Sekarang ini MH lihat begitu ramai bakat-bakat baru yang menyinari dunia seni tanah air tidak kira sebagai penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara dan banyak lagi.

Sebagai seorang pelakon senior, Remy Ishak berkata dia mengakui bahawa berlakon dengan pelakon baru adalah salah satu cabaran buat dirinya sepanjang bergelar pelakon.

‘Penat Juga Berlakon Dengan Bakat Baharu’ – Remy Ishak Akui Ada Cabarannya!

Katanya kepada sebuah sumber, kekurangan ilmu juga pengalaman membuatkan dia berasa proses penggambaran itu menjadi sedikit memenatkan.

IKLAN

“Sejujurnya, penat juga berlakon dengan bakat baharu ini sebab mereka mungkin kurang pengalaman dan ilmu mengenai seni lakon.

 

“Kebanyakan bukan datang daripada bidang ini dan perlukan sedikit masa untuk memperbaiki mutu lakonan,” katanya kepada Mstar Online.

Remy berkata lagi, dia juga pernah bergelar pelakon baru namun dia beruntung kerana dapat mempelajari tentang dunia lakonan dengan ramai artis-artis senior.

“Saya pun pernah bergelar pelakon baru, cumanya saya beruntung dapat belajar dengan ramai senior mengenai industri,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pelakon ini turut menyatakan bahawa kebanyakan pelakon baru tidak menggunakan peluang yang ada untuk belajar teknik lakonan dengan pelakon senior malah lebih selesa untuk melakukan hal sendiri.

IKLAN

‘Penat Juga Berlakon Dengan Bakat Baharu’ – Remy Ishak Akui Ada Cabarannya!

Namun begitu Remy tidak menyalahkan mereka kerana dia percaya mungkin perasaan gementar akan timbul apabila berdepan dengan pelakon-pelakon senior dan itu membuatkan mereka selesa untuk menyendiri.

IKLAN

“Biasanya pelakon baru buat hal sendiri saja di set penggambaran. Kalau mereka tak tanya kita pun diam sajalah.

 

“Saya faham perasaan gementar apabila jumpa orang lama dalam industri dan tak marahkan mereka.

Hero drama Kekasih Paksa Rela ini juga berkata, perkara tersebut adalah sesuatu yang normal buat bakat-bakat baru cuma apa yang diharapkannya adalah mereka ini akan menjadi lebih baik dan belajar lagi tentang dunia lakonan.

MH setuju dengan Remy, sebagai pelakon baru sepatutnya mereka mengambil kesempatan yang ada untuk belajar seni lakonan daripada pelakon-pelakon senior.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI