Sedutan sebuah drama Jula Juli Bintang Cinta gandingan Zizan Razak dan Mira Filzah dua tahun lalu, gelagat kedua-duanya bermain cinta dilihat cukup mencuit hati.
Menggelarkan Mira sebagai muka penyu dan ninja turtle, Zizan menerusi dialog menyatakan minatnya kepada penyu membuatkan dia mengimpikan calon isteri bermuka penyu.
“Saya suka berenang dan saya suka penyu. Once saya jumpa perempuan macam awak, eh inilah perempuan idaman saya, perempuan muka macam penyu. First saya panggil awak ninja turtle tau.
Ads
“Awak pun bukan cantik sangat pun. Muka macam penyu je saya tengok. Saya selalu perhati awak.
“Kenapa awak senyap? Ke awak malu sebab awak penyu,” tutur Zizan menerusi video yang dikongsi.
Penyanyi sensasi, Zizi Kirana mengakui berasa gembira dengan respon positif yang diterima daripada orang ramai perihal imejnya yang berhijab ketika ini.
Zizi mengambil keberkatan bulan ini dengan tampil menutup kepala sepanjang Ramadan ini.
Menurut Zizi, sudah menjadi niatnya untuk mengenakan hijab pada bulan puasa.
Bagaimanapun, dia tidak mahu memberi sebarang harapan buat peminat, sama ada dia akan terus berhijab penuh selepas ini.
“Saya nak ucap terima kasih kepada mereka yang memuji dan mendoakan yang baik-baik buat saya kerana sebelum ini memang jarang saya terima komen yang baik-baik.
“Tapi saya bukan pakai tudung sekarang ini untuk mendapat pujian ataupun memberi harapan kepada orang diluar sana yang saya akan bertudung selama-lamanya.
“Memang saya dah niat pada bulan ramadan saya ingin bertudung. Doakan yang baik-baik,” katanya kepada MH.
Untuk mendidik dan menjaga anak yang menghidap autism bukanlah suatu perkara yang mudah dan semestinya memberi cabaran dalam kehidupan.
Pelakon senior Zarina Zainuddin ada berkongsi rasa sedih mengenai dugaan hidup yang ditempuhi oleh dirinya dalam mendidik anak-anaknya yang menghidap penyakit austim.
“Assalamualaikum Hari ini balik shooting saya tengok azil dalam bilik air saya hidung penuh darah..dia masih pukul hidungnya lagi..satu bilik air terpercik darah dari hidungnya dia korek2 ..saya cuba redakan amarahnya..”
“Kesian dia tak boleh bercakap.. Sedih saya tengok keadaannya ..Kadang saya gelak2 buat gila2 kerana saya cuba hiburkan hati sendiri..bila sendiri dalam bilik air biasanya saya nanggis sampai mata bengkak2 dah puas nanggis saya keluar bilik air”
“dan saya kata pada diri saya tak boleh sedih kerana anak2 saya tak mahu tengok saya sedih.. Sabarlah hati.. pujuklah diri bawa berlari”tulisnya menerusi Instagram.
Terbaru pelakon versatil, Amyza Aznan telah meluahkan rasa marah dan tidak puas hati menerusi entri terkini Instagram miliknya.
“Ramai ke yg mcm woshe woshe ni???X AMIK TAUUUUU@ucheefukada u mmg x amik port kan surrounding you.. u are so me !amik tau jugak tapi takdela nak ambik tau lebih2 kannnn
“helo kita ada future la,org2 yg ada future ni mmg x amik port sngt hal yg x mendatangkan hasil ni so..
“Taik busuk ke,taik keras ke,taik cair ke,taik separuh hancur ke,taik volcano ke,or taik tu beserta bunyi bunyian umpama gempa skalipon….
“i just dont give a damn,just mind your own business . ..janji taik tu tak splash sudeh!!
“YG KAMI PERLU AMIK TAU..PREP FOR RAYA. ANAK2 AKU RAYA TAK TAHUN NI? BAJU RAYA ANAK2 AKU… RUMAH…KETA…. DUIT RAYA FOR MY PARENT…..BLA..BLA… …”tulisnya.
Kongsi Amyza, dia menasihati untuk tidak bersikap suka mengambil tahu hal peribadi orang lain.
Dalam pada itu, perkongsian pelakon yang berusia 42 tahun itu telah menjadi perhatian peminat apabila Amyza berkongsi gambar ketika dia sedang mencangkung di mangkuk tandas.
Oleh itu, pelakon yang berasal dari Alor Gajah, Melaka itu telah menerima komen yang pelbagai daripada peminatnya di ruangan komen gambar tersebut.
Apupn, ada-ada sahaja adegan kelakar Amyza yang mencuit hati netizen. Terhibur habis melihat gelagat Amyza!
Pelakon, Dini Schatzmann akui teruja apabila kandungan media sosial yang dihasilkan bersama isteri yang juga selebriti terkenal, Janna Nick mendapat sambutan positif daripada peminat.Ni