Kecoh apabila insiden yang melibatkan usahawan, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi yang tiba-tiba pengsan di atas pentas ketika memberikan ucapan menjadi buah mulut netizen di media sosial.

Difahamkan, pengasas produk kecantikan berusia 27 tahun itu jatuh hingga terpaksa dipapah di majlis ESW Grand Nomination & Pelancaran Activ White, Sabtu lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Kejadian tersebut turut dirakam, misalnya menerusi perkongsian pengguna TikTok menggunakan akaun @mummy_myra yang pantas meraih reaksi pelbagai daripada netizen.

Pada ruangan komen video yang kini menerima lebih 1 juta tontonan meraih lebih 1.1 juta tontonan di TikTok itu, rata-ratanya mendakwa Iddin berpura-pura pengsan demi ‘content’.

Malah, ada juga yang menuduh ahli perniagaan tersebut tidak sensitif kerana didakwa melakukan gimik ketika negara berhadapan dengan krisis banjir.

Bagaimanpun, Iddin yang merupakan pengasas jenama ESW itu tampil menafikan segala tuduhan yang dilemparkan di Instagram. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FOUNDER ESW (@iddinsyah)

“Saya jarang menghabiskan masa membaca berita atau komen negatif, lebih-lebih lagi pada waktu macam ni sebab untuk berjaya, kita kena positif dan spread positivity.

IKLAN

“Tapi hari ni ni membuatkan saya tersentak apabila ramai staf dan anak team saya, share screenshot komen netizen yang mengecam insiden saya tumbang ketika membuat ucapan penutup di acara ESW Grand Nomination dan Pelancaran Activ White baru-baru ini.

“Cara netizen fikir ni kadang tak masuk akal. Untuk apa saya buat-buat jatuh demi content marketing? Ingat bahu saya ni ada insurans ke boleh dapat pampasan berjuta kalau terjadi apa-apa? Yes, walaupun saya memang ambil insurans nyawa.

“Dalam hidup anda, takkan tak pernah rasa penat tahap lemau? Ke tak pernah? Oh lupa, orang yang tak pernah penat ni cara hidup mereka mungkin pi kerja pagi, petang tak dan pukul 5 petang dah cabut lari!

“Dekat tempat kerja curi tulang tidur dekat desk atau surau agaknya! Manalah depa nak faham kehidupan usahawan seperti saya mahupun usahawan berjaya yang lain, yang mempunyai belasan ribu ejen dan stokis,” tulisnya.

IKLAN

Mengulas mengenai dakwaan yang menyifatkan dia tidak sensitif ‘buat gimik’ saat situasi semasa yang melanda negara, ini katanya;

“Ini bukan tanggungjwb macam ikan bilis. Mana nak jaga perniagaan, team yang ramai, isteri, anak, keluarga dan kerja-kerja CSR lagi?

“Ada juga netizen kutuk cakap saya tak sensitif buat gimik waktu orang tengah susah hadapi banjir. Pertama, ini bukan gimik.

“Kedua, kalau anda follow saya, anda tahu apa yang saya dan team ESW dah buat utk bantu mangsa. Saya pernah post apa yang kami bantu serba sedikit. Tak perlu saya nak bentang resit beli barang tepek di Instagram nak puaskan hati semua.

IKLAN

“At the end of the day saya juga manusia biasa. Sejauh mana saya push diri saya, pasti akan ada satu saat saya merasa penat.

“Jadi daripada jadi netizen yang kerjanya mengecam saja, eloklah jadi netizen yang berminda positif. Kepada yang meninggalkan komen positif, terima kasih banyak-banyak atas kata-kata semangat kalian,” tulisnya yang penah berkongsi mengenai rutin kerja yang padat menerusi hantaran sebelum ini.

Video sama turut dikongsikan di laman Twitter dan Instagram oleh penggguna media sosial lainnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI