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Hollywood, Colin Farrell, membuat keputusan berat untuk menempatkan anak lelakinya, James, 21, yang menghidap sindrom Angelman, di sebuah pusat jagaan jangka panjang.Menurut...