Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali sebagai Kamal Bakar telah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Melaka sekitar jam 1 pagi pada Selasa, 25 Jun 2024.
Anaknya, Hanis Kamal yang juga seorang pelakon berkongsi berita kematian pelakon itu menerusi satu hantaran di Facebook.
“Assalamualaikum semua, dimaklumkan bahawa ayah saya, Kamaruldzaman bin Bakar (Kamal Bakar) telah meninggal dunia sebentar tadi. Mohon jasa baik semua untuk sedekahkan surah Al-Fatihah buat ayah saya,” ujarnya dalam hantaran tersebut.
Ads
Berkongsi lebih lanjut, Hanis menyatakan bahawa jenazah bapanya akan dibawa ke Masjid Bukit Baru Melaka pada 11.30 pagi ini untuk dimandikan dan dikafankan.
Allahyarham bapanya yang meninggal dunia pada usia 62 tahun itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru Melaka selepas solat Zohor.
Ads
Pada Sabtu sebelum ini, Hanis mendedahkan bapanya telah dua minggu sakit kritikal di ICU Hospital Melaka kerana mengidap kanser paru-paru tahap empat.
Allahyarham Kamal bukanlah asing dalam dunia hiburan Malaysia. Dia memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 1970-an dengan membintangi pelbagai drama dan filem seperti Andai Itu Takdirnya, Orang Minyak, Suami Aku Ustaz, Pendekar serta Ratu Ten Pin.
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Filem Abnormal Buas yang bakal ditayangkan pada 20 Jun ini memulakan sesi pengenalannya menerusi pelancaran novel adaptasi daripada filem itu yang berlangsung di Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Novel yang menggunakan judul sama itu ditulis oleh Shahriman Wahap, Nadzri Kamsin dan Syamzaly Musa serta diterbitkan oleh Karya Publika Sdn Bhd.
Pelakon yang juga penerbit filem itu Aeril Zafrel berkata, penerbitan novel ini membolehkan khalayak untuk mengenali dan memahami cerita Abnormal Buas dengan lebih mendalam lagi.
“Novel ini diterbitkan disebabkan cerita yang begitu kaya dan mendalam, sehingga tidak dapat dimuatkan sepenuhnya dalam format filem. Dengan menerbitkan novel terlebih dahulu, pembaca dapat menyelami perjalanan cerita secara lebih terperinci dan komprehensif.
“Malah, walaupun tanpa mengikuti keseluruhan trilogi, mereka yang menonton filem ini pun akan tetap dapat memahami ceritanya dengan baik.
“Sebenarnya, untuk menggambarkan keseluruhan cerita dari novel dalam bentuk filem pun mungkin tidak mencukupi. Jadi novel ini menjadi tambahan yang memperkaya pemahaman penonton terhadap dunia cerita yang begitu mendalam.
“Bagi mereka yang membaca novel ini, pasti akan dapat menyelamidan memahami cerita ini dengan lebih menyeluruh dan bermakna,” katanya.
Aeril menambah, filem itu mengisahkan manusia yang bersifat ‘kebinatangan’ dengan diselitkan eleman fiksyen.
“Filem ini tidak berlatarbelakangkan Malaysia, sebaliknya ia berkisarkan di negara yang berbeza. Bandar dan watak yang diketengahkan juga bukan dari Malaysia, memandangkan cerita ini mengandungi unsur-unsur yang mungkin dikenakan tapisan sekiranya ia berlatar di negara kita.
“Oleh itu, untuk memberikan kebebasan kreatif, kami mencipta satu negara yang berbeza sebagai latar belakang. Apa yang menarik mengenai novel dan cerita ini ialah ia agak unik dan mempunyai banyak unsur yang mendebarkan serta membangkitkan rasa teruja,” katanya lagi.
Selain Aeril, filem terbitan Respected Citizen Production inimenampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Nabila Huda, Wawa Zainal, Johan Asari, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Ahmad Yatim, Datuk Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali, Jalil Hamid dan ramai lagi.
Novel menceritakan, Dahliya yang ingin melupakan sejarah hitamnya dan mahu memulakan hidup baru bersama anaktunggal kesayangannya Izo. Namun detik hitam muncul lagi dalam hidup Dahliya apabila rumah mereka dimasuki oleh pasangan penyamun, Bullet dan Speed.
Dahliya dan Izo berjaya mengusir mereka, namun sewaktu dia membuat laporan di balai polis, ASP Musa Grey bertindak memperkosa Dahliya di depan Izo.
“Dahliya dan Izo di datangioleh tiga lelaki yang mewakili E-1, agensi rahsia yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan politik di Kota Lemuriya.
Mereka berdua diangkat menjadi pembunuh upahan pasukan E-1 yang berpengkalan rahsia di hospital mental Pusat Aman Bahagia.
Selepas 20 tahun, dalam satu pertemuan yang tidakdijangka, Izo bertemu semula dengan ASP Musa Grey, Bullet dan Speed di Harmoni Vila. Izo kali ini sudah bersedia dan tragedi berdarah bakal berlaku di vila itu.
Novel dijual pada harga RM33.90 di Semenanjung Malaysia dan RM35.90 untuk pasaran Sabah dan Sarawak.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang sinonim digelar selebriti ular Malaysia, Dwan Hamid mendedahkan dirinya nekad mahu mencipta rekod untuk tinggal bersama 150 ekor ular selama 14 hari dalam sebuah akuarium besar.
Meski menyedari risiko dan bahaya yang boleh mengancam nyawa, Dwan ternyata mempunyai alasan tersendiri mahu mencapai rekod tersebut yang turut menjadi impiannya selama ini.
“Saya dah 15 tahun serius dalam pertunjukan ular. Kalau ikutkan dari kanak-kanak lagi saya dah berjinak-jinak main ular. Saya tak rasa haiwan itu sebagai musuh atau perlu takut, ular juga makhluk Allah yang patut kita sayangi, cuma kenalah berhati-hati.
“Sepanjang tempoh itu, saya banyak ikut sifu saya iaitu Amjad Khan yang juga anak kepada Raja Ular Malaysia, Allahyarham Ali Khan Samsuddin.
“Pengalaman pahit manis, jatuh bangun sebagai pemain ular ini, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mencipta rekod saya sendiri iaitu tidur bersama 150 ekor ular selama 14 hari.
“Bukanlah nak menunjuk-nunjuk kebolehan, tapi saya ada alasan sendiri kenapa mahu mencipta rekod sedemikian,” katanya.
Dwan turut mempunyai beberapa ekor ular sawa dan ular tedung yang disimpan di rumah sifunya Amjad Khan.
Menurut anak kelahiran Perak ini, niatnya hanyamahu memberi sesuatu yang positif kepada masyarakat terutamanya generasi muda.
“Antara niat saya kejar impian tersebut adalah mahu memberi ilmu pengetahuan dan pembelajaran tentang habitat ular dan haiwan eksotik.
“Dalam masa yang sama memberi peluang orang ramai untuk mendekati dan melihat pelbagai jenis spesis ular melalui pertunjukan ular yang saya jayakan.
“Bukan itu sahaja, apa yang saya usahakan ini jugaadalah untuk memupuk semangat cintakan haiwanmenggalakkan generasi akan datang agar sentiasa melindungi kehidupan habitat ular dan haiwan eksotik daripada pupus.
“saya berjaya mencapai impian mencipta rekod tersebut, secara tidak langsung ia menjadi salah satu tarikan pelancong dalam dan luar negara. Program yang berkonsepkan pendidikan ini juga dapat memupuk rasa cinta kepada alam sekitar yang harus kita jaga,” kataya lagi.
Menyedari impian yang ingin dicapai itu memerlukan masa dan prosedur yang ketat. Dwan akur dengan apa sahaja syarat atau kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
“Saya tahu dan sedar, banyak perkara yang perlu saya jalani prosesnya termasuklah syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang terlibat.
“Kertas kerja saya pun sudah siap, tunggu lagi mahu mendapatkankelulusan daripada pihak terbabit serta penajaan. Insya-Allah tim saya sedang berusaha ke arah itu.
“Saya juga tak mahu tergesa-tergesa, kerana saya yakin kalau sudah rezeki, takkan ke mana. Kertas kerja saya pun sudah siap, tunggu lagi mahu mendapatkan kelulusan daripada pihak terbabit serta penajaan. Insya-Allah kami sedang berusaha ke arah itu,” katanya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.