Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin ada berkongsi berita gembira bersama peminatnya.
Kongsi Rizman, isternya Nurida Suraya telah selamat melahirkan anak pertamanya pada pagi Selasa.
Di samping itu, Rizman turut mendedahkan nama dan wajah puteri sulungnya itu menerusi akaun Instagram miliknya.
“Bismillahirahmanirahhim.. dengan Nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang.. pemilik sekian alam. Alhamdulillah, telah lahir insan yang dinanti.. Princess Rizqaa
Ads
“Rizqaa: A blessing, gift from Almighty.
“Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi..
“Amin amin ya rabbalalamin..Cc @nuridasuraya,” tulisnya.
Guru vokal, Cikgu Shafi turut rasa terkesan atas pemergian penyanyi Sandra Dianne awal pagi Jumaat.
Cikgu Shafi merupakann guru vokal program Big Stage 2020 yang turut disertai Sandra.
Katanya menerusi satu posting di Instagram dia cukup menghargai momen bersama penyanyi berusia 26 tahun itu biarpun usia perkenalan antara mereka terlalu singkat.
“Innalillawainailahirojiun.. Pelajar kesayangan @sandradianneofficial di Big stage.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Cikgu Shafi turut berkongsi dia berkesempatan menatap wajah anak muridnya itu buat kali terakhir sebelum jenazah dibawa pulang ke Sabah untuk dikebumikan.
“Perkenalan yang begitu singkat tetapi perjalannya dan setiap kenangan bersama seperti usianya 26 tahun.
“Rezeki untuk mendidiknya, membentuk peribadinya, menasihatinya agar terus positif dan kuat amat kusyukuri.
“Subuh tadi kumelangkah masuk ke bilik mayat untuk menatap wajah untuk kali terkahir. Hatiku sayu, rapuh.
“Segala kenangan menjadi abadi. Sandra… tiada lagi kesakitan kamu,” tulisya.
Petang tadi, Shafi ada memuat naik sepotong video yang merakamkan momen bersama Sandra sambil mendedahkan lagu terakhir yang diberikan buat arwah agar terus positif dari rasa sedih dan putus asa.
Sandra menghembuskan nafasnya terakhir pada Jumaat selepas lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya.
Terdahulu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika sedang menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal pada Sabtu.
Foto: Instagram Cikgu Shafi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, usahawan dan penyanyi rap, Caprice ada memuat naik foto bersama rakan-rakan artis menerusi akaun Instagaram miliknya.
Menerusi posting tersebut, Caprice turut dilihat telah berkongsi gaya terkini sahabatnya yang juga merupakan seorang penyanyi, Sufian Suhaimi yang dilihat telah bertukar imej kepada botak.
Baru-baru ini, terdapat seorang individu yang mengimbau kembali foto pelakon dan pelawak Zizan Razak yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon, Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah.
Apa yang menyedihkab, foto berkenaan telah menjadi bahan jenaka warganet selepas foto perkahwinan Mira Filzah memenuhi ruang media sosial sejak Khamis lalu.
“If u want to get married, take a picture with zizan,” tulisnya menerusi laman media sosial Twitter.
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) menyaksikan penyanyi Mimifly mencipta kejayaan besar apabila berjaya merangkul lima kategori pada acara yang berlangsung di Borneo...