
Ayda Jebat kini sah bergelar tunangan kepada hos dan usahawan, Nabil Mahir hari ini.
Berita gembira itu dikongsikan penyanyi lagu Better Than You itu menerusi Instagram.
Jelas Ayda, dia menerima lamaran pada tanggal hari jadinya sementara majlis pertunangan pula dilangsungkan pada tanggal ulang tahun kelahiran Nabil.
“Proposal on my birthday. Engagement on your birthday.
“I know we can make it until the end of our days.
Officially, My Fiancé.
“Kumbang sudah merisik bunga,
Direstui oleh ahli keluarga,
Lamaran diterima pertunangan pun juga,
Walaupun online tetap mesra dan bahagia,” tulis Ayda sambil disusuli dengan tanda palang #AydaJebat #NabilMahir #WuvvShow#BilAydaJatuhCinta #MerisikDanBertunangOnline #GambarEditBoekPunya dan #WuvvWaff.
Difahamkan, foto yang dimuat naik Ayda merupakan foto edit dan mereka melangsungkan majlis merisik dan bertunang secara ‘online’.
Terdahulu, pasangan selebriti ini masing-masing memuat naik foto bersama cincin istimewa yang tersemat pada jari manis Ayda di Instagram, 17 Mac lalu.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat serta rakan selebriti turut mendoakan agar fasa seterusnya buat pasangan ini dipermudahkan.
Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cantiknya Idola…,” – Majlis Kesyukuran ‘Baby A’ Berjalan Sempurna, Madammu Ayu Bertudung Litup

Usahawan Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu telah selamat menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat bersempena dengan kandungan sulungnya, pada Jumaat.
Sambil dilatari dengan tema ungu, para tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan tulang belakang jenama yang diusahakan, Noir Health & Beauty Sdn Bhd terlihat sopan dengan penampilan Muslimah oleh tetamu wanitanya.
“Majlis kesyukuran untuk Baby A,” tulis Madammu menerusi kapsyen pada Instagram rasmi mereka.
Ia sekali gus memberi bayangan bahawa zuriat pertamanya bersama suami kelak akan bermula dengan huruf ‘A’.
Menerusi platform sama, turut dikongsikan ialah sekitar sepanjang majlis berlangsung.
Begitu juga di TikTok, Madammu ada berkongsi perkara sama sambil memohon doa yang baik daripada semua.
“Alhamdulillah, semoga semua berjalan dengan lancar. You alls doakan yang baik-baik untuk Madaamu,” tulis akaun terbabit.
Tertera di ruangan komen, titipan kata positif yang ditinggalkan oleh wargamaya.
Malah tak kurang yang memuji penampilan penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang sopan bertudung litup.
“Semoga suatu hari nanti Madammu akan kekalkan berpakaian sedemikian. Amin, cantik sangat.”
“Syukur alhamdulillah moga dipermudahkan.”
“Alhamdulillah suka tengok Madammu.”
“Alhamdulillah bertambah cantik Madammu sejak pregnant ni.”
“Cantik Madammu pakai hijab.”
“Semoga terus kekal bertudung.”
“Cantiknya idola I.”
Sehingga kini posting berkenaan telah pun menerima lebih 300,000 kali tontonan.
Terdahulu, Madammu berkongsi berita gembira apabila dia disahkan hamil selepas lima bulan menjalani rawatan in vitro fertilization (IVF) bermula April lalu.
Sejak itu, dia secara terbuka berkongsi perjalanannya dalam ikhtiar memiliki cahaya mata sendiri selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Benar Atau Tidak Anak Luar Nikah Tak Boleh Dinikahi, Ini Jawapan Padu PU Azman

Heboh menerusi media sosial sejak beberapa hari lalu mengenai suatu kenyataan perihal status anak luar nikah yang dikatakan tidak boleh dinikahi mana-mana lelaki dan wanita atas beberapa sebab.
Lalu, perkongsian tersebut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Azman.
Penceramah berkenaan tampil membidas kenyataan tersebut menerusi Instagram. Terdahulu, status tular tersebut mewujudkan reaksi pelbagai netizen.
“Baru-baru ini viral satu kenyataan sangat karut tentang anak zina. Kenyataan yang sangat jauh dari rahmat Islam. Memberi gambaran buruk kepada nilai kemanusiaan.
“Tidak berdosa seseorang anak yang lahir daripada hasil zina. Anak zina jika dididik dengan baik, maka dia juga adalah insan yang sama dengan insan lain. Yang berdosa hanyalah kedua-dua orang tuanya yang berzina.
“Bahkan kedua-dua orang tuanya kalau sungguh bertaubat, maka Allah mengampuni dosa mereka. Rahmat Allah sangat luas,” kongsinya.
Pada masa sama, Azman turut menitipkan firman berikut;
“Renung firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 164,
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ
“Maksud :”Dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain”,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by PUman (@pu_azman) on
Moga penjelasan yang diberikan boleh memberi pengetahuan lebih jelas buat kita semua, insyaAllah.
Foto: Instagran PU Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Kisah Masakan Biasa Sekali Pun, Biarlah Dari Air Tangan Kita,” – Walau Ada ‘Maid’, Bukan Alasan Datin Thalia Senang-Lenang Goyang Kaki!

Pengasas jenama Talia yang juga pelakon, Datin Thalia Baiduri akui meski pun sibuk dengan komitmen kerjaya namun tanggungjawab sebagai isteri dan ibu juga perlu menjadi keutamaan.
Suri hati kepada Datuk Shahriza Amir itu berkata, meski ada pembantu, itu bukan alasan untuknya pandang sebelah mata, misalnya dalam hal berkaitan masakan.
“Ya saya memang ada pembantu rumah, tapi itu bukan alasan saya lepas tangan dan saya tetap masuk dapur dan masak untuk suami dan anak-anak.
“Bagi saya itu penting untuk menawan hati serta amanah kita menjaga keluarga serta pastikan mereka dapat air tangan yang bersih dan sedap.
“Tak kisah masakan biasa sekali pun, biarlah dari tangan kita dan curi juga masa untuk tujuan itu,” kata ibu kepada empat cahaya mata itu.
Thalia yang sebelum ini pernah viral susulan kisah pertemuannya dengan bapa yang terpisah sejak 30 juga menyifatkan Ramadan kali ini penuh makna termasuk dalam hal kehidupan dan perniagaan.
Tahun ini, Talia ada menawarkan dua buah motorsikal untuk pelanggan terpilih sepanjang kempen jualan Ramadan dan Syawal, sebagai penghargaan buat pelanggan yang terus menyokong dan setia dengan jenama itu.
“Kali ini antara fokus jualan kita ialah Dolly Milk iaitu susu penggalak untuk tampil lebih cerah dengan rasa sedap dan memberikan kesan efektif.
“Saya berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri, dulu saya hitam lepas amalkan setahun susu ini Alhamdulillah memang nampak perubahan.
“Dolly Milk diperkaya dengan bahan premium termasuk Korean Pearl Powder dan didatangkan dalam dua perisa iaitu strawberry serta honey dew.
“InsyaAllah atas sambutan baik, kami juga sedang mengintai peluang untuk ke pasaran Indonesia dalam tahu ini menerusi Dolly Milk,” katanya yang turut giat mempromosikan Glam V, iaitu minuman yang mampu membantu mengurangkan berat badan dengan perisa latte.
Thalia, 37, atau lebih mesra dengan panggilan Bunda Lia menambah, cara untuk memenangi motorsikal itu ialah dengan membuat dua pembelian produk Talia dan kongsikannya dalam hantaran di media sosial serta tag lima rakan.
Sementara itu, Talia turut tampil dengan lima edisi rekaan eksklusif baju raya dikeluarkan pihaknya untuk digayakan pada pagi lebaran nanti.
“Kita tampilkan lima jenis rekaan lima warna berbeza mengikut koleksi. Rekaan yang ditampilkan juga kontemporari moden dengan potongan baju kurung juga kaftan.
“Lebih menarik size sehingga 2XL dan harga di bawah RM250 sahaja dan rekaan busana Syawal kali ini kita namakan Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri.
Malah Thalia juga mengalu-alukan mereka yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan untuk bersama dengan jenama itu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
@mediahiburanofficial Usahawan dan pelakon, Datin Thalia Baiduri tidak menyangka gurauannya membaca ‘ayat jampi’ ketika memasak buat suami dalam satu sesi siaran langsung di Tik Tok baru-baru ini telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak. @Thalia Baiduri #MHnews #MediaHiburan #thaliabaiduri ♬ original sound – Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI