Pemergian pelakon Along Ezendy pada pagi Ahad nyata meninggalkan kesan mendalam buat rakan seperjuangan dalam industri seni, termasuk aktor dan usahawan, Fizo Omar.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fizo meluahkan rasa kehilangan terhadap sahabat yang disifatkan sebagai insan berhati mulia, sentiasa tenang serta tidak pernah lokek berkongsi ilmu.
Jelasnya lagi, arwah banyak meninggalkan kenangan manis terutamanya ketika mereka sama-sama baru melangkah ke dunia lakonan menerusi drama Bionik.
“Perginya seorang sahabat yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata, betapa baik hatinya dan tidak pernah lokek ilmunya.
“Banyak kenangan bersama arwah masa kami baru-baru nak mula berlakon dalam drama Bionik.
“Arwah Along inilah yang banyak guide dan bagi semangat kepada kami budak-budak baru masa itu.
Ads
“Sentiasa tenang dan sabar, itulah Along dalam setiap cabaran yang dilalui.
“Semoga Along tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya.
Luahan tersebut turut menerima reaksi dan ucapan takziah daripada rakan artis serta peminat yang sama-sama terkesan dengan pemergian arwah.
Terdahulu, Along Ezendy atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz, 47, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor, kira-kira pukul 12.16 pagi Ahad.
Berita sedih itu disahkan isterinya, Hamidah Mohd Yatim, yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di sisi ahli keluarga.
Khamis lalu, Allahyarham ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat pendarahan serius dalam perut.
Ads
Sebelum itu, arwah dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan, sebelum disyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedu.
Sepanjang penglibatan dalam industri hiburan secara serius sejak tahun 2003, arwah telah membintangi pelbagai filem dan drama antaranya Lagenda Budak Hostel, Khurafat: Perjanjian Syaitan, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Bini-Bini Perkasa, Keranamu Laila dan banyak lagi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hamidah Mohd Yatim, serta tiga orang anak.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Berkesempatan menjalani penggambaran drama Rindu Medina di Tanah Suci, Mekah pada Mac tahun lalu, pelakon Aprena Manrose memanfaatkan peluang tersebut untuk merawat hatinya yang ketika itu baru sahaja bercerai dengan bekas suami, Mohd Afiq Hazman.
Menurut Aprena, keadaan emosinya pada waktu itu secara tidak langsung membantunya menjiwai watak yang sarat dengan permainan emosi.
“Cabaran saya secara peribadi, ketika itu, hubungan saya dengan bekas suami tidak begitu baik. Bila sampai ke Tanah Suci, secara tidak langsung, saya dapat menenangkan diri.
“Pada waku itu, saya baru bercerai dan sedang dalam tempoh iddah. Berlakon pula cerita yang sarat emosi. Jadi, mood ketika berlakon dan di dalam realiti itu sama. Ia memudahkan saya untuk menjiwai watak itu.
“Semoga mereka yang menonton juga dapat sama merasai kesedihan itu. Banyak air mata yang mengalir ketika di dalam dan luar penggambaran,” katanya kepada MH.
Aprena berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran kempen Ramadan dan Raya RTM, baru-baru ini.
Rindu Medina bakal ditayangkan bermula 10 Mac depan di TV1.
Sementara itu, Aprena yang juga anak kepada penyanyi Iwan Syahman, menjelaskan, tempoh berada di Tanah Suci banyak mengajarnya tentang erti reda dan melepaskan sesuatu yang bukan lagi ditakdirkan untuk dirinya.
Aprena turut menambah, sepanjang tempoh iddah, sebahagian besar doanya adalah agar hubungan mereka dipermudahkan untuk kembali bersama.
“Ketika dalam iddah, kebanyakkan doa saya, kalau boleh, saya nak hubungan kami dipermudahkan untuk kembali bersama. Sudah tentu kita nak cuba perbaiki hubungan itu.
“Tiada pasangan berkahwin yang nak bercerai. Selama 14 tahun bersama, saya tak boleh bayangkan bagaimana hidup saya tanpa suami. Saya mahu kami berjodoh semula.
“Namun, bila saya pulang ke Malaysia, Allah bagi satu rasa yang lain. Rasanya seperti ‘dia’ bukanlah orangnya. Cukuplah sampai di sini sahaja. Perasaan itu jadi lain. Saya merelakan dan reda sahaja,” ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, Aprena bersyukur apabila proses penggambaran di Mekah berjalan lancar.
