Terdahulu aktres Janna Nick telah mengorbankan rambutnya demi tuntutan watak yang dijayakan dalam drama bersiri Coffee Prince bersama Fattah Amin.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Janna ada memuatnaik gambarnya bersama rambut potongan ala ‘boy cut’ mencuri perhatian peminat wanita yang menunjukkannya kelihatan seperti seorang lelaki dengan kapsyen,

Ni dah habih cerah dah edit…Dah hitam cheq oi main basketball tengah hari buta.. #mycoffeeprince.” 

Peminat Wanita Terpikat Dengan Janna Nick

Penampilan baru Janna tetap menjadi perhatian walaupun selepas memotong rambut pendek dan tidak seayu dahulu.

Ruangan komen di instagram Janna juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 2.9 juta pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen yang agak mencuit hati.

Peminat Wanita Terpikat Dengan Janna Nick

IKLAN

Perkongsiaan pelantun lagu Mungkin Saja itu telah menerima lebih daripada 59,000 tanda suka. Rata-rata pengikutnya berkata Janna kelihatan sangat kacak seperti seorang lelaki.

Di ruangan komen foto-foto Janna juga dipenuhi dengan kata-kata pujian yang diberikan oleh peminatnya. Ada yang berkata Janna kelihatan muda daripada yang biasa.

Bagi penggemar drama asal Korea Selatan yang disiarkan pada 2007 ini pasti mengetahui jalan cerita mengenai Go Eun-chan (lakonan Yoon Eun-hye) seorang wanita yang memotong pendek rambutnya menyamar sebagai seorang lelaki dan bekerja keras demi menampung kehidupan bersama ibu serta adiknya.

IKLAN

Peminat Wanita Terpikat Dengan Janna Nick

Pastinya, peminat drama ini tak sabar untuk menunggu bagaimana gandingan Janna dan Fattah Amin dalam versi Malaysia ini.

Jadi tidak hairanlah mengapa fenomena K-Pop semakin terus mendapat sambutan di Malaysia sehingga ada yang sanggup netizen memberi pro dan kontra berkenaan pemilihan karakter hero untuk drama tersebut.

IKLAN

Drama bersiri hangat ini mendapat hasil sentuhan sutradara Michael Ang ini bakal ditayangkan pada November ini.

Peminat Wanita Terpikat Dengan Janna Nick

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI