Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mengakui dia rasa terharu dan terkejut apabila menerima anugerah The Primadona Achievement Awards di Malaysia Prestigious Industry Award 2019 (MPIA) yang berlangsung di sebuah hotel di Putrajaya, baru-baru ini.

Atas jasa serta komitmen terbaiknya dalam lakonan, bintang berusia 45 tahun itu akhirnya diiktiraf dengan penghargaan yang julung kali seumpamanya.

“Saya pun terkejut dengan pengiktirafan ini, apa pun saya percaya ini adalah untuk teruskan kita punya semangat seterusnya memberikan yang terbaik khasnya dalam lakonan.

“Pertama kali raih anugerah atas nama ‘primadona’,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada status sebagai primadona adalah suatu yang berat untuk digalas, bintang yang unggul merangkul dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ini menjelaskan, gelaran yang diberikan itu lebih kerana rasa amanah serta tanggungjawab.

“Saya rasa gelaran itu adalah satu amanah dan tanggungjawab. Bagi saya, ia sama sahaja. Pembawakan atau tangunggjawab itu tetap sama cuma pengiktirafan secara rasmi atau tidak sekalipun, saya tetap kena jaga apa yang patut.

IKLAN

“Kerja kuat itu tetap ada, serta sumbangan kita dari semasa ke semasa,” tambah Erra yang turut menyifatkan dirinya beruntung kerana sentiasa punya peminat yang menyokong.

“Saya rasa saya beruntung kerana adanya perminataan. Kalau ada perminataan, maknanya saya ada kerja yang perlu dilakukan, sekaligus buatkan peminat ‘nampak’ saya masih ada dalam industri.

IKLAN

“Pada masa sama, kita pun sudah sayang dengan apa yang dilakukan. Kata orang sekali kaki sudah melangkah, kita kena teruskan dan berikan yang terbaik. Tambah lagi dengan kepercayaan dari peminat buat kita, itu yang kena jaga.

“Kadang-kadang kalau kita tidak ada produk, peminat yang mahukan itu dan ini. Jadi ia lebih kepada satu tanggungjawab. Resipinya adalah kerja kuat dan cuba untuk tidak senyap.

“Sebagaimana peminat sokong kita, selama itulah kita kena buatkan mereka yang sokong kita itu gembira,”  akhirinya.

IKLAN
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI