Berkongsi sekeping foto kiriman dari seseorang yang memaparkan kekasihnya berkucupan dengan seorang gadis lain, penyanyi Zetty Mentor meluahkan rasa di laman sosial.
Mempersoal tindakan individu terbabit dan menyifatkannya sebagai iri hati dan suka menjaga tepi kain orang.
Kekasihnya, vokalis Cherpen Band turut dibidas kerana didakwa curang.
“Haih.. tak faham betul lah ada jugak yang dengki & iri hati , busuk hati mcm ni eh.. sibuk je hal orang ? Nak tau sangat dalam kain orang tu dah kenapa? Baik jaga kain sendiri je haa..
“Yang si Dia ni pun hmm taktau laa nak cakap macam mana. Nak percaya susah, tak percaya pun susah! Apa laa masalah orang ni kan?
Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat ahli kumpulan Forteen, Ameer dan pasangannya, Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar yang telah selamat melangsungkan pernikahan 1 Mac lalu.
Bagaimanapun, mereka yang ditemui MH lewat petang semalam, pasangan ini ada mendedahkan perangai masing-masing selepas bergelar suami isteri.
“Alhamdullilah kami bahagia..Sekurang-kuragnya saya ada teman hidup. Kalau tidak, dulu sorang diri, sendirian, makan pakai semua saya buat sendiri. Tapi sekarang ni, ada seorang isteri yang cantik dan penyanyang dan jaga semuanya,” kata Ameer.
Malah, Ameer, 29 turut mendedahkan sisi Naja di rumah.
“Dia (Naja) seorang yang kuat membebel tapi benda yang baik sahaja. Biasalah, memang itu lumrah seorang wanita. Maklumlah, sudah ada sifat kearah keibuan,” jelas Ameer atau nama penuhnya Mohd. Arif Ameerais Azhar.
“Kadang-kadang sehari tak dgr suara dia, tak sah dan rasa tak lengkap,” seloroh Ameer.
Naja, 24 turut menjelaskan sifat Ameer sebagai seorang suami yang penyanyang, selain dia juga seorang yang tidak lekang dengan telefon bimbit.
“Masa nak makan, masa itu lah dia nak main handphone. Padahal, masa tu patutunya ada masa nak borak sebab dah sediakan makanan,” kata Naja yang baru sahaja menamatkan pengajian di UiTM Jengka, Pahang.
Ditanya, perancangan untuk mendapatkan cahaya mata, ini jawapan ringkasnya.
“Setakat ni kami tiada perancangan, hanya berdoa dan itu semua rezeki dari Allah,” kata Ameer ringkas.
Terdahulu, mereka diijabkabulkan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melatidengan wang hantaran bernilai RM10,000, mas kahwin RM300 dan tujuh dulang hantaran kepada isteri, berbalas sembilan.
Terbaru, pelakon jelita Ummi Nazeera atau Ummi Nazeera Nur Hidayah telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Pelakon yang berusia 28 tahun itu telah berkongsi perkembangan anaknya, Ayra Aneesah yang kini sudah berusia 7 bulan.
“With Dr Anas . Daddy @izzar best friend .. For Ayra’s 2nd dose pneumococcal .. @ayra.aneesah dah fahammm.. Dia nangis sikit.. ciannn dia.. Current weight 7.85kg at 7 months.. Alhamdulillah . grow healthily baby. Ameen”tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon yang terkenal dengan drama rantaian Nur Kasih itu telah memaklumkan anaknya itu sedang mendapatkan suntikan vaksin bayi untuk kali yang kedua.
Di samping itu, peminat telah memuji kecomelan wajah Ayra yang dikatakan semakin comel.
Terdahulu, Ummi telah mendirikan rumah tangga bersama dengan suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari pada 23 Julai 2017.
Video : Instagram Ummi Nazeera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Aliff Aziz mengakui dirinya berasa gemuruh ketika menjayakan malam previu pementasan teater muzikal Mansur & Liu yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada Rabu.