Menurutnya, pengalaman tersebut amat bermakna kerana buat pertama kali dia ke Tanah Suci atas urusan kerja, namun tetap berpeluang menunaikan ibadah.
“Ia pengalaman menyeronokkan. Inilah pertama kali saya pergi ke Tanah Suci untuk bekerja. Dalam masa sama, saya dapat beribadah juga. Pada hari pertama, kami buat umrah dahulu.
“Kemudian barulah mula bekerja. Perasaannya agak berbeza. Jika sebelum ini, saya pergi ke Tanah Suci, fokus saya memang pada ibadah. Kali ini, kita juga ada tanggungjawab lain. Namun, semuanya berjalan lancar,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Shiha Zikir kini tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Minta Ampun, sebuah karya tradisional sepenuhnya yang sarat dengan mesej mendalam.
Lagu ini mengangkat persoalan tentang keikhlasan dalam memohon maaf yang semakin menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat.
Setiap hari, ungkapan maaf sering dilafazkan tanpa mengira tempat dan situasi. Namun, sejauh mana keikhlasan itu benar-benar lahir daripada hati dan bukan sekadar di bibir?
Persoalan inilah yang cuba diketengahkan Shiha menerusi lagu berkenaan, sambil mengangkat kembali adat Melayu lama yang menitikberatkan keikhlasan dalam setiap permohonan maaf.
“Zaman sekarang, memang ramai orang minta maaf tetapi kadang-kadang, tak dinafikan bahawa bukan semua yang meminta maaf itu ikhlas. Itulah teguran berbentuk sarkastik yang cuba saya sampaikan dalam lagu Minta Ampun,” kata Shiha.
Menurut pemilik nama lengkap Nurshiha Mohd Zikir, 38, ini lagi, peluang menghasilkan lagu kolaborasi antara syarikat rakamannya, Shiha Zikir Empire bersama Sony Music Entertainment Malaysia disifatkan sebagai bagai pucuk dicita ulam mendatang.
“Syukur Alhamdulillah, tak dapat digambarkan rasa gembira apabila saya dapat melancarkan lagu tradisional penuh seperti ini.
“Sudah lama saya tunggu dan sebenarnya, sewaktu saya menyertai D’Academy Asia 2015 dahulu, saya ada minta tolong Allahyarham Pak Ngah untuk hasilkan lagu tradisional untuk saya, tetapi sayangnya tak sempat kerana Pak Ngah sudah dijemput Ilahi.
“Selepas itu saya terus mencari lagu tradisional yang sesuai hinggalah saya diberi naskhah yang digubah Hafiz Hamidun serta lirik oleh Fedtri Yahya ini, memang sangat sesuai dengan suara dan kehendak saya.
“Kalau nak tahu, waktu pertama kali saya diberi dengar demo lagu ini pun, saya terus jatuh cinta!, ” katanya lagi.
Shiha turut menjelaskan, proses untuk menyiapkan lagu ini juga sangat mudah.
“Saya cuma minta Hafiz menambah bahagian ‘dance break’ untuk saya tonjolkan lebih elemen tarian ketika mempersembahkannya.
“Selain bersemangat mengangkat irama tradisional dalam lagu ini, saya harap semua pendengar dapat mengambil teladan. Apabila kita meminta maaf, eloklah dibuat dengan ikhlas, Insya-Allah ia boleh meninggalkan kesan positif dalam kehidupan, ” ujarnya.
Menyentuh mengenai kerjasama bersama komposer Hafiz Hamidun, Shiha berpuas hati dan berharap kolaborasi itu dapat diteruskan pada masa hadapan.
“Sejujurnya, Hafiz sudah jadi salah seorang komposer kegemaran saya. Bukan apa, dia sangat senang untuk bekerjasama. Apabila saya memberi ‘input’ sebagai penyanyi, dia mudah menerima dan membuat sedikit ubah suai dalam lagu mengikut kesesuaian.
“Selain itu, Hafiz juga banyak membantu dari segi penggayaan vokal khususnya lenggok suara (kerana dia penyanyi nasyid yang pandai bertaranum dan menggayakan lenggok suara), jadi lebih mudah kerja saya, ” katanya lagi.
Ditanya sama ada lagu Minta Ampun menjadi titik permulaan untuk lebih banyak lagu tradisional sepenuhnya selepas ini, Shiha tidak menolak kemungkinan tersebut.
Malah, irama tradisional diakui sebagai cinta hatinya sejak kecil, dibesarkan dengan lagu-lagu Allahyarham Sharifah Aini serta irama Melayu Asli.
“Irama tradisional memang cinta hati saya. Saya dibesarkan dengan lagu-lagu Allahyarham Dato’ Sharifah Aini dan lagu-lagu Melayu Asli. Saya ada impian untuk memiliki album yang memuatkan lagu-lagu tradisional.
“Jadi, saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya kumpul lagu tradisional sebanyak yang mungkin.
“Bagaimanapun, saya tahu apa yang saya mahukan. Saya tidaklah berjanji semua demo lagu tradisional yang dihantar kepada saya akan diterima. Memanglah semua lagu-lagu itu sedap belaka, tetapi saya perlu juga pertimbangkan ikut kesesuaian serta cara nyanyian saya.
“Insya-Allah, saya mahu lebih fokus dengan lagu tradisional penuh seperti lagu Minta Ampun ini, itulah misi saya.
“Kalau genre campuran tradisional atau ‘fusion’, saya pernah buat dan ramai juga penyanyi lain yang muncul dengan lagu sebegitu. Jadi, eloklah saya meneruskan legasi lagu-lagu tradisional sepenuhnya, ” jelasnya.
Shiha turut berharap kesungguhannya dalam menghasilkan karya tradisional ini mampu membuahkan hasil serta mendapat perhatian sewajarnya daripada masyarakat Malaysia, khususnya generasi muda.
“Saya harap sesiapa saja yang dengar lagu Minta Ampun akan jatuh cinta dan boleh ingat untuk menyanyikannya.
“Bahagian korusnya memang senang diingat selain tarian yang boleh dijadikan trend di media sosial. Semoga selepas ini apabila orang sebut nama Shiha Zikir, mereka akan ingat lagu ini.
“Saya juga berharap lagu ini dapat memberi impak dan pengaruh positif kepada golongan Gen-Z untuk terus mencintai lagu-lagu tradisional kita, ” tuturnya menutup bicara.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah bebas, PU Riz menitipkan nukilan istimewa yang cukup menyentuh perasaan bersempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta, selebriti terkenal Noor Neelofa, yang genap 37 tahun, hari ini.
PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, beliau menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri yang sentiasa berbakti kepada keluarga.
Malah, kehadiran Neelofa dalam hidupnya disifatkan sebagai anugerah yang membawa kebahagiaan luar biasa dan tidak terduga.
“Sudah semestinya tidak berlalu 10 Februari tanpa ingatan dan coretan buat adinda.
“Pertama syukur ke hadrat Tuhan telah memberi dan memanjangkan usia kita hidup bersama.
“Kehadiran adinda buat keluarga kita SubhanAllah amat luar biasa. Sejujurnya amatlah banyak kebaikan yang telah dibukti dengan perbuatan oleh zaujah.
“Dari akhlak, jaga anak-anak dan maruah diri. Sungguh pada hemat saya zaujah ikhlas melaksanakanya,” tulis Riz.
Nukilan penuh makna itu dikongsikan oleh bapa kepada dua orang cahaya mata tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Selasa.
PU Riz turut memuji keperibadian Neelofa yang sentiasa menjaga nama baik keluarga serta memainkan peranan terbaik sebagai seorang ibu buat anak-anak mereka.
“Kalaulah anak-anak boleh bercakap lancar, mungkin Abbas dan Bilal akan lihat ibunya dan berkata ‘ibukulah segalanya buatku’.
“Mana taknya, dari order makan butter chicken, mi sup, ayam kicap, ayam kurma dan juga pizza sehinggalah kasih sayang yang tak putus,” kongsinya lagi.
Menerusi hantaran yang sama, PU Riz turut mengakui dirinya tersentuh dengan sifat Neelofa yang sentiasa menitipkan doa serta mengutamakan keluarga dalam setiap perkara.
“Teringat akan satu waktu kita berada di Tanah Suci selesai sahaja umrah sedang berjalan pulang, dengan nada sederhana dan mungkin jua sebak, zaujah sebut ‘I banyak doa untuk kita, rezeki you dan anak-anak’.
“Apa lagi yang diinginkan daripada seorang isteri dan ibu yang menyayangi keluarganya lebih dari yang lain,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, PU Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Aqasha mengakui dirinya amat teruja apabila sekali lagi diberikan kepercayaan untuk membawakan watak ikonik Hang Tuah menerusi pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) 2026.