Penyanyi yang sinonim digelar sebagai Ratu Rock Negara, Ella berpendapat program realiti popular, Gegar Vaganza (GV) tidak merendahkan martabat artis yang bertanding.
Ini kerana bagi Ella yang pernah diundang sebagai juri jemputan bagi rancangan tersebut berkata, ia sebagai satu platform yang baik buat penyanyi dalam menyerlahkan kredibiliti dan bakat yang ada.
“Saya rasa ia tidak memalukan, satu program yang sihat. Ia adalah program untuk mencabar diri kita sendiri. Kalau berani dan berminat, mengapa tidak,” katanya, lapor Berita Harian.
Okay Dengan Ramli MS
Ella pada masa sama tidak mempertikaikan kredibiliti salah seorang juri tetap GV, Datuk Ramli MS memandangkan figura itu disifatkannya sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri.
“Saya tiada masalah dengan Ramli MS. Dia okay dan menghiburkan dalam tegas.
“Bagi saya, kalau mahu perbaiki format program, tambah baik sahaja dengan lebih baik supaya ia lebih berkualiti,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Ella mendedahkan dia bakal tampil dengan konsert solo, tahun depan.
“Insya-Allah, kami tengah rancang untuk konsert, namun kali ini berbeza. Saya teruja dan tidak sabar.
“Sekiranya tiada aral melintang, mungkin saya akan muncul dengan album baharu juga, insya-Allah.
“Dalam masa sama, mahu saya melebarkan sayap bersama jenama Rockqueen,” katanya.
Fokus Bisnes
Rockqueen adalah jenama gaya hidup yang beraspirasi dalam memberikan keseimbangan antara fesyen berani dengan gaya sederhana dan elegan.
Ia direka untuk memperkasa wanita agar dapat menerima keunikan diri dengan penuh yakin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber: Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI