Pelakon, Rozie Rashid memaklumkan ibunya, Ramlah Baharom telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Isnin.

Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Rozie atau nama sebenarnya Roziwati Mohd Rashid menerusi hantaran terkini di Instagram sebentar tadi.

Menurut Rozie, ibunya itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Merab, Kajang pada petang semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozie Rashid (@rozierashid69)

“Dukacita dimaklumkan. Perginya bonda tercinta Hjh Ramlah Baharom diusia 82 tahun tengah hari semalam pada jam 12.30 pm (23 May 2022) dengan keadaan yang sangat tenang dan dipermudahkan..

“Arwah dimandikan dan disempurnakan sendiri oleh semua anak-anak dan cucu-cucu dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Merab pada jam 6.30 petang.

IKLAN

“Terima kasih pada saudara dan kenalan dekat yang hadir semalam dan whatsapp yang tak putus-putus. Maaf tak dapat nak melayan kerana keadaan yang tak mengizinkan,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon filem, Mukhsin ini juga turut meluahkan rasa gembira kerana dapat menunaikan hajat terakhir arwah untuk menyempurnakan jenazah dengan menggunakan kelengkapan yang telah disiapkan oleh arwah ibunya itu sewaktu hayatnya masih ada.

“Syukur dapat sempurnakan arwah mummy dengan persiapan barang kematian yang disediakan sendiri oleh arwah. Permintaan terakhir arwah,” kongsinya lagi.

IKLAN

Dikesempatan itu juga, Rozie turut berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa semoga arwah ibunya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

“Majlis tahlil akan diadakan bermula malam ini (tiga malam) di Masjid Sungai Merab, Jalan Rangkaya Sutan, Kajang, Selangor.

“Mohon sedekahkan Al-fatihah buat arwah dan doakan arwah ditempatkan dikalangan para solehah. Amin,” akhirinya.

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Rozie serta seluruh ahli keluarganya.

Dalam perkembangan lain, Rozie kini dilihat aktif dalam bidang penulisan skrip menerusi drama-drama seperti Nusyuz Berkiblat Cinta dan Republic Gombak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Rozie Rashid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI