Pada setiap 27 haribulan Rejab dalam kalendar Islam, umat Islam akan meraikan peristiwa Israk Mikraj.
Ia antara peristiwa yang mengangkat ‘status’ dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW berbanding nabi lain.
Peristiwa itu berlaku ketika Rasulullah SAW berada di puncak kesedihan di mana baginda kehilangan dua insan yang sangat dikasihinya iaitu kewafatan isterinya, Siti Khadijah al-Khuwailid serta bapa saudaranya, Abu Talib.
Tahun itu juga dikenali sebagai ‘Aam al Huzni’ atau tahun berduka cita.
Dalam keadaan sedih, Allah SWT membawa Nabi Muhammad SAW melalui peristiwa Israj Mikraj menerusi perjalanan dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa dengan menunggang binatang bernama Buraq.
Ads
Dan dalam peristiwa tersebut, Baginda mendapat perintah solat secara langsung daripada Allah SWT dan bermulalah kewajipan melaksanakan perintah solat.
Baginda juga mendapat keringanan solat fardu daripada 50 kali sehari menjadi lima kali sehari semalam.
Hari bersejarah umat Islam ini turut diraikan selebriti yang masing-masing berkongsi kata-kata dan doa di laman Instagram masing-masing.
‘Moga menjadi anak soleh’. Itu antara doa Elfira Loy buat permata sulung, Muhamad Rayyan Khalaf.
Kongsi ibu muda itu, dia berjanji dengan diri sendiri untuk membaca sekurang-kurangnya satu muka surat ayat suci Al-Quran.
“Rayyan sayang , thank you for driving me to be a better person everyday. I hope not only you become anak soleh but me , semoga i can be a go mother a solehah mother to you too . I hope you will look at me as a role model , super mom and somebody you look up to.
“Yesterday was my birthday , i promised to myself utk sekurang-kurangnya baca one page of Al quran with you . ( hopefully you didn’t koyak my quran haha)
“Took this picture because i still remember a picture of my mom reading quran with me when i was small. And thats my fav photo. Hopefully rayyan will look at this picture as i am,” tulisnya.
Terdahulu, pelakon wanita itu telah meraikan ulang tahun harijadinya yang ke-26 semalam bersama suami, Faris Khairol Anuar di sebuah restoran.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang anak, Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia lima bulan.
Alif Satar menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya menjelaskan pada waktu darurat ini, kisah yang memberi inspirasi dan positif cukup diperlukan dalam menghadapi situasi yang semakin genting.
Menurut perkongsian daripada doktor perubatan yang dikenali sebagai Dr Wilson Tiang, sewaktu dia sedang melakukan pemeriksaan di wad sekitar pukul 5.00 pagi, seorang lelaki tua sedang bersedia untuk melakukan solat Subuh.
Usai solat, doktor tersebut memeriksa nadi dan bertanya kesihatannya, namun seraya lelaki tua itu memegang tangannya dan berdoa “Ya Allah, lindungilah doktor muda ini dari terkena penyakit ini.” Itu cukup membuatkan perjuangannya berbaloi.
“News macam ni la yang orang nak baca. Suntikan positivity and love.. not hate, and people pointing fingers blaming on each other.
“Baca benda macam ni la buat hari-hari yang sukar rasa mudah.. stay mentally and physically strong okay guys? love ya.
“p/s Dr Wilson Tiang and you medical teams out there,you’re all heroes,” kongsinya.
“Sebelum membuat umrah kami telah mengambil keputusan untuk sementara menyahaktifkan hp kami bagi menumpukan perhatian sebaik mungkin kepada aktiviti-aktiviti Umrah,”. Demikian penegasan penyanyi Sasha Saidin ketika mengerjakan umrah bersama suami, Sirhan Wahab pada awal Februari lalu.
Sasha yang juga anggota kumpulan Elite sering berkongsi aktivitinya di Tanah Suci.
Baginya, dia berbuat demikian kerana mahu berkongsi pengalaman bersama peminat dan mereka yang berhasrat untuk mejjejkakan kaki ke Tanah Suci.
“Kalau anda perasan kebanyakan posting Sha ditulis adalah menggunakan Bahasa Inggeris dan mungkin kerana itu kebelakangan ini terutamanya sekitar posting Sha tentang perjalanan Umrah Sha baru-baru nie ada sedikit kekeliruan.
“Sha nie memang suka bercerita dari dulu lagi. Bercerita pun suka mungkin kerana Sha gemar kongsi pengalaman buat mereka yang sedang atau akan melalui apa yang Sha lalui,” kongsinya.
Dalam pada itu, kakak kepada Zain Saidin mengambil keputusan untuk menyahaktifkan telefon pintarnya kerana mahu memberi fokus penuh terhadap ibadahnya.
“Sha sedar juga mungkin ada yang terlepas pandang inti penulisan perjalanan Umrah Sha pada awal bulan Februari yang lalu kerana ramai yang fikir yang Sha masih di tanah suci membaca komen-komen yang di tinggalkan di ruang komen posting Sha.
“Sebelum membuat Umrah kami telah mengambil keputusan untuk sementara menyahaktifkan hp kami bagi menumpukan perhatian sebaik mungkin kepada aktiviti-aktiviti Umrah kami dan hanya setelah pulang genap seminggu lalu telah kami mengaktifkan semula socmed kami,” tulisnya.
Menerima pelbagai komen positif dari orang ramai, Sasha bersyukur kerana dia dan suami telah selamat pulang ke tanah air kira-kira seminggu lalu.
Sekali gus, Sasha telah mengaktifkan semula media sosialnya.
“Saya dan Sirhan amat teruja dengan respon positif kalian yang sangat memberangsangkan dan walaupun telah dinyatakan dalam posting pertama itu ianya adalah posting throwback tapi ramai yang terus mendoakan kami mendapat Umrah yang marbur.
“Sesungguhnya اللّٰه Maha Mengetahui segala-galanya yakni yang sudah, yang kini dan yang akan datang. Alhamdulillah dengan berkat doa anda, kami telah dapat menjalankan Umrah kami dengan cukup baik dari saat pergi dan pulang akhirnya.
“Ramai yang DM saya dan memberi doa peribadi mereka dengan harapan saya sampaikan doa mereka semasa kami ada di tanah suci akan tetapi seperti saya sebut di atas, di sini dilemma kami. Namun setelah Sha berdiskusi dengan suami, Inshallah Sha akan tetap bacakan doa-doa anda dengan harapan doa kalian akan dimakbulNya di mana jua kami berada.
“Bagi mereka yang tidak dapat menjalankan ibadah Umrah mereka kerana sekatan Covid-19, bertabahlah dan percayalah semuanya ada hikmahNya. Semoga kita senantiasa di bawah lindunganNya dan dilimpahi rahmatNya,” akhirinya.