Berkongsi sebuah video merakamkan sebuah rakaman di mana seorang anggota trafik dirempuh ketika sedang mengawal lalu lintas pagi tadi.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di Persimpangan Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur itu menunjukkan bagaimana anggota keselamatan terpaksa bergadai nyawa demi kesejahteraan masyarakat.

Seorang anggota trafik yang sedang mengawal lalu lintas dirempuh sebuah kereta hingga melambung .

“Kejadian berlaku di Persimpangan Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur kira kira jam 8.12 pagi.

IKLAN

Ya allah takutnya bila tgk video ni. Kesiannya dkat abg polis dah la kerja berdiri tgh2 panas dan bahaya plak tu.kita sebagai pengguna jalan raya ni kena la sgt berhati2,” tulisnya sambil turut merakamkan dedikasi terhadap pihak berkuasa yang bertugas. 

“Respect kpd smua anggota polis trafic yg sanggup bergadai nyawa demi menjaga keselamatan dan lalulintas.

Apa pendapat korang utk mengelakkqn perkara mcm ni akn berlaku lg selepas ini?”

IKLAN

Netizen menarik nafas lega apabila melihat anggota terbabit selamat, namun berang dengan sikap tidak bertanggungjawab pemandu terbabit.

IKLAN

[VIDEO] “Ya Allah Takutnya Bila Tengok,” – Polis Trafik Dirempuh Hingga Melambung, Fizo Omar Beri Amaran

Berhemahlah ketika memandu, hargai nyawa.

Foto – Instagram Fizo Omar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI