Setiap penyanyi pasti ada identiti mereka tersendiri. Ada yang suka pakai jaket, ada yang suka berkaki ayam dan ada pula yang tidak lekang dengan kaca mata hitamnya.

Antara selebriti yang terkenal dengan kaca mata hitam adalah Hael Husaini penyanyi lagu Jampi.

Melalui Astro Awani, Hael memberitahu dia mempunyai alasannya tersendiri mengapa mengekalkan identiti seperti ini.

Ads

Perasan Tak Hael Husaini Selalu Pakai Kaca Mata Hitam Bila Menyanyi? Ini sebabnya!

Ads

Tambahnya, dia langsung tiada masalah jika tidak berkaca mata tetapi orang ramai akan pelik melihatnya membuat persembahan tanpa kaca mata hitam.

Ads

“Sejujurnya saya tidak mempunyai masalah nak pakai cermin mata hitam atau tidak ketika berada di atas pentas.

 

“Tapi bila saya tak pakai cermin mata hitam masa buat persembahan, ramai pula yang cakap mereka nampak janggal tengok saya.

 

“Mungkin mereka sudah biasa lihat saya menggayakan aksesori itu ketika menyanyi.

 

“Jadi disebabkan itu saya mengambil keputusan untuk terus kekal dengan imej itu ketika mengadakan persembahan sehingga sekarang,” katanya kepada Astro Gempak

Perasan Tak Hael Husaini Selalu Pakai Kaca Mata Hitam Bila Menyanyi? Ini sebabnya!

Selain Hael, ada lagi beberapa selebriti yang ingin mengekalkan identiti mereka seperti ini contoh seperti Haqiem Rusli dan Faizal Tahir.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI