Dunia perfileman Bollywood kehilangan seorang lagi tokoh besar apabila pelakon veteran, Kamini Kaushal, disahkan meninggal dunia pada usia 98 tahun di kediamannya di Mumbai, malam Khamis lalu. Mendiang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi kesihatan berkaitan usia.
Kamini, yang dilahirkan sebagai Uma Kashyap pada 24 Februari 1927 di Lahore, merupakan antara pelakon wanita awal yang mewarnai zaman kegemilangan sinema Hindi sejak era 1940-an.
Beliau memulakan langkah besar dalam industri melalui filem Neecha Nagar (1946), karya yang meraih anugerah Palme d’Or di Festival Filem Cannes.
Ads
Sepanjang lebih tujuh dekad pembabitannya, beliau membintangi ratusan karya penting dan pernah bergandingan dengan nama-nama besar seperti Dilip Kumar, Raj Kapoor, Dev Anand, serta barisan pelakon baharu pada era moden termasuk Shah Rukh Khan dan Aamir Khan.
Keupayaannya menyesuaikan diri dengan perubahan arus perfileman menjadikan beliau antara figura paling dihormati di Bollywood dan menjadi rujukan. Walaupun kemuncaknya sebagai heroin berlangsung sekitar tahun 1940-an hingga 1960-an, Kamini kekal aktif dengan memilih watak-watak sokongan berkualiti dalam dekad seterusnya.
Ads
Beliau dilihat terus bekerja sehingga usia lanjut, termasuk kemunculannya dalam filem terkenal seperti Chennai Express (2013) dan Kabir Singh (2019). Kali terakhir beliau muncul dalam filem adalah menerusi karya Laal Singh Chaddha yang disiarkan pada 2022.
Ads
Pemergian ikon ini turut mendapat perhatian meluas dalam kalangan penggiat seni India. Beberapa pelakon generasi baharu menzahirkan penghormatan mereka, menyifatkan mendiang sebagai “tiang sejarah” dan antara wanita yang membuka jalan kepada peranan lebih besar untuk pelakon perempuan dalam sinema Hindi.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun menjadi antara peserta terawal tersingkir, penyanyi Dato’ Elaine Kang akui tidak menyangka mampu bertahan sehingga konsert minggu keempat Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), malam tadi.
Menurut Elaine, dia tidak meletakkan harapan tinggi sepanjang pertandingan kerana niat asalnya hanyalah untuk mengubat kerinduan peminat yang sudah lama tidak melihatnya beraksi di atas pentas besar.
“Saya sertai GV12 ini kerana rindu nak bertemu dengan peminat. Pada awalnya, saya hanya nak bertanding untuk satu minggu sahaja tapi rezeki saya mampu bertahan sehingga minggu keempat.
“Selama tempoh tersebut, saya sudah cuba menyanyi dan buat persembahan yang terbaik. Seperti yang ramai tahu, tahap kesihatan saya juga tidak berapa mengizinkan.
“Doktor pun sudah arahkan untuk saya berhenti dan tidak boleh bertanding lagi,” katanya kepada MH.
Elaine berkata demikian ketika ditemui selepas berakhir konsert minggu ke-4 GV12 di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Penyanyi lagu Maafkan Aku itu turut mengakui tidak mampu menahan sebak mengenangkan minggu tersebut menjadi pentas terakhirnya di GV12.
“Sebelum saya mula menyanyi pada malam tadi, air mata saya hampir mengalir. Namun, saya tahan. Saya tak mahu rosakkan persembahan pada malam ini.
“Saya jadi agak sebak kerana saya tahu ini merupakan malam terakhir saya buat persembahan di pentas GV12.
“Kalau saya tidak tersingkir malam ini, saya akan tetap tarik diri,” kongsinya lagi.
Ditanya sama ada dia akan terus aktif di kaca televisyen selepas ini, Elaine memaklumkan dia berhasrat untuk mengadakan mini konsert jika keadaan mengizinkan.
“Saya seorang yang bersemangat tinggi, berani dan kuat. Jika tiada aral melintang, saya akan kembali aktif menyanyi.
“Siapa tahu, mungkin tahun hadapan saya akan buat mini konsert. Biarlah masa dan tuhan yang menentukan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Elaine buat masa ini tidak mahu mengulas lanjut berkaitan keadaan kesihatannya.
“Bermula esok (hari ini), saya akan mula buat temu janji untuk berjumpa dengan tiga orang doktor. Saya enggan berkongsi lanjut mengenai kesihatan saya. Saya tak nak orang risau.
“Jika satu hari nanti, sudah tiba masanya untuk saya berkongsi kepada umum, saya akan adakan sesi sidang media.
“Buat masa sekarang, doakan sahaja kesihatan saya. Janji dengan saya, kalian semua juga perlu jaga kesihatan,” akhirinya.
Pada malam tersebut, Elaine yang berduet bersama penyanyi Dia Fadila menerusi lagu Yesterday Once More gagal menambat hati juri, sekaligus berada di kedudukan terendah dengan markah 46.75%.
Turut tersingkir ialah Shy8 yang berada di kedudukan ke-12 dengan 52.00%.
Tempat pertama pula diungguli oleh penyanyi Singapura, Iskandar Ismail bersama rakan duet Liza Aziz menerusi lagu I Want To Spend My Lifetime Loving You dengan markah tertinggi 84.25%.
GV12 bersiaran langsung dari MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (104), bermula 2 November 2025 selama 12 minggu.
Ia turut boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan sooka.
Musim ini mempertaruhkan 13 bintang Iaitu Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie & Shima)
Shae, Ruri Repvblik, trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) dari Indonesia turut berada dalam senarai bersama wakil Singapura Iskandar Ismail sementara SHY8 pula tampil sebagai peserta wildcard.
Barisan juri terdiri daripada Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS dengan Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad selaku pengacara.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Baiknya hati Dato’ Elaine Kang bila dia sudi agihkan patung Labubu kepada para penonton dan juga juri sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang malam tadi💝✨ Menurutnya, idea untuk menggantung Labubu pada busananya datang daripada pereka fesyennya dan tanpa ragu, dia terus bersetuju kerana melihat keunikannya yang tersendiri 🧸 Lebih manis, hampir 40 patung Labubu dibawa khas semata-mata untuk dikongsi bersama ♥️ Tidak hairanlah Elaine sering menjadi perhatian ramai kerana sentiasa tampil dengan persalinan ‘out of the box’ dan penuh kreatif sepanjang perjuangannya di pentas GV12 🎤💃
Pelawak dan pengacara, Namie tampil memberikan penjelasan selepas seorang individu didakwa kurang senang dengan cara kumpulan Nanas yang menggabungkan elemen komedi dan ayat suci Al-Quran dalam setiap persembahan di Muzikal Lawak Superstar 5 (MLS5).
Menurut Namie, penggunaan ayat suci Al-Quran di awal persembahan bukan dilakukan secara sewenang-wenangnya, tetapi ia membawa tujuan dan mesej positif yang ingin disampaikan kepada penonton.
“Saya tertarik untuk menjawab persoalan itu. Pada saya, itu adalah pendapatnya sendiri. Bagi kami pula, kami lebih memikirkan mengenai konteksnya.
“Kami tidak meletakkan ayat-ayat itu di tengah-tengah persembahan di antara lawak dan hiburan. Ada sebab kami letakkan ia di awal cerita.
“Pengajaran daripada setiap persembahan kami adalah berdasarkan ayat Al-Quran dan hadis tersebut.
“Pada saya, teguran itu adalah pandangan peribadi. Kami pun tak kenal siapa beliau. Setiap teguran itu ada baik dan buruknya.
“Selagi mana kami berada di posisi yang betul, kami akan teruskan. Dekat mana lagi kami boleh sampaikan pengajaran seperti ini? Lebih baik ada daripada tiada,”katanya kepada MH.
Kumpulan Nanas ditemui selepas tamat persembahan minggu separuh akhir MLS5 yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam, pada Sabtu.
Pada malam tersebut, Nanas mencipta momen manis apabila kedua-dua persembahan mereka meraih tiga standing ovation daripada para juri.
Pelawak Achey mengakui tidak menjangka sambutan luar biasa itu, terutamanya apabila persembahan kedua berdepan masalah teknikal.
“Alhamdulillah, kami pun tidak jangka akan mendapat tiga standing ovation untuk kedua-dua persembahan kami. Kami hanya mengikut perancangan dan latihan yang telah dibuat.
“Namun, mungkin ada yang tidak tahu, ketika persembahan kedua, kami berdepan masalah teknikal. Nasib baik semuanya okay dan orang tak nampak masalah itu.
“Kami gunakan ikatan persahabatan dan keserasian yang ada untuk menambah baik sketsa di atas pentas,” kongsinya.
Apabila ditanya tentang pujian juri yang menyifatkan persembahan separuh akhir itu sebagai standard juara, Nanas terharu dan kekal rendah hati.
“Minggu-minggu sebelum ini, juri ada juga berkata sebegitu. Namun, kami melihatnya secara gentleman. Setiap minggu kami tetap mahu berikan yang terbaik meskipun ada potensi tersingkir.
“Mungkin ini adalah rezeki daripada Allah. Kami pun tak tahu jenaka kami ini mampu atau tidak buat orang terhibur. Kalau Allah kata jadi, jadilah dia.
“Kami juga terikat dengan tema. Jadi, kami kena bagi yang terbaik untuk tema tersebut. Menang adalah bonus. Kami hanya mahu persembahan kami dikenang,” kata Achey.
Setelah tujuh minggu bertanding, empat kumpulan kini melangkah ke pentas akhir MLS5 iaitu Nanas, Roda, Puteh dan Kimbab.
Bagaimanapun, hasrat kumpulan Bahyim dan Lompat untuk mara ke malam penentuan terkubur selepas diumumkan tersingkir.
Jangan lupa saksikan pentas akhir MLS5, disiarkan secara langsung Sabtu ini, jam 9 malam di Astro Prima, Astro One dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan memohon maaf kepada peminat apabila terpaksa membatalkan tradisi tahunan menyapa orang ramai yang berkumpul di hadapan kediamannya, Mannat, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-60 pada 2 November.
Menerusi kenyataan di platform X , aktor terkenal itu menjelaskan bahawa beliau tidak dapat keluar bertemu peminat atas nasihat pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang isu keselamatan dan kesesakan orang ramai di sekitar kawasan kediamannya di Mumbai.
“Saya dinasihatkan oleh pihak berkuasa untuk tidak keluar bertemu dengan semua peminat yang menunggu di luar Mannat. Saya benar-benar memohon maaf kerana tidak dapat berbuat demikian, namun ia demi keselamatan semua pihak disebabkan isu kawalan orang ramai,” tulis beliau.
Menurut laporan media tempatan, kawasan sekitar kediaman Shah Rukh Khan mula dipenuhi ribuan peminat sejak malam sebelum ulang tahun kelahirannya. Tradisi beliau melambai dari balkoni Mannat setiap tahun menjadi simbol penghargaan terhadap sokongan penggemar filemnya dari seluruh dunia.
Have been advised by authorities that I will not be able to step out and greet all you lovely people who have been waiting for me.
My deepest apologies to all of you but have been informed that it is for the overall safety of everyone due to crowd control issues.
Bagaimanapun, selain faktor keselamatan, difahamkan rumah agam berkenaan kini sedang menjalani kerja pengubahsuaian besar, sekali gus menyukarkan tradisi tahunan itu diteruskan dalam keadaan biasa.
Shah Rukh turut menyuarakan rasa rindu terhadap momen bertemu peminat secara dekat, sambil menegaskan beliau akan menggantikan detik istimewa itu pada masa sesuai nanti.
Ulang tahun ke-60 pelakon yang digelar King of Bollywood itu tetap diraikan meriah oleh peminat di seluruh dunia menerusi media sosial dengan tanda pagar #HappyBirthdaySRK sehingga menjadi antara topik paling tular di platform X dan Instagram.
Shah Rukh Khan yang memulakan kerjaya lakonan pada awal 1990-an telah membintangi lebih 80 filem, antaranya Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kuch Kuch Hota Hai, Chak De! India dan Pathaan.
Sepanjang lebih tiga dekad bergelar anak seni, beliau kekal sebagai antara figura paling berpengaruh dalam industri hiburan India.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dramatis Laila Nasir tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan terharu apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun lalu menerusi sebuah majlis tertutup yang...