Penyanyi Khai Bahar percaya setiap selebriti mempunyai pandangan atau prinsip tersendiri di dalam soal mempromosikan sesuatu produk di media sosial mereka, sama ada ia berbayar mahu pun tidak

Menurut Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, dia tidak boleh memberikan komen terperinci selepas ditanya mengenai ada sesetengah figura popular yang didakwa berkira-kira untuk berbuat demikian.

Bagi bintang berusia 27 tahun inu, semua itu berbalik kepada diri masing masing.

Pengasas Coklat Puji Khai Bahar Sebab Tak Berkira Soal Promosi – “Beliau Profesional, Tak Berkira. Jadi Saya Pun Tak Kisah Nak ‘Belanja’” Pengasas Coklat Puji Khai Bahar Sebab Tak Berkira Soal Promosi – “Beliau Profesional, Tak Berkira. Jadi Saya Pun Tak Kisah Nak ‘Belanja’”

“Saya tak boleh nak komen hal itu berdasarkan kapasiti atau pandangan orang lain. Lain orang, lain caranya.

“Cuma menjadi amanah kita mempromosikan sesuatu produk atau jenama apabila dibayar khidmat itu. Kalau sebaliknya, itu lain cerita,” katanya.

Menjadi wajah wakilan bagi tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin jenama Chocoalbab, Khai menyatakan rasa terharu, apatah lagi rezeki yang diterima atas sikap tolenransinya dalam membuat ulasan produk (riviu) di media sosial sebelum ini.

Difahamkan, pemilik jenama produk berkenaan, Said Saiful Fazli di bawah syarikat CLA Empire Sdn Bhd. turut memuji sikap tidak berkira Khai dan pernah melakukan promosi Chocoalbab lebih 19 kali dalam tempoh sebulan tanpa mengenal waktu.

IKLAN

Pengasas Coklat Puji Khai Bahar Sebab Tak Berkira Soal Promosi – “Beliau Profesional, Tak Berkira. Jadi Saya Pun Tak Kisah Nak ‘Belanja’” Pengasas Coklat Puji Khai Bahar Sebab Tak Berkira Soal Promosi – “Beliau Profesional, Tak Berkira. Jadi Saya Pun Tak Kisah Nak ‘Belanja’” Pengasas Coklat Puji Khai Bahar Sebab Tak Berkira Soal Promosi – “Beliau Profesional, Tak Berkira. Jadi Saya Pun Tak Kisah Nak ‘Belanja’”

“Saya bukan nak tunjuk baik. Cuma ia lebih kepada sikap hakiki manusia. Saya percaya orang lain pun mungkin akan buat benda sama.

“Makanan sedap wajar dikongsi. Lagipun orang bayar kita jadi duta, semestinya kena ligat promosi. Perasaan semangat nak promosi produk ini menjadi-jadi kerana segala jenis makanan berasaskan coklat menjadi kegemaran.

“Dalam hal berlebih-lebih mempromosikan ini daripada apa yang ditetapkan, saya percaya ia berbalik kepada soal timbal balik sesuatu perkara. Mungkin sudah jadi sikap saya sebegitu.

IKLAN

“Pemilik jenama itu pun bersikap profesional dan tidak berkira, jadi saya pun tak kisah nak ‘belanja’ lebih mempromosikannya. Orang baik dengan kita, tak salah kita buat benda sama,” katanya.

Sementara itu, Khai juga baru sahaja selesai penggambaran video promosi jenama berkenaan yang memakan masa hampir 12 jam.

Pengasas Coklat Puji Khai Bahar Sebab Tak Berkira Soal Promosi – “Beliau Profesional, Tak Berkira. Jadi Saya Pun Tak Kisah Nak ‘Belanja’”Pengasas Coklat Puji Khai Bahar Sebab Tak Berkira Soal Promosi – “Beliau Profesional, Tak Berkira. Jadi Saya Pun Tak Kisah Nak ‘Belanja’”

“Bayangkan dalam tempoh itu demi mendapatkan sudut terbaik dan memuaskan hati pihak terlibat, saya sampai kena makan berpuluh puluh tub coklat itu.

IKLAN

“Mujurlah yang masuk perut, makanan disukai. Jadi, layanlah juga. Penat itu biasalah, tapi ditolak ketepi. Janji semua ‘happy’ dan puas hati,” katanya.

Didatangkan dengan tiga jenis perisa, Choco Rice, Choco Ball dan Mini Choco Crunch, jenama dengan tagline Hidup Biarlah Sedap itu mensasarkan jualan satu juta tub dalam sebulan selain dieksport ke Indonesia, Brunei dan Thailand.

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Luluh itu bakal menjayakan Konsert Nafas Cinta, Khai Bahar pada 12 Februari ini di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ Pac).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI