Selepas dikecam gara-gara menghasilkan video lawak mengenai penggunaan gelang pink yang disangka gelang kuarantin COVID-19, Instafamous, Chazynash tampil memberikan reaksinya.
Menurut Chazynash, walaupun ditomah pelbagai pihak, perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya.
Malah, dia turut berazam untuk menghasilkan lebih banyak karya-karya menarik selepas ini.
“So kepada pengunjung-pengunjung baru, selamat datang ke IG saya. Jangan segan-segan follow saya.
“Tak suka video saya, nak kecam..kecam lah. Apa jadi pun, saya tetap akan terus berkarya.
Ads
“Terima kasih kepada semua yang support, alhamdulillah syukur 🤲🏻
“P/S: Nak cakap pasai isu sensitiviti? Ampa pi 7E pakai mask dak? Ampa masuk kedai runcit scan mysejahtera ka dak? Ampa pi cucuk duit jaga jarak 1 meter dak?
“Ni kalau ampa tak buat semua ni, takyah nak petik sangat la isu tak jaga sensitiviti tu nah. AMPA PI JAGA DIRI AMPA DULU! Sekian,” tulisnya.
Ads
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Chazynash menerusi akaun Instagram miliknya yang turut memiliki jumlah pengikut seramai hampir 750,000 orang.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai terhadap kenyataan yang diberikan oleh Chazynash itu.
Ads
Terdahulu, isu video mempersedakan gelang pink ini turut mendapat reaksi daripada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut laporan Mstar, Datuk Seri Ismail menegaskan mana-mana individu yang mempersendakan gelang pink yang diketahui umum hanya untuk mereka yang menjalani kuarantin adalah dianggap sebagai satu kesalahan kerana menipu orang ramai.
“Kalau dia tidak dikenakan kuarantin, tapi pakai gelang, dia juga menipu menggunakan bahan atau peralatan daripada Kementerian Kesihatan untuk tindakan tertentu bertujuan tertentu dan tujuan dia adalah menipu orang ramai.
“Dia pun salah melakukan perkara tersebut,” katanya seperti yang dipetik.
Sumber: Instagram Chazynash
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hos dan pelakon, Uyaina Arshad tidak menafikan dirinya sedang berkawan dengan penyanyi Raja Syahiran sejak beberapa bulan lalu.
Menjawab dakwaan yang mengatakan keduanya sedang menjalin hubungan istimewa, hos program Ratu Hijabista ini mengakui mereka saling berhubung selepas berkenalan di sebuah majlis.
“Saya dan Raja Syahiran sedang berkawan dan sekarang dalam mengenali diri masing-masing. Sedang dalam proses berkawan dan berkenalan.
“Baru saja kenal, dalam tahun ini juga. Mulanya kami bertemu di sebuah majlis, kemudian berhubungan di media sosial dan lama kelamaan semakin rapat.
“Seperti sebelum ini pun, saya tidak terlalu dedahkan soal peribadi kepada umum, misalnya saya bersama siapa sebelum ini.
“Kalau boleh biarlah orang kenal kita dari segi prestasi seni, berbanding isu gosip semata-mata. Cuma sebagai manusia, dengan siapa kita berkawan ia menjadi satu fasa dalam hidup.
“Jadi saya tidak kekok untuk berkongsi hal tersebut juga sebab di kemudian hari insya-Allah kalau dah sampai waktunya, akan berkahwin juga.
“Bila atau dengan siapa, itu masih lagi menjadi rahsia oleh Yang Di Atas. Buat masa sekarang, saya selesa berkawan dengannya, katanya kepada MH.
Ditanya apakah ciri-ciri yang dimilki peserta Dansa Dan Sing itu, Uyaina cukup senang dengan kematangan lelaki itu dalam berfikir selain sikapnya yang rajin.
“Dia seorang yang bijak dan cara pemikiran kami sebenarnya sama terutamanya di dalam persefahaman di dalam perhubungan.
“Pada masa sama, dia juga seorang yang baik, menghormati orang lain dan dia rajin bekerja,” katanya.
Menjawab persoalan sama ada dia bakal mengikuti jejak langkah rakan artis, Mira Filzah yang berkahwin ketika kerjaya rancak berjalan, Uyaina mempunyai jawapan sendiri.
“Untuk berkahwin saya rasa ia pasti menjadi impian setiap orang. Buat masa sekarang, untuk ke fasa tersebut mungkin tidak dalam waktu terdekat.
“Sekarang ini saya pilih untuk lebih fokus pada karier dan banyak lagi cita-cita yang belum ditunaikan pada ibu. Malah ada yang ajak saya berkahwin sebelum ini pun, saya berikan jawapan sama.
“Cumanya sikap keterbukaan di dalam menerima kehadiran seseorang, berkawan dengan orang dan melihat masa depan untuk berkahwin dan bina keluarga itu ada, insya-Allah,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Syukur, kebelakangan ini semakin ramai artis wanita kita yang mengambil keputusan untuk mengenakan hijab secara kekal.
Perubahan positif ini nyata mengundang senang peminat, malah penampilan yang kini bertudung dan menutup aurat sekali gus membuatkan diri mereka tampak lebih ayu.
Jadi, ini dia barisan selebriti yang tampil mengenakan hijab setakat September ini.
Ernie Zakri
Mac lalu, penyanyi Ernie Zakri mendapat perhatian ramai apabila dilihat mulai berkongsi penampilannya yang mengenakan tudung di media sosial.
Terbuka berkongsi, penyanyi Boneka ini turut menyatakan hasratnya untuk bertudung sudah tersimpan lama.
Bagaimanapun, niat tersebut kian kuat selepas seluruh dunia diuji dengan penularan pandemik Covid-19.
Mengambil keberkatan Syawal, penyanyi dan pelakon Kilafairy tampil ayu dengan imej berhijab sejak awal Jun.
Tidak lagi sinonim dengan imej seksi, anak kepada penyanyi, Rohana Jalil ini turut mengambil keputusan untuk membuang semua foto lamanya di Instagram yang tidak menutup aurat dengan baik.
Lebih menyentuh emosi, Kilafairy ada memuat naik video yang merakamkan aksi spontan bapa, saat mengenai dirinya sudah pun kekal bertudung.
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
Cik Manggis
Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin turut mengambil keputusan untuk terus bertudung sekitar Jun lalu.
Pelakon yang juga penyanyi bersama-sama kumpulan De Fam ini menerusi temu bual bersama media memaklumkan, dia bertudung atas kehendak sendiri dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak.
Masih kekal aktif dalam seni, bintang berusia 30 tahun ini turut menambah, suaminya Syazmin Firdaus Aminuddin turut gembira dengan penampilan barunya itu.
Pelakon asal Singapura, Hannah Delisha baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik fotonya berhijab di Instagram dengan kapsyen “Bismillah…”
Menolak andaian sesetengah pihak yang membayangkan dia berubah kerana mahu berkahwin, pemilik nama lengkap Hannah Adlina Blackburne Birch ini sebaliknya mengakui dia mengambil keputusan murni itu kerana Allah SWT.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin ada berkongsi berita gembira bersama peminatnya.
Kongsi Rizman, isternya Nurida Suraya telah selamat melahirkan anak pertamanya pada pagi Selasa.
Di samping itu, Rizman turut mendedahkan nama dan wajah puteri sulungnya itu menerusi akaun Instagram miliknya.
“Bismillahirahmanirahhim.. dengan Nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang.. pemilik sekian alam. Alhamdulillah, telah lahir insan yang dinanti.. Princess Rizqaa
“Rizqaa: A blessing, gift from Almighty.
“Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi..
“Amin amin ya rabbalalamin..Cc @nuridasuraya,” tulisnya.
Pelakon Aliff Aziz mengakui dirinya berasa gemuruh ketika menjayakan malam previu pementasan teater muzikal Mansur & Liu yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada Rabu.