
Istana Buckingham mengesahkan bahawa Raja Charles III telah mengambil langkah drastik dengan mencabut semua gelaran diraja dan kehormatan rasmi milik adiknya, Prince Andrew, susulan tekanan berterusan terhadap reputasi monarki British.
Dalam satu kenyataan rasmi, pihak istana memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas Raja Charles meneliti semula kedudukan Duke of York tersebut yang sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, termasuk hubungannya dengan jutawan pesalah seks, Jeffrey Epstein.
Dengan keputusan berkenaan, Prince Andrew tidak lagi akan dikenali sebagai ‘His Royal Highness’ atau ‘Prince Andrew’, sebaliknya hanya menggunakan nama rasmi Andrew Mountbatten-Windsor dalam urusan awam.
Seiring dengan itu, beliau juga telah diminta untuk mengosongkan kediamannya di Royal Lodge, Windsor, dan berpindah ke penginapan lain di bawah kawalan estet diraja.
Tindakan tersebut menandakan salah satu detik paling tegas dalam sejarah monarki moden Britain apabila seorang ahli keluarga diraja dicabut gelaran secara rasmi oleh raja yang memerintah.
BACA JUGA: Meghan Markle Dituduh Tiru Logo Bandar Sepanyol? Datuk Bandar: “Kami Tak Mampu Nak Saman.”
Pemerhati istana berpendapat langkah itu menunjukkan kesungguhan Raja Charles untuk memperkukuh semula integriti dan imej institusi diraja, yang sebelum ini tercalar akibat skandal membabitkan adiknya.
Putera Andrew sebelum ini berundur daripada menjalankan tugas rasmi sejak tahun 2019 selepas terpalit dengan tuduhan salah laku, meskipun beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.
Sumber diraja turut mendedahkan bahawa semua gelaran kehormat ketenteraan yang pernah dipegang oleh Andrew turut digugurkan, termasuk jawatan sebagai Kolonel dalam beberapa rejimen tentera British.
Walaupun beliau masih memiliki gelaran Duke of York secara teknikal, gelaran itu kini berada dalam status ‘tidak aktif’ dan tidak akan digunakan dalam sebarang urusan rasmi.
Waalupun kini dikenali sebagai Andrew Mountbatten-Windsor sahaja, kedua-dua anak Putera Andrew iaitu Puteri Eugenie dan Puteri Beatrice tetap mengekalkan gelaran Diraja mereka sebagai cucu kepada mendiang Ratu Elizabeth II.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya Terangkan Kenapa Kita Bersederhana Tahun Ini, Dia Terima Sebaiknya,” – Anak Faham Situasi, Irma Hasmie Sayu Sambut Hari Jadi Permata Hati

Perkongsian foto terkini di Instagram pelakon dan hos, Irma Hasmie mencuri perhatian netizen apabila ibu kepada dua cahaya mata itu bercerita mengenai situasi dihadapi anak pertamanya, Redza Syah Irfhan saat menyambut ulang tahun kelahiran yang ketujuh.
Jelas Irma, dia rasa sayu saat menyambut hari jadi anak lelakinya itu. Bagaimanapun, dia pasti anak-anaknya turut memahami atas keadaan yang melanda negara ketika ini.
“Sayu sedikit tahun ini sambut birthday dia. Naylie pun tahan sebak.
“Mereka mungkin masih kecil tapi sy pasti mereka juga faham dengan cara umur mereka situasi yg kita semua sedang hadapi.
“Sebab bila sy terangkan kenapa kita berserdahana tahun ini, dia terima sebaiknya. Terima kasih Allah,” tulisnya.
Irma pada masa sama turut terkesan dengan berita melibatkan anak kecil yang dijangkiti wabak COVID-19.
“Bila mana kita lihat, dengar atau baca kisah2 keluarga terutamanya yg ada anak kecil hadapi masalah covid19, kita juga akan menangis dan jauh dalam sudut hati akan terus berdoa..betul?
“Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Banyak perkara kita belajar sepanjang PKP, ibrah dan hikmah, jadi kita terus sabar ye sahabat2.
“Jangan henti berdoa agar semua pulih dengan izin Allah. Bila tiba masanya itu, ingat semua, kekalkan rasa bersyukur yg kita perolehi waktu sukar ini, walaupun keadaan kembali senang.
“Hadiahkan kami rasa itu ya Allah. Amen,” titip Irma sambil disusuli dengan reaksi pelbagai dari peminat.
View this post on InstagramA post shared by Irma Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on
Sekadar informasi, Irma atau nama sebenarnya, Irma Hasmie Haji Ibrahim melangsungkan perkahwinan dengan Redza Syah Azmeer Dato’ Dr Hj Mohd Radzuan di Putrajaya, pada jun 201.
Foto: Instagram Irma Hasmie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Sempat Tengok Kedua Orang Tua Gembira,” – Terkejut Lalu Ukir Senyuman Syukur, Reaksi Bapa Saat Dapat Tahu Kilafairy Kini Berhijab Tutup Aurat Undang Sebak

Pelakon dan penyanyi, Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisa Jahangir Khan yang kini tampil berhijab penuh nyata mendapat reaksi positif ramai.
Bukan sahaja peminat, malah rakan artis turut sama tumpang gembira, seterusnya mendoakan agar anak gadis penyanyi senior, Rohana Jalil ini terus istiqamah.
Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain, dia yang mesra disapa Kila menerusi satu perkongsian di YouTube memaklumkan, dirinya terharu kerana sekurang-kurangnya, perubahan yang dilakukan mampu membuatkan kedua orang tuanya gembira.
“Bapa saya yang paling sensitif, berbanding ahli keluarga yang lain. Saya dan bapa… Kami ni macam Hindustan sikitlah. Jadi bila kami saling berpelukan, mata berkaca dan tersentuh.
“Saya terharu sebab sempat tengok bapa saya gembira. Kedua orang tua gembira,” antara kata Kila menerusi video pertama yang dikongsikannya menerusi YouTube itu.
Menerusi klip tersebut yang kini sudah ditonton lebih 60,000 kali itu, bapanya kelihatan terkejut pada awal dan gembira dengan penampilan terkini anaknya lalu keduanya saling memeluk erat dan terlihat sebak.
Sementara itu menerusi ruangan komen terhadap sedutan video sama di Instagram, ramai yang tersentuh dan rasa sebak dengan reaksi spontan dua beranak berkenaan.

Foto: YouTube Kilafairy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Tiba-Tiba Minta Pelamin, Canopy,” – Niat Nak Buat Majlis Tunang ‘Biasa-Biasa’, Sekali Ini Permintaan Ibu Reen Rahim

Selepas mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati yang dikenali MR H hujung tahun ini, pelakon Reen Rahim berkongsi momen indah saat mengikat tali pertunangan.
Reen, 34, menerusi Instagram mendedahkan, ibunya meminta untuk melangsungkan majlis merisik dan bertunang secara lebih meriah.
“Nampak macam well plan kan? Tapi sebenarnya umi buat hal. Empat hari sebelum date ni yang patutnya merisik sekali bertunang tertutup tak nak lebih 10 orang kononnya.
“Tiba-tiba dia minta pelamin and canopy, menggelupur lah kite wak. Tapi nasib baik mak hayam kite @ariweddingcouture dengan makcik dan kawan pun ade yang tau sehari sebelum semua pun menggelupur ambil cuti. Cekap wak,” kongsinya.

Menerusi hantaran sama, Reen secara seloroh membayangkan majlis tersebut sudah seakan majlis nak kahwin.
“Ingatkan empat hari punya kerja majlis ala-ala je lah. Sekali pelamin baju dah macam nak kahwin. Tu lah cerita dia.
“Entah lah big day ni nanti macam mane lah ghupanya lagi-lagi umi kautim dengan wedding planner,” tulisnya lagi.
Terdahulu di dalam satu sidang media, dramatis itu bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi tarikh rasmi dan identiti bakal suami bagi menjaga privasi selain mengelakkan penyakit ‘Ain’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

