Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat ahli kumpulan Forteen, Ameer dan pasangannya, Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar yang telah selamat melangsungkan pernikahan 1 Mac lalu.

Bagaimanapun, mereka yang ditemui MH lewat petang semalam, pasangan ini ada mendedahkan perangai masing-masing selepas bergelar suami isteri.

“Alhamdullilah kami bahagia..Sekurang-kuragnya saya ada teman hidup. Kalau tidak, dulu sorang diri, sendirian, makan pakai semua saya buat sendiri. Tapi sekarang ni, ada seorang isteri yang cantik dan penyanyang dan jaga semuanya,” kata Ameer.

Malah, Ameer, 29 turut mendedahkan sisi Naja di rumah.

 “Dia (Naja) seorang yang kuat membebel tapi benda yang baik sahaja. Biasalah, memang itu lumrah seorang wanita. Maklumlah, sudah ada sifat kearah keibuan,” jelas Ameer atau nama penuhnya Mohd. Arif Ameerais Azhar. 

IKLAN

“Kadang-kadang sehari tak dgr suara dia, tak sah dan rasa tak lengkap,” seloroh Ameer. 

“Masa Nak Makan, Masa Tu Main Handphone,”- Sebulan Berkahwin, Isteri Ameer Forteen Dedah Perangai Sebenar Suami

IKLAN

Naja, 24 turut menjelaskan sifat Ameer sebagai seorang suami yang penyanyang, selain dia juga seorang yang tidak lekang dengan telefon bimbit.

“Masa nak makan, masa itu lah dia nak main handphone. Padahal, masa tu patutunya ada masa nak borak sebab dah sediakan makanan,” kata Naja yang baru sahaja menamatkan pengajian di UiTM Jengka, Pahang.  

IKLAN

Ditanya, perancangan untuk mendapatkan cahaya mata, ini jawapan ringkasnya.

“Setakat ni kami tiada perancangan, hanya berdoa dan  itu semua rezeki dari Allah,” kata Ameer ringkas.

Terdahulu, mereka diijabkabulkan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melatidengan wang hantaran bernilai RM10,000, mas kahwin RM300 dan tujuh dulang hantaran kepada isteri, berbalas sembilan.

https://www.instagram.com/p/Bv3BQ4fFIHH/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI