Seorang pelakon lelaki yang baru putus tunang baru-baru ini ditahan polis selepas didakwa mencederakan bekas tunangnya, yang juga seorang pelakon.

Difahamkan, pelakon lelaki terbabit didakwa  mencekik serta menumbuk mulut mangsa hingga berdarah dalam kejadian di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 26 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan seperti yang dipetik Utusan online berkata, siasatan awal mendapati pelakon berusia 27 tahun itu telah datang ke rumah bekas tunangnya sebelum memaksa mangsa masuk ke dalam keretanya.

IKLAN

“Semasa di dalam kereta, suspek itu telah mengeluarkan kata-kata kesat selepas mangsa memintanya untuk tidak meneruskan hubungan dengan seorang rakan sejenisnya.

“Suspek yang marah kemudian telah mencekik, menumbuk muka dan mulut mangsa sehingga berdarah malah kejadian ini telah berlaku berulang kali sebelum suspek bertindak memutuskan pertunangan di antara mereka pada Ahad lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.

IKLAN

Menurut Ismadi, mangsa yang berusia 23 tahun itu dikatakan mahu menyelesaikan konflik yang dihadapi secara baik, namun suspek bertindak di luar batas, lalu mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Jelasnya lagi, mangsa juga telah dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut namun tiada kesan kecederaan ditemui kerana ia telah lama berlaku.

IKLAN

“Suspek ditahan polis selepas menyerah diri di Balai Polis Bandar Kinrara dan turut mengaku mencederakan mangsa. Suspek bagaimanapun telah dilepaskan dengan jaminan polis sebaik rakaman percakapan diambil,” ujarnya.

Tambahnya, siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 323 kanun yang sama kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI