Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida yang kini bergelar usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk mengeluarkan lagu seterusnya sedang mencari komposer bersesuaian bagi tujuan berkenaan.
Lalu menerusi satu hantaran terkini yang dikemas kini jejaka asal Kelantan itu, dia memaklumkan single sulungnya bakal dilancarkan pada 1 November depan.
Lagu berjudul Hujan itu turut disertakan dengan muzik video rasmi yang bakal dimuat naik menerusi YouTube.
“1 November lagu saya yang bertajuk HUJAN (Official Music Video) bakal ditayangkan di Youtube Rusa Music. Mengisahkan tentang kisah benar, perjalanan hidup saya yang dilalui selama ini.
“Terima kasih pengarah video muzik @ericfuzi_f88 sanggup menuruti kemahuan saya dengan penggambaran yang memakan masa 24 jam – bermula 6 pagi sehingga 6 pagi keesokan harinya,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut berterima kasih kepada semua pihak terlibat selain sama-sama menulis lirik bagi lagu berkenaan.
“Saya menghargai karya komposer Zai Hamzah @achoifloor88 & @aku_oja tidak tidur banyak hari demi menyiapkan lagu saya. Tiga hari setelah menerima lagu terus ke sesi rakaman.
“Lirik sebahagiannya dari saya sendiri digabungkan idea bersama Zai Hamzah & Oja. Saya hargai semua krew, guru vokal yang bekerja keras. Berharap sudi bekerjasama lagi nanti,” jelasnya lagi.
Perkongsian mengenai Hujan mendapat reaksi pelbagai warganet dan sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 15,000 tanda suka.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ingat Lagi Tak 5 Drama Ini Pernah Cipta Fenomena, Tak Sabar Tunggu Episod Baru!
Kalau perasan, drama yang sering trending kini adalah drama lakonan Mira Filzah dan Remy Ishak iaitu Pujaan Hati Kanda.
Setiap malam, ada sahaja perkara trending yang akan diperkataan seluruh rakyat Malaysia mengenai drama tersebut. MH sendiri sangat memuji lakonan kesemua pelakon yang sememangnya sangat menjadi!
Apa-apapun, MH nak bawa anda kembali ke terowong masa dan imbau kembali 5 drama yang pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu.
- 7 Hari Mencintaiku
Drama yang diterajui oleh Syukri Yahaya dan Siti Saleha ini sememangnya sangat dipuji orang ramai dan juga lakonan para pelakonnya. Namun, yang paling orang suka adalah watak Buntat dalam drama tersebut.
- Nur
Sup bunjut menjadi sangat popular gara-gara salah satu babak di dalam drama ini. Apa-apapun, lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli serta Noor Khiriah sangat dipuji dalam drama ini. Difahamkan akan ada musim kedua untuk drama ini.
- Girlfriend Aku Dari Neraka
Lakonan Sharifah Sakinah sememangnya sangat berkesan di dalam drama ini membuatkan ramai yang suka seterusnya membuatkan orang ramai lebih mengenali adik kepada Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahira ini.
- Lafazkan Kalimah Cintamu
Drama ini trending susulan salah seorang pelakon utamanya terlibat dengan satu kontoversi dipercayai berkaitan dengan kes dadah sebelum drama tersebut ditayangkan. Bagaimanapun, drama tersebut mendapat respon yang positif daripada penonton.
- Isteri Untuk Disewa
Drama ini pernah mendapat teguran daripada mufti Wilayah Persekutuan berikutan jalan ceritanya yang berkaitan dengan hukum menyewa isteri adalah haram. Drama itu diterajui oleh Fattah Amin dan Tiz Zaqyah.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Drama Ni Bodoh, Aku Bodoh, Pengarah Bodoh, Cerita Bodoh,” – Azhan Rani Buka Mulut
Drama Nur 2 hampir menemui penghujung dan semakin lama, semakin kerap pula kritikan dilemparkan sehingga pelakon drama hebat ini turut terpanggil memberi respon terhadap drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu.
Menurut Azhan Rani yang berkongsi sebuah artikel ‘Nur Dipanggil Bodoh’, tulisnya, dia menyedari akan ‘kebodohan’ watak yang dimainkan barisan pelakon, namun Nur 2 dibikin bukanlah untuk memuaskan hati sesiapa.
“Terbaca perkongsian ni.
“Lama juga dah aku nak bercakap pasal ni sepanjang #nur2 bersiaran… sebenarnya reaksi korang ni semua adalah reaksi cliche dan memang aku dah jangka.. disebalik yang beria suka drama ni memang adalah yang menyalak tak suka, kata drama ni bodoh, aku bodoh, pengarah bodoh, cerita bodoh apa saja la bodoh dalam #nur2 ni.
“Ye aku tak nafikan kebodohan tu bila aku setuju nak sambung #nur2 ni walaupun dari awal memang aku tak suka sambung.. sebabnya memang akan ada yang akan nak membandingkan #nur dengan #nur2 atau dengan cerita lain.
“Dah tentu #nur yang mula2 lebih asli tiada tekanan membikinnya.. #nur2 lahir dari permintaan peminat2 drama #nur sendiri.. maka sebagai tanda penghargaan dibikinlah #nur2 .. namun #nur2 bukanlah dibuat untuk memuaskan hati sesiapa.”
Tambahnya lagi, drama ini mencerminkan realiti dalam hidup.
“Ini drama untuk kita mencerminkan diri akan fantasi cerita ini dengan realiti kita.. #nur2 menyampaikan pesan dan peringatan. sakit untuk dipandang tapi tapi tak boleh untuk kita lepaskan.
“Semestinya aku pun tak akan kata ini karya bijak.. jadi aku terima rakan2 lakon , rakan penerbit, penonton mahupun netizen yang menghamburkan kata2 bodoh pada aku termasuk pengarah cerita ni @budakijat.
“Aku terima setulus ikhlas.. hidup ini dalam 24 jam sehari kita akan ada dalam bodoh dan pandai.. secara positifnya adanya kebodohan dan kekurangan kami ini adalah asbab untuk korang melengkapkan kekurangan ini agar lebih banyak karya2 bijak lahir selepas ini ditangan korang.
“Jadi jangan sekadar melalak.. baiki kelemahan kami dalam karya korang pula. yg pelakon majukan diri dengan lakonan lagi baik, yang penerbit hasilkan karya yang lebih tinggi kualiti dan nilai murni kepada penonton,” tulisnya lagi.
Dia juga memohon agar netizen tidak hanya melihat Nur sekadar drama, namun ambil pengajaran untuk pembangunan minda.
“Penonton dan netizen pula zahirkan pembangunan minda korang dengan mengambil impak2 positif bukan lagi pada hal2 populariti karya tapi isi karya.. kalau benci watak syaiton aku ni..buktikan korang mampu jadi manusia lebih baik dimuka bumi ni.
“Terus sama2 berikan saranan baik.kita akan sama2 membangunkan drama yang baik untuk penonton dan generasi akan datang. esok #nur2 habis. tugas kami dah selesai.. korang dah boleh mulakan sekarang tugas korang buat yang jauh lagi baik daripada kami. ayuh. sama2.”
View this post on InstagramA post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on
Garapan setiap watak dan perwatakan dilihat berjaya membangunkan drama ini menjadi lebih menarik setiap hari. Kalau tidak, tiadalah netizen yang merempan setiap hari akibat sakit hati dengan Nur, Ustaz Adam, Julia dan Ustaz Hamadi.
Lebih mengejutkan, jiran sebelah rumah yang hanya muncul sesekali boleh menjadi trending, wushu wushu wushu surat khabar cina…hahaha
Foto : Instagram Azhan Rani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Asalkan Tahu Jaga Batas, Kita Boleh Bersuara,” – Puteri Sarah Perlu Terus Membisu Sampai 14 Ogos, Peguam Persoal Hak Bersuara
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini menetapkan 14 Ogos ini sebagai tarikh bagi keputusan inter-parte (kedua-dua belah pihak) injuksi yang difailkan pengarah filem, Syamsul Yusof terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.
Menurut peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd. Rais, sehingga tarikh keputusan tersebut, perintah injuksi terhadap Puteri Sarah masih dikekalkan.
Katanya lagi, mahkamah juga telah memerintahkan kedua-dua pihak memasukkan hujahan sebelum 14 Ogos ini.
“Pihak Syamsul telah menerima afidavit daripada pihak Puteri Sarah. Manakala, pihak mahkamah pula telah mengarahkan kami memasukkan hujah. Jadi, keputusan berkenaan perintah injuksi akan diputuskan pada 14 Ogos ini.
“Kami juga telah memohon tempoh lanjutan injuksi sehingga tarikh keputusan. Pada tarikh tersebut, kedua-dua pihak kena hadir bagi mendengarkan keputusan mahkamah.
“Sepanjang tempoh tersebut, pihak Puteri Sarah tidak boleh membuat apa-apa keterangan yang bersifat negatif dan subjudis,” katanya yang ditemui selepas selesai prosiding.
Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah turut mengesahkan perkara sama selain memaklumkan anak guamnya ada memfailkan bantahan terhadap injunksi tersebut.
“Sewaktu keputusan nanti, kita akan dengarkan sama ada injuksi ex-parte yang diperolehi itu akan dikekalkan sehingga keputusan akhir atau diketepikan. Mahkamah akan teliti alasan-alasan kedua-dua belah pihak.
“Lagipun, injuksi yang dibuat sebelum ini adalah sebelah pihak sahaja. Jadi, ia kini telah diubah ke kedua-dua pihak,” ujarnya.
Ditanya mengapa anak guamnya membantah perintah injuksi tersebut, Akberdin memberitahu pihaknya merasakan ia seperti menghalang kebebasan bersuara.
“Pendapat kami, ini adalah kebebasan bersuara. Jadi, mereka tak boleh kekang anak guam saya bersuara. Pihak media pun tahu apa yang mereka akan tapis.
“Berkenaan perkara subjudis pula, kita kena berhati-hati. Kita tak boleh mengambil alih kuasa mahkamah. Kami punyai kebebasan bersuara di bawah Perlbagaan Persekutuan.
“Kita tak boleh aibkan dan fitnah orang lain. Asalkan kita tahu menjaga batas, kita boleh bersuara. Semua orang berhak bersuara. Kita tak boleh dapat perintah seperti ini untuk kekang isu-isu pramatang,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Syamsul difahamkan telah memohon perintah injunksi terhadap Puteri Sarah pada 25 April lalu bagi menghalang isterinya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pergolakan rumah tangga mereka di semua platform media sosial.
Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur memaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.
Malah, Puteri Sarah juga berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.
Puteri Sarah dilaporkan memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu gagal menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI