“Kebanyakan pakar perubatan Islam yang saya jumpa, memang mengatakan ada orang yang nak sampaikan sesuatu, nak bagi kita nampak buruk.” Itu pengakuan penyanyi, Ezlynn yang beberapa kali terjumpa serbuk berpasir misteri di rumahnya sebelum ini.
Menurut Ezlynn atau nama sebenar, Azline Ariffin,40, dia bagaimanapun tidak mengetahui siapakah individu yang ‘menghantar’ benda tersebut.
“Dia bukan santau, tapi ia berkaitan dengan amalan ‘pelalau’. Rumah saya besar, duduk pula seorang. Ia ‘diletakkan’ di tempat kasut di dalam stor.
“Saya jarang ke sudut tersebut. Pada awal saya jumpa, tak kisahlah… saya ingatkan pasir, mungkin saya fikir ia datang daripada tapak kasut.
“Tapi kasut tersebut saya tidaklah pakai untuk masuk hutan, rasa pelik juga. Namun saya tetap sapu sehinggalah kali kedua saya jumpa benda yang sama beberapa bulan selepas itu, buatkan hati saya terdetik.
“Jadi saya kumpul dan tunjuk pada mereka yang lebih arif, mereka kata kemungkinan ia berkaitan dengan perkara yang tak baik,” katanya.
Ads
Ditanya sama ada dia berubat bagi mengekang perkara tersebut dari terus berulang, pelakon filem Zombi Kampung Pisang itu memberitahu, dia dinasihatkan untuk melindungi diri dengan mendekatkan diri dengan Allah SWT selain membaca ayat suci al-Quran.
“Sebelum ini saya pernah kena santau dan pernah berjumpa dengan ustaz untuk berubat. Katanya, orang yang ‘buat’ kita ni akan cuba untuk ‘buat’ kita sampai bila-bila. Dia tak kan berenti dan puas hati.
“Jadi, saya sendiri yang perlu ubah cara hidup, maknanya jaga solat. InsyaAllah ia boleh sembuh dengan sendirinya. Setiasa dekatkan dirinya dengan Yang Maha Pencipta.
Ads
“Malah bila baca al-Quran, ia sudah lengkap untuk diri kita, baik dalam soal kesihatan dan segala-galanya.
“Saya cuba amalkan sebagai pendinding diri sendiri. Sekarang perkara itu tidak berlaku lagi. Alhamdulillah. Saya tidak rasa takut atau bimbang sebab Dia ada,” katanya lagi.
Ads
Ezlynn ditemui pada majlis pelancaran Sabun Toyyib, sabun pewangi dengan tekonolgi Endcap pertama di Malaysia dan berstatus halal di Klang, Selangor, baru-baru ini.
September lalu, penyanyi Hi Hi Bye Bye ini tertanya-tanya apabila beberapa kali terjumpa serbuk berpasir di salah satu sudut kediamannya.
Malah menerusi perkongsiannya di Instagram sebelum ini, serbuk berkenaan sentiasa ada di tempat tertentu biarpun telah dibersihkan berkali-kali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang cantik, Amelia Henderson sinonim sebagai antara bintang yang cukup bergaya dan yakin dalam mengenakan persalinan memukau, meski ada di antaranya mendapat reaksi pelbagai dari netizen.
Baru-baru ini misalnya, penampilan hos program Dewi Remaja 2019 ini kembali menjadi buah mulut kerana didakwa mengenakan persalinan seksi yang seakan-akan terdedah di bahagian dadanya.
Berkongsi foto di Instagram menerusi kemas kininya yang terbaru itu, entri berkenaan mendapat banyak respon.
Bagaimanapun jangan salah faham sebab sekiranya diamati, ruang di bahagian dadanya itu mempunyai lapisan dalam rona ‘nude’, sekali gus ia menampakkan ilusi seperti kulit sebenar.
Malah, ada netizen yang perasan lalu memberikan pandangan mereka. Pada masa sama, ada juga yang menasihatkan agar Amelia mengenakan ‘inner’ rona yang gelap untuk lebih selamat seterusnya bagi elakkan salah faham.
Foto: Instagram Amelia Henderson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Nabil Mahir tidak menafikan dirinya selesa berkawan dengan Ayda Jebat yang kini sering dikaitkan kononnya mereka sedang jalin hubungan cinta.
Enggan nafi atau mengiyakan spekulasi, Nabil bagaimanapun menyifatkan hubungan yang terjalin tidak lebih dari hanya sekadar rakan baik, memandangkan mereka sudah saling mengenali sejak sekian lama.
“Kami sekarang berkawan dan tengah saling mengenali. Kalau ada yang cakap lebih daripada itu, saya tidak ada komen. Cuma buat masa ini, saya lebih senang untuk tidak memperbesarkan hal peribadi.
“Kami sudah kenal lama, cuma rapat boleh dikatakan sejak beberapa bulan lalu. Senang dan selesa berkawan dengannya,” katanya kepada MH.
Menjawab pertanyaan media mengenai video serta foto penyanyi lagu Temberang itu yang sering dikongsikanya menerusi media sosial, bekas hos program HLive ini menjelaskan, bukan hanya hal fasal Ayda yang kerap dikongsi.
“Kalau ada perasan, menerusi Instagram misalnya, apa yang saya buat adalah sama untuk rakan-rakan lain.
“Jadi tiada istilah saya melebihkan dia atau sesiapa. Semua sama saja,” akui Nabil yang turut memberi penjelasan mengenai komen ‘I love You’ yang pernah ditulisnya pada ruangan komen IG Ayda.
“Ya ia mencetuskan pertanyaan ramai, tapi sebenarnya kalau tengok menerusi kapsyen, Ayda cabar orang untuk katakan ‘i love you’. Jadi saya salah seorang yang ucapkannya. Kenapa orang lain tidak kena interview?,” soal Nabil.
Senang dengan sikap dan profesionalisme Ayda dalam kerjaya, Nabil juga mendedahkan dirinya kini mendapat lampu hijau dari keluarga untuk serius dalam dunia lakonan.
Terdahulu, bintang berusia 31 tahun ini ditemui pada Sidang Media Jalinan Kerjasama Antara Digital Content Connection (DCC) dan Ace Pictures di Palace of the Golden Horses, pada Selasa.
Dua syarikat berkenaan bergabung dalam menyediakan dana buat penerbit dan pengarah untuk bekerjasama bagi menjayakan apa sahaja projek perfileman.
Semalam, industri hiburan Bollywood digemparkan dengan berita mengenai aktor, Sushant Singh Rajput yang ditemui mati di kediamannya pada Ahad.
Menurut laporan pihak Polis Mumbai, Sushant ditemui mati di tingkat 6 apartmentnya yang terletak di selatan Bandra, Mumbai dan kes tersebut telah pun diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri.
“Sushant Signh Rajput dilaporkan telah membunuh diri dan kini kes dibawah siasatan poli,” kata jurucakap polis, DCP Pranay Ashok.
Dalam pada itu, pihak pengurusan Sushant telah pun mengesahkan berita berkenaan malah turut memuat naik kenyataan buat peminat supaya menitipkan doa serta menghormati privasi sepanjang siasatan sedang berjalan.
Memetik laporan Hindustantimes, pelakon filem Dil Bechara itu meninggal dunia selepas beberapa hari bekas pengurusnya, Disha Salian dipercayai turut membunuh diri.
Berita kematian tersebut nyata mengejutkan ramai pihak termasuklah aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan dan Perdana Menteri India, Narendra Modi.
He loved me so much…I will miss him so much. His energy, enthusiasm and his full happy smile. May Allah bless his soul and my condolences to his near and dear ones. This is extremely sad….and so shocking!! pic.twitter.com/skIhYEQxeO
Sushant Singh Rajput…a bright young actor gone too soon. He excelled on TV and in films. His rise in the world of entertainment inspired many and he leaves behind several memorable performances. Shocked by his passing away. My thoughts are with his family and fans. Om Shanti.
Dalam usaha mengangkat seni tari Malaysia, Stephy Dance Group (SDG) menjalinkan kerjasama strategik dengan VIBES International Agency (VIBES).
Pengasas SDG, Datuk Stephanie Low berkata menerusi...