Konsert ‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’ telah berlangsung dengan jayanya di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Acara yang dianjurkan Kharisma Music (KM) dengan kerjasama Alha Alfa, Intan Gelombang dan Futurace itu nyata mendapat sambutan luar biasa apabila berjaya menghimpunkan ribuan penonton yang ternyata tidak sabar untuk menyaksikan dua penyanyi Indonesia itu beraksi di satu pentas yang sama.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Kharisma Music, Ahmad Jeffny, dia amat teruja dengan sokongan yang diberikan para penonton seterusnya merancang untuk mengadakan acara konsert yang lebih besar pada masa hadapan.

“Kami sangat bersyukur dengan kehadiran peminat Afgan dan Lyodra yang sanggup ‘turun’ ke Kuala Lumpur dari serata negara semata-mata ingin menyaksikan konsert ADA ini.

“Untuk tahun 2024 ini, kami sedang dalam perancangan untuk menganjurkan lebih banyak konsert dan akan mula mengadakan beberapa siri konsert di luar negara seperti Indonesia dan juga Singapura pada tahun hadapan,” katanya.

Pada malam tersebut, Afgan nyata memukau para penonton yang hadir menerusi persembahan lagu-lagu hits seperti Jodoh Pasti Bertemu, Bawalah Cintaku, Kamu Yang Ku Tunggu dan banyak lagi.

Menurut Afgan, semangat yang ditunjukkan para peminat Malasyia nyata luar biasa dan dia sememang memanti suasana seperti ini sejak lama.

“Pengalaman malam ini sungguh luar biasa. Saya berasa teruja dapat berkongsi pentas dengan Lyodra dan berinteraksi secara lebih intim dengan peminat saya di Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Konsert Ada ini terus digamatkan menerusi persembahan penyanyi jelita dan kecil molek, Lyodra yang tampil memukau menerusi kualiti vokalnya yang sesemangnya tidak perlu disangkal lagi.

Penyanyi yang kini mencetuskan fenomena di Indonesia telah menghiburkan peminat menerusi lagu-lagu popularnya seperti Sang Dewi, Tak Dianggap, Menyesal dan banyak lagi.

Kata Lyodra, dia amat teruja untuk bertemu dengan peminat di Malaysia buat pertama kali.

“Saya sangat berbesar hati dapat mengadakan konsert di sini dan bertemu dengan peminat yang sentiasa menyokong kerjaya muzik saya selama ini,” ulasnya.

Konsert ‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’ inu turut diserikan lagi dengan persembahan pembukaan daripada penyanyi baharu berbakat besar, Ash Fasryll.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI