Perkongsian pelakon Puteri Sarah Liyana yang memuat naik gambarnya bersama rakan selebriti, Diana Danielle meraih perhatian pengikut serta peminat setianya.
Dalam entri tersebut, Sarah, 37, yang baru menyambut ulang tahun kelahiran berkata dia gembira dapat bertemu kembali rakan lamanya itu.
“Kawan yang sudah lama terpisah berhubung kembali @dianadanielleb,” tulis Sarah ringkas di ruangan kapsyen.
Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan yang dimiliki kedua-dua aktres popular itu termasuk rakan artis, Sari Yanti.
Pempengaruh yang juga selebriti TikTok, Haikal Irfan mendedahkan minatnya untuk mendalami aplikasi TikTok sebagai cabang rezeki bermula sejak diberhentikan kerja akibat pandemik.
Haikal atau nama penuhnya Muhammad Haikal Irfan Othman, 23, berkata, dia sebelum ini mempelajari bidang kulinari lalu memulakan kerjaya dalam dunia masakan sebagai cef pelatih atau commis chef di sebuah hotel.
“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya diberhentikan kerja dan pulang ke kampung di Ipoh.
“Pada masa itulah ‘cinta’ saya terhadap TikTok berputik setelah bosan menganggur. Saya godek satu persatu kelebihan yang ada dan pelajari cara cari duit melaluinya.
“Tak disangka-sangka, baru dua bulan main aplikasi ini, video saya tular dan momen manis itu menyuntik semangat untuk hasilkan kandungan video lebih kreatif dan berkualiti,” katanya.
Irfan bagaimanapun mengakui ketika itu hasratnya untuk menjadi ‘TikToker’ tidak direstui kedua orang tua.
“Mereka suruh saya cari kerja tetap yang lebih terjamin, tetapi saya tetap berkeras untuk jadikan TikTok sumber pendapatan.
“Ahli keluarga memang tak setuju dengan keputusan saya. Keras kepala, saya tekad lari dari rumah bawa diri ke Kuala Lumpur untuk tuntut ilmu seni kreatif selain peluang yang terbuka luas,” akuinya lagi.
Kini setelah hampir lima tahun mendalami dan menyelami selok belok aplikasi media sosial popular itu, Irfan kini mampu tersenyum dengan pencapaian yang diraih.
Malah pada Jun tahun lalu, perjuangannya di medan digital demi mempengaruhi sejuta warga maya mengikutinya di platform TikTok akhirnya terlaksana.
Sehingga ke saat ini, dia berbangga dengan perolehan dijana daripada platform TikTok yang mencecah sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan, bahkan pernah mencatat angka sekitar RM50,000.
Sesudah berjaya memiliki lebih sejuta pengikut, Haikal mulai mensasarkan matlamat baharu iaitu untuk memastikan akaun miliknya diiktiraf oleh pemaju aplikasi berkenaan menerusi pentauliahan lencana biru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Puteri Sarah mendedahkan dirinya sering menerima komen berbaur hasutan, yang dilihat sebagai cubaan memisahkan hubungannya bersama suami, pengarah Syamsul Yusof.
Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, individu tersebut dipercayai sering meninggalkan komen tentang hubungan suaminya dengan wanita lain.
“Makin lama diam, makin menjadi komen. Setiap kali post mesti ada komen you tapi i buat tak tahu. But this time around nak tanye apa motif you eh?,” tulis Puteri Sarah.
Menurut Sarah, dia sudah lama berdiam tapi lama kelamaan individu tersebut masih lagi berbuat demikian sehingga menimbulkan persoalan tentang motifnya itu.
Terdahulu, Sarah tidak mahu mengulas lanjut mengenai status perhubungannya bersama Syamsul.
Bagaimanapun, Sarah berkongsi yang suaminya itu masih menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa termasuklah memberikan nafkah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengasas Asri Ahmad Academy, Datuk Mohd Asri Ahmad menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan individu yang menggunakan media sosial untuk menyebarkan informasi yang mengelirukan.
Ia termasuk senario segelintir selebriti dan pempengaruh dalam mempromosikan produk pelaburan saham yang didakwa tanpa mengikut syariah.
“Ada segelintir masyarakat kita mempromosikan produk tak patuh syariah. Malah penglibatan influencer atau selebriti dalam pelaburan saham tidak patuh syariah juga membuatkan ramai orang keliru.
“Sebab itu pentingnya masyarakat untuk belajar tentang pelaburan saham ini dari saluran yang betul. Kita kena selidik dahulu produk syariah yang dipromosikan.
“Kalau nak tahu syarikat atau produk itu sah atau tidak sah, kenalah rujuk pihak berkuasa seperti Bank Negara sebelum terlibat dalam mana-mana produk,” katanya.
Serentak dengan itu, seramai 132 orang graduan telah menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Profesional Analisis Teknikal dan Sijil Profesional Pelaburan Syariah di Grand Ballroom Hotel Tenera, Bangi pada semalam.
Modul pembelajaran khusus yang dipelopori Asri Ahmad Academy (AAA) bermula tahun 2021 ini telah mendapat pengiktirafan pihak UTMSpace dan terbukti releven untuk dipraktikkan dalam pasaran dan situasi sebenar.
Sijil Profesional Analisis Teknikal merupakan program kerjasama UTMSpace dan AAA yang mula ditawarkan pada tahun 2021 dan telah berjaya melahirkan 42 orang Profesional dalam bidang Analisis Teknikal.
Sijil Professional ini telah melahirkan pedagang saham yang mahir menggunakan teknik analisis teknikal yang diguna pakai oleh pakar-pakar pasaran saham seperti pengurus dana di seluruh dunia.
AAA turut menawarkan Sijil Profesional Pelaburan Syariah yang menitikberatkan kepada produk-produk patuh syariah di Bursa Malaysia yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dan mahir dalam bidang masing-masing.
Majlis penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh Sr Ts Dr. Zakaria Mohd Yusof, Pengarah Pembelajaran Sepanjang Hayat UTMSPACE dengan disaksikan oleh Datuk Mohd Asri Ahmad, Nik Ihsan Raja Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah International Federation of Technical Analysis (IFTA), dan Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre, Ustaz Yaakub Yusra.
Bagi yang berminat dengan Sijil Profesional Analisis Teknikal dan Sijil Profesional Pelaburan Syariah ini boleh melayari laman web rasmi mereka.
Dalam majlis sama, AAA turut menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Maahad Integrasi Madad (MIM) untuk berkongsi ilmu pelaburan saham kepada pelajar-pelajar tahfiz yang telah menamatkan pengajian.
Objektif program ini adalah untuk melatih golongan ini supaya mampu menguruskan kewangan disamping menjana pendapatan melalui pelaburan saham.
AAA akan bertanggungjawab dan memberikan komitmen dalam menyampaikan ilmu pelaburan kepada para pelajar tahfiz ini.
Malah, Sijil Professional ini mampu melahirkan pedagang saham yang mahir menggunakan teknik analisis teknikal yang diguna pakai oleh pakar pasaran saham seperti pengurus dana di seluruh dunia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Haqiem Rusli berpandangan peminat tidak seharusnya berhenti memberikan sokongan kepada artis kesayangan mereka hanya kerana selebriti tersebut memilih untuk mendirikan rumah tangga.