Pelakon, Abby Abadi ada memuat naik foto ketika melawat primadona yang juga merupakan sahabat selebritinya, Erra Fazira di hospital.
Difahamkan, Erra ditahan di hospital buat sementara waktu kerana disyaki mengidap demam denggi, sejak beberapa hari lalu.
Pada masa sama, bintang yang sinonim menerusi siri Gerak Khas ini turut mendoakan semoga sahabatnya itu lekas sembuh dan segera dikeluarkan dari hospital.
Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad dilihat tidak dapat menahan sebak sewaktu berkongsi kisah peribadinya menerusi program Rumah 107, baru-baru ini.
Selain berkongsi kisah seni, episod terbaru program tersebut antara lain turut membawa hos Big Stage itu mengenang momen kematian bapa tersayang, Syed Abdullah Syed Ali Al Hadad ketika dia berusia 9 tahun.
Jarang kita dengar mengenai kisah tersebut, Sherry mengakui pada awalnya dia menganggap apa yang berlaku ibarat satu mimpi.
“Arwah (ketika itu) tidak bekerja, dah pencen. Jadi kalau pergi mana-mana je, orang cakap ‘Syed bawa cucu ke?’ Sebenarnya anaklah, sebab beza umur kami jauh.
“Jadi setiap kali saya balik sekolah, dia (arwah) akan menyorok. Jadi bila kita buka pintu, akan cari dia. Jadi itu rutin setiap kali saya balik, buka pintu macam ‘haaa… Mana Abah aku nak menyorok hari ni?’.
“Tapi hari tu, buka pintu dia tak ada. Rupanya dia dah masuk hospital,” katanya dalam linangan air mata.
Terdahulu, perkara tersebut turut diceritakan seorang lagi tetamu undangan, Sharifah Shahirah yang juga merupakan ibu saudaranya.
“Ketika itu umur 9 tahun kita dok fikir, ini mimpikah? Esok bangun mesti okay. Keesokkan paginya bila jenazah dikebumikan baru saya sedar, ini realiti,” katanya.
Sherry pada masa sama turut menyifatkan ibunya seorang yang kuat kerana tidak menitiskan air mata ketika pemergiaan suaminya.
Rumah 107 dihoskan pelakon senior, Khir Rahman, Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie serta Vicha dengan watak masing-masing.
Ia bersiaran pada Jumaat (hari ini), jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.
Saksikan sedutan perkongsian Sherry di sini;
YouTube: Ifr4n Empire
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi duo, AishaHanim menafikan mereka menaja pelakon kehidupan pelakon kontroversi, Iqram Dinzly.
Sebaliknya, penyanyi yang juga pasangan kembar, Syazara Aisha dan Hanim Fariza Abu Bakar, 36, itu menyifatkan hubungan mereka tidak ubah seperti adik-beradik memadangkan mereka sudah saling mengenali sejak beberapa tahun lalu.
Meski rasa ‘pelik’ dengan karektor Iqram, namun keduanya positif dan menganggap pelakon itu mempunyai alasan tersendiri, terutamanya mengenai tindak-tanduk Iqram di media sosial.
“Sejujurnya, tidak timbul pun istilah kami taja atau spedo Iqram sebagaimana yang disangka. Iqram telah kami anggap sebagai adik sendiri. Kami kenali dia lebih dua tahun lalu.
“Memandangkan kami sedang dengan dia, jadi kami menawarkan Iqram untuk menjadi model jubah jersi keluaran kami.
“Dia juga rajin mempromosikan pakaian tersebut dan kerjasama yang terjalin begitu positif,” ujar Aisha.
Sementara itu Hanim turut menambah, mereka juga sebolehnya mahu melihat rakan baiknya itu hidup dalam keadaan yang lebih baik dan tidak mahu melihat Iqram terus larut dibuai kontroversi sebagaimana sebelumnya.
“Kami bagi dorongan kepada Iqram. Ibunya juga ada menyuruh kami memberikan nasihat kepadanya. Sebenarnya, kami juga seperti orang lain.
“Pada awalnya, kami turut pelik kenapa Iqram berkelakuan sedemikian di platform media sosial? Tetapi, bila berjumpa dengannya, dia sama seperti orang lain.
“Apa pun, pasti Iqram mempunyai alasan tersendiri mengapa dia membawa perwatakan sebegitu di laman sosial. Apa yang penting, kami mengenali hati budinya.
“Kalau orang luar mahu bercakap itu dan ini, ia terpulang,” kata Hanim yang turut menjelaskan, mereka juga sebelum ini terlebih dulu mengenali arwah kakak Iqram.
Dalam perkembangan lain, AishaHanim pernah muncul dengan beberapa buah single dan terbaru, mereka muncul dengan single berjudul Angkara.
Dirakam sebelum Ramadan lalu, Angkara turut diangkat menjadi lagu tema drama bersiri Bukan Gadis Biasa lakonan Ayda Jebat bersama Remy Ishak yang bersiaran di TV3.
Menerima maklum balas yang baik dari pencinta muzik, single berkenaan juga respon kini turut memasuki Carta ERA 40 dan muzik videonya juga sudah pun ditonton lebih 60,000 di YouTube.
Sementara itu, Iqram yang kini mahu dikenali dengan nama Iq Dinzly menganggap pasangan kembar itu mempunyai personaliti yang baik dan tidak pernah menghakimi sesiapa.
“Bagi saya, mereka seperti bidadari yang hadir dalam hidup. Mereka mempunyai hati yang baik.
“Misalnya bila orang lain pandang saya pelik, mereka pula hadir membantu,” katanya yang masih menyimpan minat untuk kembali berlakon andai ada tawaran sesuai.
Pada masa sama, Iqram turut berhasrat membuka saluran YouTube sendiri, tidak lama lagi.
Pelawak, Shahrol Shiro ada menitipkan ucapan istimewa bersempena hari lahir bekas perdana menteri, Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak yang genap 67 tahun umurnya hari ini.
Dalam Ucapan tersebut, Shahrol mendoakan semoga Perdana Menteri Ke-6 itu sentiasa dirahmati dan diberkati hidup di dunia dan akhirat.
Pelakon Datin Atikah Suhaime menzahirkan penghargaan buat suaminya, Datuk Lokman Teh, yang disifatkan sebagai suami dan bapa yang banyak berkorban demi keluarga serta melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.