
Aksi Neelofa memegang perut ketika menjayakan majlis sambutan ulang tahun anak pertamanya, Muhammad Bilal menguatkan lagi spekulasi mengatakan dia kini sedang hamil cahaya mata kedua.
Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok, netizen turut mendakwa kelihatan jelas ‘baby bump’ saat pengacara dan usahawan popular itu memegang perutnya.
Susulan itu, Neelofa menerima ucapan tahniah daripada peminat dan teruja Bilal bakal dikurniakan adik tidak lama lagi.
“Tahniah, Bilal jadi abang selepas ini.
“Alhamdulillah, tahniah Neelofa dan keluarga. Seronoknya dapat hamil lagi.
“Memang dia mengandung sebab wanita hamil akan automatik selalu pegang perut.
“Alhamdulillah kalau hamil. Tahniah Neelofa, Haris dan Bilal kerana bakal dapat ahli keluarga baharu,” komen sebahagian netizen.
Untuk rekod, Neelofa, 34, mendirikan rumah tangga dengan PU Riz atau Haris Ismail, 28, pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Telahan Mendakwa Ibu Bapa ‘Menculik’ Atau Memaksa Tidak Tepat, Pelakon Nynaa Harizal Harap Suami Dapat Lepaskannya Dengan Cara Baik

Pelakon, Nynaa Harizal hari ini akhirnya tampil bersuara susulan isu hangat melibatkan rumah tangga serta kontroversi dakwaan ‘diculik’ bapa sendiri baru-baru ini.
Menurut Nynaa, dia memilih untuk berdiam selama ini demi menjaga hati dan perasaan semua pihak, selain tidak mahu memburukkan keadaan.
Nynaa yang berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarganya di Johor Bahru sejak 2 November lalu menerusi satu kenyataan berkata, dakwaan tersebut tidak tepat kerana tiada paksaan atau istilah menculik oleh kedua ibu dan bapanya.
“Sejak hari Selasa, 2hb November 2021 yang lalu terdapat pelbagai berita yang telah disiarkan dan tular berkaitan rumah tanga dan diri saya. Saya meneliti dan memerhati akan setiap kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak.
“Selama ini, saya memilih untuk tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap semua berita demi menjaga hati dan perasaan semua pihak yang terlibat dan tidak mahu tergesa-gesa membuat kenyataan yang akhirnya memburukkan lagi keadaan.
“Untuk mengatakan bahawa kedua ibu bapa saya telah “menculik” saya atau memaksa saya adalah suatu telahan yang tidak tepat,” katanya.
Dalam pada itu Nynaa berkata dia mengambil keputusan untuk memfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah pada 10 November lalu, selepas berfikir secara mendalam atas segala faktor yang berkaitan.
“Setelah berfikir dengan penuh mendalam akan segala fakta dan faktor yang melatari keadaan ini, saya melalui Peguam Syarie Dato’ Ikbal Salam dari Tetuan Ikbal Salam & Associates telah pada 10hb November 2021 memfailkan suatu Permohonan Perceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah atau lazim dirujuk sebagai Perceraian Cara Baik dibawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.
“Sesalinan saman tersebut telah diserahkan kepada suami pada keesokan harinya iaitu pada 11hb November 2021, jam 3.16 petang.
“Hari ini, Khamis 18hb November 2021 telah ditetapkan untuk sebutan bagi permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Sariah Johor Bahru. Suami tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguamnya sahaja,” katanya.
Pada masa sama, Nynaa juga berharap dan berdoa agar suami akan dapat melepaskan dirinya dari ikatan perkahwinan mereka dengan cara baik tanpa perlu meneruskan proses perundangan lain.
“Sebagaimana sifat lazim permohonan ini iaitu Cerai Cara Baik, ianya dimulakan dengan kaedah ini sebagai penzahiran harapan dan doa saya agar suami akan dapat melepaskan saya dari ikatan perkahwinan ini dengan baik tanpa perlu saya meneruskan dengan proses perundangan yang lain.
“Sementara proses Mahkamah Syariah berjalan dan selagi mana ianya tidak menjejaskan prosiding, saya membuka ruang untuk perbincangan dengan suami dan ini telah dinyatakan kepada suami melalui perbualan telefon pada Jumaat, 12hb November 2021,” katanya.
Nynaa juga enggan mengulas lanjut punca dan penyebab yang membawa kepada keputusannya itu kerana ia bersifat terlalu peribadi.
“Oleh kerana isu yang berada di hadapan saya adalah bersifat amat peribadi dan kini telah berada di dalam Mahkamah, saya membuat keputusan untuk buat masa ini tidak memberikan ulasan lanjut berkaitan punca dan penyebab yang membawa kepada keadaan ini.
“Cukuplah sekadar itu kenyataan saya dan saya mengharapkan doa dari kalian agar Allah S.W.T terus memberikan kekuatan kepada saya.
“Akhirnya, sekali lagi saya amat menghargai segala pandangan dan panduan yang diberikan oleh masyarakat termasuklah para Asatizah atas segala nasihat yang diberikan kepada saya dan InshAllah ianya akan menjadi panduan kepada saya dalam menghadapi kehidupan ini,” katanya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amira Othman Perjelas Fasal Kentut, Minta Semua Bertenang!

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman baru sahaja memuat naik entri menerusi Instagram, berhubung suatu artikel yang telah disiarkan menerusi sebuah portal.
Kata Amira dia meminta peminat supaya membaca isi kandugan artikel berkenaan terlebih dahulu.
“Ok bawak bertenang ya semua. Penuh notification ? ni lah bahaya kalau headline mencetus cerita cerita lain. Biar sy explain ye. Tk senonoh ye ckp psl kentut.
“Kebanyakkan fans yg tanya selain tentang make up, ada juga yg tanya ‘sy ada wudhuk tp kalau nk kentut sy susah nk jaga menyebabkan sy terus tk solat’ soalan ni sy dah refer pada ustaz @syedkadir sebelum sy share dgn awk semu,” tulisnya.
Pada masa sama, penyanyi lagu Mimpi Indah ini juga menambah dia berkongsi perkara tersebut bukan kerana dirinya mahu dilihat baik, sebaliknya hanya ingin berkongsi kepada mereka di luar sana untuk sama-sama menjadi lebih baik.
“Kalau awk tak tahan kentut menyebabkan awk tk solat, maka WAJIB tahan kentut k! Headline pun kemain ni? sy mohon korg baca isinya. Jgn ambil yg negative. Kalau awk org lelaki mungkin awk lebih mudah jaga wudhuk, utk prmpuan yg kerjanya 24jam make up, sy fhm struggle nya nk ubah diri jd lebih baik. Jd ambil lah yg elok, yg tk elok tk usahlah di ambil.
“Of course lah tahan kentut saja2 tak bagus. And ustaz kata solat dlm keadaan camtu makruh. Tapi daripada tak solat semata2 sbb wudhuk dah batal and takleh ulang wudhuk, maka baik tahan wudhuk tu.
“Sy share bukan sbb sy baik, sy cuma kongsi apa yg anda tanya supaya kte sama sama boleh usaha jd yg lebih baik. Ok dah sabar semua hari jumaat ni jgn rungsing2 k ? benda kecik je jgn stress2 tau,” akhirinya.
View this post on InstagramA post shared by @ amiraaothman on
Foto: Instagram Amira Othman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Rindu,” – Setahun Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, Foto BCL Peluk Erat Anak Di Pusara Buat Ramai Syahdu

Kehilangan insan tersayang bukan satu perkara yang mudah dan itulah yang dilalui penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari yang kehilangan suami tersayang, Ashraf Sinclair.
Genap setahun pemergiaan pelakon dan model asal Malaysia itu, Bunga (BCL) menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, ada menitip kata indah buat insan istimewa yang telah pergi selamanya.
Sambil menzahirkan rasa rindu, bintang ini turut reda atas apa yang telah tertulis.
“Hey Daddy, its been a year since you’re gone. Today, we just want to tell you that it had not been an easy year for us, but we r okay.
“We r coping. So, dont worry about us. Have a wonderful life there. We miss u,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat turut tersentuh melihat foto yang dikongsi, seterusnya meninggalkan kata semangat agar penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu terus kuat dan tabah.
Terdahulu, Ashraf yang sinonim menerusi filem Gol & Gincu di negara ini itu meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung.
Allahyarham Ashraf selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.
Ashraf meninggalkan seorang balu bersama seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair yang kini berusia 11 tahun.
Foto: Instagram Bunga Citra Lestari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI