Walaupun dilihat sudah mempunyai tubuh badan ideal, namun pelakon Atikah Suhaime akui dia disiplin dalam menjaga pemakanan demi kesihatan tubuh badan untuk jangka masa panjang.

Menurut Atikah atau nama sebenar Nur Atikah Mohd Suhaime, 31, segala perkongsian ‘content’ makanan sihat yang dibuatnya menerusi platform TikTok bertujuan memberikan ilmu dan manfaat buat semua.

“Itu hanyalah content di TikTok. Saya tak pandai menari atau buat content lain. Jadi, apa yang saya dapat daripada personal trainer, saya kongsikan kepada orang ramai. Semoga ia memberi manfaat kepada orang ramai.

“Diet yang saya amalkan adalah untuk kehidupan yang lebih sihat.  Sekarang ramai yang jatuh sakit di usia muda… jadi kenalah lebih berhati-hati,” katanya kepada MH.

Atikah berkata demikian ketika sidang media drama terbaharu lakonannya, Aku Seorang Perempuan, baru-baru ini.

Sudah Cantik Langsing, Atikah Suhaime Bukan Jaga Makan Demi Kurus; “Diet Yang Saya Amalkan Untuk…”

IKLAN

Drama tersebut yang juga adaptasi novel tulisan Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin mengisahkan perjalanan hidup penyanyi Siti Nordiana atau Nana.

Selain Atikah, drama itu dibintangi Fezrul Khan yang membawakan watak bekas suami Nana iaitu Allahyarham pelakon Faizal Yusof yang meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.

Artikel Berkaitan;

Atikah Suhaime Pelik Dia Dikata Nampak Muda, Meski Umur 31; “Saya Bukan 50, Kena Nampak Macam Makcik-Makcik Ke?”

IKLAN

“Rather Be Single For The Rest Of Your Life,”- Atikah Suhaime Beri Nasihat, Minta Wanita Jauhi Lelaki Suka Minta Duit

Berkongsi mengenai wataknya itu, Atikah kata untuk naskhah ini dia perlu mengkaji perwatakan Nana bagi menghidupkan karakter tersebut.

“Kalau dalam drama lain, saya boleh buat sesuka hati.  Tapi untuk watak ini saya perlu berhati-hati kerana Siti Nordiana seorang yang popular dan ramai peminat.

“Saya takut apa yang diterjemahkan itu mungkin bukan gambaran sebenar peribadinya dan disebabkan itu saya rajin bertanya kepada Nana termasuk sampai ke makanan kegemaran dia apa untuk hidupkan wataknya,” katanya.

IKLAN

Drama arahan Hashim Rejab itu turut dibintangi Adriana Adnan, Hafidz Roshdi, Mustaqim Bahadon dan Aleza Shadan.

Aku Seorang Perempuan bersiaran di TV9 pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.30 malam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI