Pertandingan Miss Earth Malaysia 2024 telah melabuhkan tirainya apabila menobatkan Geetha William sebagai pemenang utama.
Geetha, 27, bakal mewakili Malaysia di pertandingan Miss Earth 2024 yang bakal berlangsung di Filipina pada November akan datang.
Seiring dengan kemenangannya Geetha membawa pulang wang tunai bernilai RM1500, selempang, menjadi duta kepada Bleu dan sebentuk mahkota.
Wanita tinggi lampai ini bukanlah asing dalam dunia ratu cantik, dia sebelum ini pernah memegang gelaran pemenang tempat kedua Miss Grand Malaysia 2024 dan juara Miss Emerald Malaysia 2022.
Selain bergelar ratu cantik, wanita tinggi lampai ini bergiat aktif sebagai seorang peragawati di pentas fesyen dan membintangi pelbagai video klip.
Ads
Tidak terhenti di situ, dia turut memiliki perusahaan fesyen yang diberi nama My Design yang menampilkan busana-busana berkonsep sari dan kurti yang dikhususkan untuk acara khas.
Pertandingan Miss Earth merupakan antara pertandingan ratu cantik berprestij di dunia dan diletak seiring dengan Miss Universe, Miss World dan Miss Supranational.
Ads
Setakat ini hanya seorang wakil Malaysia pernah bergelar semi-finalis iaitu Nisya Thayanathan yang bertanding pada edisi 2021. Selebihnya, wakil lain tidak berjaya mara ke pusingan seterusnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer meningkat naik, Chubb-E meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga selepas berjaya memiliki kereta impian pertamanya.
Menurut Chubb-E atau nama sebenarnya, Muhammad Sharul Ashlyn, kereta berjema BMW berwarna putih itu sebenarnya sudah menjadi idam-idamannya sejak dahulu lagi.
“Kereta pertama saya adalah kereta idaman saya. Alhamdulillah, syukur kepada yang maha Esa. Counting blessings,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan buat tatapan umum oleh naib juara program Dansa Dan Sing itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Selasa.
Antara yang turut meluahkan rasa bangga melihat pencapaian penyanyi berusia 22 tahun itu adalah rakan artis, Yuna.
Menurut Yuna, dia juga berasa sangat bersyukur ketika dikurniakan kereta pertamanya satu ketika dahulu.
“Damn kid. My first car was a Toyota Corolla. Bless up,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga Chubb-E akan terus sukses selepas ini.
Terdahulu, Chubb-E baru sahaja mengumumkan bakal melancarkan single terbarunya hasil kolaborasi bersama penyanyi, Amir Masdi yang berjudul Biru Malam.
Menerusi video teaser yang dikongsikan, lagu tersebut dijadualkan akan dilancarkan pada tanggal 22 Januari ini.
Sumber: Instagram Chubb-E
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio Dj Lin, rasa syukur kerana tahap kesihatannya sudah pun beransur pulih dan kini berada di dalam kondisi baik untuk terus memberikan fokus kepada komitmennya terhadap Suria FM.
Menurut Dj Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, dia berterima kasih kepada semua pihak yang henti-henti menitipkan doa yang baik buat dirinya.
“Sejak lapan tahun kebelakangan ini, saya kerap masuk hospital sehingga dirawat di ICU. Namun alhamdulillah, untuk tahun ini, ia seperti mencipta sejarah untuk diri saya kerana kesihatan saya kian baik dan konsisten.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah. Malah, para peminat juga sentiasa menitipkan doa-doa yang baik dan memberikan kata-kata semangat.
“Pada saya, itu merupakan satu terapi dan ubat terbaik untuk saya terus kekal aktif,” katanya kepada MH.
Pengurus Besar Suria FM itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Jelajah Suria Kuasa 2, baru-baru ini.
Ditanya sama ada mentalnya masih terganggu susulan kerana kontroversi sebelum ini, Dj Lin memaklumkan dirinya kini hanya mahu memberikan fokus terhadap soal kerja dan hal-hal positif.
“Saya tidak ambil pusing dengan apa yang berlaku kerana bagi saya, ujian Allah ini ada hikmah tersendiri dan saya yakin Dia ingin berikan sesuatu. Fokus saya ketika ini tertumpu kepada kerja sahaja.
“Saya sedang berusaha untuk menaikkan rating, ranking dan revenue stesen radio saya. Itu objektif utama saya dan bukan perkara lain.
“Jadi, saya tak perlu ambil pusing dan buang tenaga untuk perkara negatif. Tanggungjawab saya besar dan di bawah saya ada 50 orang staf yang perlu saya berikan sokongan dan semangat.
“Ini merupakan satu perjuangan. Kami kena bersaing dengan stesen radio yang hebat-hebat. Kami tidak akan patah semangat,” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai penganjuran program Jelajah Suria Kuasa 2 yang kini muncul menerusi konsep terbaharu, pengendali segmen Suria Cinta ini memaklumkan acara ini merupakan usaha pihaknya untuk terus dekat dengan para pendengar.
“Untuk tahun 2024, kami ingin menawarkan sesuatu yang berbeza buat para klien dan pendengar setia. Daripada sehari, kita buat pula dua hari. Ini pengalaman baharu buat kami.
“Para penyampai akan ada masa yang lebih lama bersama para pengunjung di lokasi. Ini cara kami membalas semula kepercayaan para pendengar sedia ada dan baharu.
“Dalam hidup ini, saat kita diuji, kita boleh lihat siapa ada bersama dan setia dengan kita. Dengan pelancaran Jelajah Suria Kuasa 2 yang mendapat sokongan penaja, ia merupakan petanda positif.
Jelajah Suria Kuasa 2 bakal berlangsung di empat buah negeri iaitu Pulau Pinang (7 & 8 September), Johor Bahru (21 & 22 September), Negeri Sembilan (28 & 29 September) dan Kelantan (11 & 12 Oktober).
Antara selebriti yang akan membuat persembahan adalah Aina Abdul, Masdo, Ernie Zakri, Nabila Razali dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas hos, Awal Ashaari memaklumkan kepada peminat bahawa isterinya, Scha Al Yahya sedang hamil anak kedua mereka, rata-rata peminat menyatakan rasa teruja dan tumpang gembira dengan berita tersebut.
Lalu, masing-masing meneka bayi yang bakal lahir pada usia kandungan Scha sudah hampir lapan bulan.
Bagaimanapun baru-baru ini, menerusi Instagram, Awal Ashaari ada berkongsi perkembangan terkini kandungan isterinya dengan paparan imbasan ultrasound kepada umum.
Malah, pengacara program hiburan, Melodi ini turut berseloroh mengenai hidung bayi mereka di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
“Assalamualaikum, as usual la dia sorok muka lagi. Tapi tang hidung je dia tunjuk. Ni hidung mommy ke, hidung daddy ke, hidung Lara?,” tulis Awal.
Lalu, kapsyen santai itu nyata meraih perhatian peminat lalu masing-masing memberikan reaksi. Antaranya;
Sebelum ini, Awal menerusi media ada berkongsi ragam isterinya ketika di awal peringkat berbadan dua.
Jelasnya, selain mengalami alahan, ada ketikanyaemosi Scha berubah-ubah.
“Jika dahulu selepas usia kandungan tiga bulan ketika mengandungkan Lara Alana, Scha sudah okay dan boleh keluar berjalan-jalan. Tetapi, kali ini, dia mengalami muntah dan lenguh badan. Memang berbeza keadaannya.
“Sebelum ini dia sangat rimas dengan telefon termasuk media sosial, sepanjang tempoh tiga bulan kehamilan. Malah, turut mempersoalkan mengapa perlu mengemas kini akaun media sosial setiap hari,” dedah Awal.
Bagaimanapun, situasinya kini mulai berubah dan meminta ramai agar mendoakan kesejahteraan Scha dan anal yang dikandung.
Terdahulu pada Ogos lalu, Awal atau nama lengkapnya, Ahmad Awaluddin Ashaari mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua menerusi akaun Instagram dengan memuat naik foto yang memaparkan anak pertamanya, Lara memegang alat pengesan kehamilan.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 di Putrajaya.
Foto: Instagram Awal Ashaari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Sheila Rusli akui teruja apabila menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha memutuskan untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya selepas melahirkan cahaya mata kedua.