Pelakon dan hos, Norman Hakim meluahkan rasa syukur dan lega apabila kini tiada lagi sekatan kepada orang ramai untuk melakukan rentas negeri ekoran situasi pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh negara sejak minggu lalu.
Dia menyifatkan kelonggaran tersebut sebagai satu nikmat dan peluang yang harus dihargai setiap orang kerana tidak lagi perlu memohon kebenaran daripada pihak berkuasa untuk merentas negeri bagi tujuan tertentu.
Pada masa sama, bekas pengacara program Mingguan Wanita berusia 45 tahun turut berharap agar kita semua terus peka seterusnya mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) sepatutnya.
Ads
“Nikmat dapat merentas negeri. Tak perlu lagi beratur panjang-panjang kat balai polis minta kebenaran. Harap keadaan mcm ni terus kekal. Yang penting kita terus sama2 jaga sop,” tulisnya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Instagram.
Ads
Malah, Norman juga berkongsi momen saat berpeluang untuk pulang ke kampung di Kuantan, Pahang.
“Sambil2 lepas rindu kat keramat hidup saya, hari ni ada urgent task kena bawak ayah uruskan hal ASNB. Dah lama tertangguh sejak pandemik & status PKP yang macam-macam
Ads
“Kuantan sejuk jer hari sbb mendung & hujan. Semoga dipermudahkan urusan kita semua,” tulisnya lagi.
Pengasas kumpulan ‘rock indie’ Bittersweet, Herri Hamid berkongsi khabar mengejutkan selepas mengumumkan pembubaran band tersebut setelah hampir 17 tahun mewarnai industri seni tanah air.
Menurut Herri, meskipun ia satu keputusan yang agak berat untuk dibuat, namun, dia percaya ini merupakan langkah yang terbaik untuk memberi laluan buat anggota kumpulan yang lain merancang perjalanan masa hadapan mereka sendiri.
“Bismillāhirraḥmānirraḥīm assalamualaikum. 24 OCTOBER 2021 PENGUMUMAN PEMBUBARAN KUMPULAN BITTERSWEET. (BTSWT) 2004-2021.
“Alhamdullilah 17 tahun bukanlah sekejap untuk dihitung. Jika dikira ukur waktu,ia sudah cukup matang sebagai seorang insan. Tapi apakan daya,kita hanya mampu merancang, hanya Dia yang menentukan.
“Hari ini, di hari kelahiran saya yg ke-39 , saya sebagai pengasas band bittersweet @bittersweetbeat (BTSWT) mengambil keputusan untuk berhenti berjuang sebagai sebuah kumpulan.
“Sudah tiba waktunya, untuk kami semua, tidak kira line up baru atau lama, untuk meneruskan kelansungan hidup masing-masing tanpa terikat dengan BTSWT,” tulisnya.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Herri yang juga merupakan gitaris kumpulan Bittersweet itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Herri turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah pun menjadi tulang belakang band tersebut selama ini.
“Jatuh bangun saya bersama BTSWT, takkan saya lupakan. Semua perjalanan dan pengalaman pahit dan manis yg tak dapat diluahkan selama 17 tahun.
“Terima kasih kepada anda semua,tidak kira sesiapa yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung, managers, organisers, video directors, designers, engineers, penaja dan fans terutamannya, yang selalu mendukung perjalanan BTSWT selama ini,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Herri turut menyeru kepada semua pihak untuk terus memberikan sokongan terhadap industri seni tempatan meskipun tanpa kelibat Bittersweet selepas ini.
“Tiada kata yang mampu saya ucapkan untuk anda semua, saya memohon maaf atas semua kesalahan dari diri saya kepada semua yg pernah berkhidmat dengan btswt.
“Insyaallah suatu masa nanti saya akan meneruskan minat saya dalam muzik dan scene. Teruskan menyokong muzik Malaysia,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih selain turut memberi kata-kata semangat buat seluruh anggota kumpulan Bittersweet.
Selain Herri, Bittersweet turut dianggotai oleh seorang lagi ahli kumpulan iaitu Fizan.
Sepanjang 17 tahun bergiat aktif, band yang berasal daripada Ipoh ini turut memiliki beberapa bekas ahli seperti Zabil, Pijie, Hafiez, Dinie, Moon, Emai dan Irfan Iskandar.
Antara lagu yang pernah dipopularkan oleh Bittersweet antaranya Kucing Hitam, Next Aidilfitri, Hilang, Capital E dan banyak lagi.
Sumber: Instagram Herri Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan usahawan, Shuib menepis khabar angin mendakwa ada selebriti yang cuba mendekati dirinya selepas pemergian isteri, penyanyi Siti Sarah Raissuddin akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu.
Akui terkejut, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, berkata, dia juga tidak tahu siapakah wanita yang cuba mendekati dirinya dengan lebih dekat sekaligus menafikan dakwaan berkenaan.
“Saya tak tahu langsung… siapa ya? Allahuakhbar, saya tidak tahu. Sekarang ni, memang tiada mana-mana perempuan yang cuba mendekati saya,” katanya.
Shuib berkata demikian ketika ditemui pada majlis Indigital Music Nite di Putrajaya pada Jumaat.
Shuib bagaimanapun menjelaskan, dia masih tidak mahu memikirkan soal jodoh buat masa sekarangdan buat masa ini dia belum bersedia mencari pengganti.
“Soal jodoh saya tak berani nak cakap banyak, tentulah percaturan Allah SWT paling tepat. Saya tak akan tolak jodoh. Apa yang Allah berikan itu yang terbaik.
“Saya juga takkan cakap yang saya tidak akan berkahwin. Mungkin saya muda lagi, baru 37 tahun, anak ada empat orang. Tetapi, saya serahkan pada Allah SWT tentang masa depan, jodoh dan siapa yang saya akan berkawan.
“Namun jika ditanya untuk masa sekarang, saya belum bersedia lagi. Bukan apa, ada perasaan pelik yang akan datang apabila memikirkan soal ini. Bukannya saya takut, tetapi saya terfikir, apa perasaan dia di sana?” katanya jujur.
Sementara itu, Shuib turut akui sekiranya pintu hatinya terbuka untuk mengenali seseorang selepas ini, dia enggan wanita yang mempunyai persamaan dengan Allahyarham isteri.
“Sarah ada dalam kelasnya tersendiri. Lagipun, terpulang pada anak-anak. Kalau mereka suka, mungkin akan diteruskan.
“Jika mereka tidak suka, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Anak-anak saya adalah keutamaan saya sekarang,” jelas Shuib yang turut bersetuju bahawa anak-anaknya yang kini sedang membesar perlukan kasih sayang seorang ibu.
Shuib dan arwah isterinya, mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.
Mereka kemudiannya dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua bulan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru seminggu rapper, Yonnyboii dan personaliti media sosial, Nik Nazira mengikat tali pertunangan, timbul pula desas-desus mendakwa bintang tersebut dikatakan telah merampas kekasih kepada penyampai radio, Imran Aqil.
Menerusi satu temu bual berama Melodi, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin tampil mempertahankan dirinya dan menjelaskan mengenai khabar angin tersebut.
Menurut Yonnyboii, dia menafikan segala dakwaan tersebut dan menyifatkan perhubungan mereka telah terjalin selepas Nazira dan Imran berpisah.
“Tiada istilah merampas pun sebenarnya. Kami mula-mula memang berkawan je tapi perhubungan itu telah terjadi. Jadi, kami pun tak tahu nak explain macam mana. Rampas atau tidak, perkara itu dah terjadi. Cuma kami go with the flow.
“Saya tahu mereka masih berkawan. Saya ada bersama dia sewaktu dia sedih. Saya kawan baik dia. Jadi segala cerita yang dia tak puas hati, dia ceritakan kepada saya.
“Dia rasa susah hati nak cerita dekat pihak di sana. Dia pun banyak dengar masalah-masalah saya yang sebelum ni.
“Kalau boleh, tengoklah balik silap sendiri. Ada sebab dia pergi janganlah menyalahkan Nik Nazira sahaja. Kesian dia,” katanya.
Menerusi temubual yang disiarkan pada Ahad, pihak Melodi juga telah berjaya mendapatkan reaksi daripada Nik Nazira berhubung dakwaan tersebut.
Jelas Nazira, hubungannya bersama Imran telah pun berakhir dan Yonnyboii merupakan antara individu yang sentiasa memberikan semangat kepadanya saat dia berasa sedih.
“Yonny tak rampas. Malah, dia lagi banyak nasihatkan saya untuk bersabar. Minta saya beri lagi peluang kepada pihak di sana kerana hubungan itu dah lama hancur meski sebelum kami putus. Dia tipu, dia curang.
“Kita yang perempuan ni pun dah tawar hati. Bila dah tersakiti sangat, kita pandang dia pun jadi sakit. Saya pergi ni pun sebab diri dia juga. Jangan salahkan orang lain,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Nazira juga turut menafikan sekeras-kerasnya suara-suara nakal yang mendakwa dia memilih Yonnyboii disebabkan populariti yang dimiliki bintang tersebut.
“Terkenal atau tidak itu bukan satu masalah. Sebab pada akhirnya nanti, bukan populariti itu yang jaga saya. Popular macam mana sekali pun, kalau dia tak boleh jaga saya, merana juga.
“Saya pilih dia sebab Yonny ada kritiria yang ‘dia’ takkan pernah ada. Orang tak boleh cakap, hanya kerana dia nampak baik di alam maya, tak bermakna dia baik di alam nyata. Saya kenal dua dua pihak. Saya tahu nak menilai mana baik dan buruk.
“Takkan la kita nak memperjudikan diri sendiri hanya kerana seseorang itu popular sahaja. Nanti pasangan sendiri tak terjaga kerana sibuk nak jaga populariti.
“Soal jodoh ni Allah dah tentukan. Kalau Dia dah merancang sebegitu, siapa saya nak menolak,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Yonnyboii dan Nazira telah pun selamat mengikat tali pertunangan mereka pada tanggal 9 Oktober lalu.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memberikan kata-kata semangat kepada seorang wanita yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memberikan sepenuh tumpuan terhadap rawatan persenyawaan in vitro (IVF) sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat.