Selepas selamat melahirkan cahaya mata keduanya, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memuat naik satu rakaman video di akaun laman media sosial Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, Siti telah berkongsi cerita serta pengalaman dirinya sepanjang kehamilan anak keduanya.

“Perjalanan Mengandungkan Anak Kedua Ni Tak Banyak Beza Dengan Aafiyah Cuma,”- Tok Ti Cerita Proses Awal Kehamilan, Kongsi Pengalaman Bersama Peminat

“Perjalanan mengandungkan anak kedua ni tak banyak beza dengan Aafiyah cuma, Aafiyah bermula daripada awal seperti nak kena cucuk setiap hari untuk proses mematangkan telur,

“Tapi untuk kehamilan kedua ni saya cuma tinggal makan ubat untuk dinding rahim saya tebal dan bersedia untuk proses ‘Blastocyst’ tu dimasukan,

“Dan bila makan ubat hormon semua orang faham saya akan jadi badan besar tapi tak apa, saya okey sebab saya nak lalui kehamilan ini dengan kegembiraan. Saya tak nak terlalu memikirkan soal naik berat badan,

IKLAN

“Bagi saya itu satu perkara yang saya sudah bersedia dan proses untuk menjadi ibu itu adalah lebih penting,” katanya.

“Perjalanan Mengandungkan Anak Kedua Ni Tak Banyak Beza Dengan Aafiyah Cuma,”- Tok Ti Cerita Proses Awal Kehamilan, Kongsi Pengalaman Bersama Peminat

Dalam pada itu, suami kepada Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut ada berkongsi kegembiraan dan teruja selepas isterinya disahkan hamil cahaya mata kedua.

“Saya amat terharu, teruja dan bersyukur sangat kerana Siti pun telah mengandung anak kedua dan alhamdulillah anak kedua ini merupakan seorang anak lelaki. Kami semua sangat teruja untuk menanti kelahiran bayi ini.

IKLAN

“Saya amat dan sentiasa menyayanginya dan dia sentiasa ada dalam hati saya. Saya menyayangi dia dengan sepenuh hati saya.

“Sebagai seorang suami, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia dan saya percaya kehadiran dua cahaya mata ini akan memberikan berjuta kegembiraan kepadanya,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

IKLAN

Terdahulu, Siti dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya itu pada 19 April di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Untuk rekod, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah pun melangsungkan perkahwinan mereka pada tanggal 21 Ogos 2006.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini mencecah usia tiga tahun.

“Perjalanan Mengandungkan Anak Kedua Ni Tak Banyak Beza Dengan Aafiyah Cuma,”- Tok Ti Cerita Proses Awal Kehamilan, Kongsi Pengalaman Bersama Peminat “Perjalanan Mengandungkan Anak Kedua Ni Tak Banyak Beza Dengan Aafiyah Cuma,”- Tok Ti Cerita Proses Awal Kehamilan, Kongsi Pengalaman Bersama Peminat

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI