Penyanyi, Ernie Zakri  kini sedang meniti hari untuk disatukan bersama penyanyi Syamel, yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ernie memberitahu, persiapan majlis perkahwinan bersama Syamel juga sudah hampir selesai, bagaimanapun masih ada beberapa perkara yang harus diselesaikan.

“Persiapan kahwin boleh saya katakan sudah 70 peratus siap memandangkan kami sudah ada tarikh untuk majlis resepsi.

“Cuma tarikhnya sahaja saya dan Syamel akan umumkan kemudian. Agak sukar untuk kami buat pengumuman mengenai tarikh kerana macam-macam perkara boleh berlaku di dalam situasi sekarang.

IKLAN

“Apa yang pasti setakat ini, kami dah ada tema majlis perkahwinan. Saya daripada dulu memang nak sangat tema Melayu klasik, jadi itulah temanya, insya-Allah,” katanya kepada MH.

Selain itu, penyanyi berusia 28 tahun ini memaklumkan majlis tersebut akan dilangsungkan awal tahun hadapan.

“Insya-Allah majlis itu nanti akan diadakan pada awal tahun hadapan.

IKLAN

“Jadi doa-doakan untuk kami agar semuanya berjalan lancar,” katanya yang akan umumkan tarikhnya kepada umum andai semuanya sudah muktamad.

Terdahulu, Ernie ditemui pada majlis Nona Superwoman Award 2020 yang berlangsung si Pusat Kovensyen Shah Alam (SACC), pada Jumaat.

IKLAN

Bintang itu diundang untuk membuat persembahan pada majlis anugerah tahunan itu.

Terdahulu, Ernie dan Syamel telah mengikat tali pertunangan pada 16 Ogos lalu.

Dalam perkembangan lain, Ernie juga sedang mempersiapkan diri untuk bersaing menerusi lagu Gundah di Anugerah Juara Lagu ke-35 yang bakal berlangsung Februari depan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI