Penyanyi, Black Hanafiah mengenang kembali momen-momen hampir dua dekad yang lalu saat menjejakkan semula kakinya di Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar baru-baru ini.
Difahamkan, Black telah diundang bagi mengadakan persembahan istimewa bersempena majlis persaraan salah seorag guru di sekolah berkenaan.
Menurut Black atau nama sebenarnya, Hanifah Muhammad Hanafiah, sekolah tersebut ternyata menyimpan seribu satu kenangan yang tidak mungkin akan dilupakannya sehingga hari ini.
“18 tahun lepas di pentas ni lah abang kena sebat pungkok dengan cikgu disiplin abang tapi Alhamdulillah disebabkan cikgu-cikgu @smkbangsar lah menjadikan abang insan yang berguna,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Sofea Jane itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Ads
Malah, Black turut menghargai jasa para guru yang telah mendidiknya menjadi insan yang berguna seperti hari ini.
“Kali ni abang berdiri atas pentas ni sekali lagi dengan karier sebagai seorang penyanyi. Tak kisah ape pon bidang yang paling penting berguna untuk keluarga, agama, bangsa dan negara,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar kisah tersebut selain turut memuji sikap Black yang masih mengingati mengenai asal usulnya selama ini.
“Mesti kene sebat dengan arwah ikgu Azhari kan?
Ads
“Cikgu pun pasti bangga anak murid dia sekarang jadi penghibur.
“Alhamdulillah, tiada dendam di hati akibat kena sebat pungkok. Terbaik Black.
“Alhamdulillah keep it up Black may Allah bless ease for everything and Dayyan will be ur upholstery As shaa Allah.
“Geng budak nakal ni,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Ads
Setakat ini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih lebih 60,000 jumlah tontonan di laman Instagram.
Sekadar informasi, Black mula mencipta nama saat menjuarai program realiti nyanyian, Mentor musim ke-3 pada tahun 2009.
Pada ketika itu, Black merupakan anak didik kepada penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Black Hanafiah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak beberapa lalu, nama isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli, Anis Sofea menjadi bualan hangat netizen selepas berkongsi beberapa hantaran di laman Instagram yang memaparkan dirinya kini sudah tidak lagi berhijab.
Perubahan tersebut nyata mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini Anis sememangnya dikenali dengan imej sopan bertudung.
Antara yang turut berkongsi pandangan mengenai perubahan imej tersebut termasuklah penerbit terkenal, Datuk David Teo.
Jelas David Teo, untuk seseorang itu kekal istiqomah bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi apabila hal ini turut berkait rapat soal keimanan.
“Iman seseorang pastinya berbolak balik. Istiqomah dalam berhijab sememangnya susah namun Tuhan pasti mendengar hati kita,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh David Teo menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Lantaran itu, David Teo turut menyeru kepada semua pihak untuk sama mendoakan yang terbaik buat Anis dan Haqiem.
“Semoga isteri Haqiem Rusli sentiasa berada di jalanNya dan kita doakan yang terbaik buat pasangan ini,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara David Teo menitipkan pesanan selain turut berharap agar semua pihak dapat berubah ke arah yang lebih baik.
Terdahulu, tindakan Anis yang memadam hampir keseluruhan gambar-gambar lama termasuk gambar bersama suami di Instagram nyata mencetuskan tanda tanya dikalangan netizen.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Anis ada memuat naik foto bersama suami beserta caption emoji hati.
Malah, menerusi beberapa laporan media, Haqiem memaklumkan dirinya tiada keperluan untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung isteri dan rumah tangganya.
Sekadar informasi, Haqiem dan Anis telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 19 November 2021. Bagaimanapun, pasangan muda ini masih belum dikurniakan cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram David Teo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dikala perkembangan teknologi dan media sosial yang semakin pesat, pengacara dan bekas penyampai radio, Linda Onn merasakan masyarakat masa kini perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk dan percakapan seharian.
Menurut Linda, ketika ini, segala kemudahan hanya di hujung jari dan ia boleh tersebar luas dengan hanya satu klik.
“Sekarang ni zaman bahaya. Tak macam dulu. Dulu nak bergurau ke, nak buat apa pun, tiada kamera merata nak record dan tiada media sosial yang nak ditayangkan.
“Sekarang nak bercakap/bergurau/bergerak sikit pun kena hati-hati dengan sekeliling. Ada yang merakam tak? Sebab kamera easy access sekarang. Kamera melekat kat phone.
“Dulu nak record apa-apa kena bawak camera tu sendiri,” tulisnya.
Pandangan itu dikongsikan oleh bekas penyampai radio Era itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
”Sikit-Sikit Nak Record, Lepas Tu Post…,”
Pada masa sama, Linda turut berpandangan setiap konten yang dikongsikan di media sosial mempunyai risiko yang tersendiri kerana setiap individu mempunyai tahap penerimaan yang berbeza.
“Sikit-sikit nak record. Lepas itu post. Implikasinya kepada orang yang menonton. Adakah mereka dapat terima apa yang mereka tonton?
“Kepada tangan yang memegang phone atau camera, hati-hati. Tangan ini boleh menggoncang dunia. Hidup ni tak bebas macam dulu dik,” kongsinya lagi.
Sejak semalam, nama Linda dan beberapa penyampai radio senior kembali menjadi sebutan susulan kontroversi melibat sebuah stesen radio swasta.
Ramai yang beranggapan para penyampai radio di era 2000-an lebih profesional dan menjaga setiap pertuturan mereka ketika ke udara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Linda Onn
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Intan Ladyana, 39, dan Harris Alif, 22, yang telah pun selamat menimang cahaya mata pertama mereka, pada Isnin.
Berita gembira tersebut dimaklumkan mereka menerusi Instagram masing-masing yang sekaligus menerima ucapan tahniah serta doa yang baik-baik daripada peminat.
Sementara itu dalam kapsyen pada pautan foto terkini itu, Harris berkongsi tarikh kelahiran selain mendedahkan jantina permata hatinya itu.