Simpati MH dengan keadaan yang menimpa isteri kepada penyanyi popular, Lan Solo yang dimasukkan ke hospital kerana air ketubannya bocor.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh isteri Lan, Sheila menerusi akaun Instagramnya dan dia menjelaskan di ruangan kapsyen bahawa pada malam kemenangan suaminya di tempat ketiga, Gegar Vaganza musim keempat, dia tidak mampu untuk bangun kerana kakinya secara tiba-tiba bengkak pada malam itu.

Sheila juga turut berkata, sepanjang perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, suaminya terpaksa berhenti di perhentian rehat dengan kerap untuk dirinya meluruskan pinggangnya. Setibanya di Kuala Lumpur dia tersedar yang air ketubannya bocor.

‘Pregnancy Kali Ini Betul-betul Buat saya Kalah’ – Air Ketuban Bocor, Isteri Lan Solo Masuk Hospital

IKLAN

“Ini je gmbr yg ada lps kemenangan aritu.. .

 

“Sorry sgt2 kpd semua media.. sy x mampu utk bangun salam sorg2.. .

 

“Sy betul2 x berdaya.. tiba2 kaki sy bengkak pulak malam tu.. jadi sy mampu menyapa sambil duduk je.. .

 

“Tq pada hasben Kak Aishah & PA Kak Liza Hanim yg byk tlg sy masa PC malam tu.. .

 

“Dan benar Lan cari saya masa dia masih atas stage lps menang tu.. tp sy x mampu nak panjat tangga walaupon 3 ketul je tingginya.. 

 

“Sy dah overused tenaga utk final.. .

 

“Dlm perjlnn balik dr JB ke KL.. Lan terpaksa benti byk kali di setiap RNR utk sy “luruskan pinggang”.. .

 

“Jujur sy akui,pregnancy kali ni betul2 buat saya kalah & surrender.. ingatkan dah anak ke 4,sy hebat.. skali kecundang jua.. .

 

“Then smpi je KL, sy perasan waterbag sy leaking.. bersegeralah Lan bwk sy pi sepital.. jadi.. dr malam td sy rest on bed shj.. Apa2 pon.. doakan yg baik2 je.. .

 

“InsyaAllah.. . . .,” tulis Sheila.

Begitu besarnya pengorbanan seorang ibu kan, rata-rata pengikut Sheila di Instagram juga turut mendoakan agar Sheila segera sembuh dan bayi dalam kandung sihat.

illahafiy: semoga @sheilarazlan n baby sihat hendaknya……makyong hebat…

IKLAN

mila_jirin: Insya Allah… kami doakan semua berjalan lancar. AMIN

intan_shaklee_shahalam: Take care dan semoga dipermudahkan segala urusan. Aminnn

IKLAN

Di sini MH ingin berpesan kepada korang di luar sana supaya sentiasa menjaga hati ibu dan jangan sekali-kali kita mengguris hatinya. Lihat saja betapa beratnya dugaan yang harus dilalui oleh seorang ibu saat mengandungkan bayinya.

Buat Sheila pula, MH doakan agar Sheila dan bayi berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan sehingga saat melahirkan nanti.

Sumber: Instagram Sheila Razlan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI