Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) teruja untuk mengumumkan acara umum yang mesti disertai di Festival Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) 2024: LEVEL UP PLAY berserta acara baru CREATORS XPO KL.

Bermula 13 sehingga 15 September 2024, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah untuk sambutan meriah bagi kandungan digital terbaik dari Malaysia, Asia Tenggara dan melangkau sempadan.

Tahun ini, MYDCF memperkenalkan jenama baharu iaitu MY Digital Maker, dengan sasaran 15,000 pelajar dari sekolah dan akan menarik lebih banyak pengunjung, meliputi keseluruhan ekosistem kandungan digital dari pendidikan ke bakat di Creators Expo KL dan kandungan digital paling inovatif di Level Up Play.

Agenda Utama

  • Pertandingan dan perlawanan E-sport, PC & Mobile yang mengujakan
  • Kejohanan Permainan Kad Terbesar dari jenama terkemuka.
  • Zon permainan interaktif yang menampilkan permainan, perkakasan, dan perisian terkini.
  • Persembahan dan Aktiviti Animasi Malaysia yang pasti memukau.
  • Pencipta kandungan digital dan pempengaruh paling popular.

Acara ini juga akan menampilkan dewan pameran yang luas yang mengetengahkan teknologi terkini dalam perkakasan, perisian, dan aksesori permainan. Raksasa industri seperti Bushiroad Asia, Acer Predator, Ultraman, Todak Studios, Detective Conan, Boboiboy, dan banyak lagi akan menyertai acara ini.

Para pengunjung akan berpeluang untuk berinteraksi dengan pempamer, mencuba produk baharu, dan menerokai teknologi permainan dan animasi yang terkini.

Hiburan Yang Menyeluruh

Nikmati hiburan pentas tanpa had, dari konsert mini yang memukau hingga persembahan Vtuber yang mangasyikkan dan perayaan cosplay yang meriah. Temui pelbagai barangan rasmi berinspirasikan kandungan digital dan pelbagai koleksi lain, serta rasai pengalaman pameran komik terbesar dari artis terkenal tempatan.

Penglibatan anda dalam aktiviti gamifikasi boleh mendapatkan barangan eksklusif MYDCF, peluang penyertaan untuk pertandingan, serta cabutan bertuah.

SeeNI & KLIIK

Selain peluang untuk mencuba produk baharu dan menerokai teknologi terkini dalam permainan serta animasi, MYDCF 2024 juga menampilkan booth SeeNI dan KLIIK, dibawakan buat julung kalinya oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd. Booth ini akan berada di Dewan 7 pada 13 hingga 15 September, menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan hadiah-hadiah istimewa untuk pengunjung.

Antara tarikan utama adalah sudut podcast yang akan diadakan di sana, serta uji bakat Drama Pendek SeeNI pada 14 dan 15 September dari jam 3 petang hingga 5 petang. Ini adalah peluang hebat bagi mereka yang ingin menonjolkan bakat lakonan terpendam dalam suasana yang menyeronokkan dan penuh inspirasi.

Tiket bagi peserta terawal kini boleh didapati di Ticket2U, dengan diskaun istimewa sehingga 25% off. Lawati laman web rasmi Level Up Play di https://mydcf.my/play/ bagi merancang pengalaman yang semestinya tidak akan dapat dilupakan.

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI