
Pelakon, Jue Aziz memaklumkan dirinya kini sudah berpisah dengan suaminya yang juga seorang pemuzik asal Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal.
Memetik Harian Metro, pelakon berusia 35 tahun itu berpisah secara baik.
Bagaimanapun, dia secara jujur memberitahu tidak boleh berkongsi secara terperinci mengenai perpisahan yang terjadi.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Bayu (bekas suami) juga memahami perceraian ini untuk kebaikan masing-masing,” katanya.
Malah, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz ini juga turut tidak mendedahkan bila tarikh sebenar dia dan suaminya bercerai.
“Tidak perlu tulis bila tarikh kami bercerai kerana saya sudah habis edah pun. Walaupun sudah bercerai hubungan kami masih baik sampai sekarang,” jelas Jue lagi.
Terdahulu, bintang ini mendirikan rumah tangga dengan Bayu, pada 9 Mac 2014 dan pasangan ini turut memiliki seorang anak angkat Darwish Naufal, 5 tahun.
Foto/Sumber: Instagram Jue Aziz/Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah! Nadiya Nisaa Selamat Lahirkan Cahaya Mata Perempuan 1 Januari Lalu, Turut Kongsi Nama Bayi

Tahniah diucapkan buat pelakon, Nadiya Nisaa yang memaklumkan sudah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya, 1 Januari lalu.
Aminah Rose diberi, bintang berkenaan turut menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan buat peminat dan keluarga atas doa serta zikir yang diberikan buatnya.
Pelakon filem Terbaik Dari Langit itu mengumumkan berita gembira itu menerusi Instagram, sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua & syukur di atas kebesaranNya saya selamat melahirkan cahayamata ketiga saya, Aminah Rose tanggal 1 Januari 2019 tempoh hari.
“Terima kasih & rasa dihargai sekali apabila sekalian keluarga ada bersama-sama disisi menanti kelahiran & tak putus-putus doa serta zikir untuk dipermudahkan segala urusan. You guys know how much I love you & cherish you.
“Apresiasi saya juga buat Doktor Asmah Yun & staf serta nurse di Hospital Pusrawi kerna menjaga saya & bayi sebaiknya. Semoga tugas murni kalian sentiasa mendapat berkah daripada Allah swt.
“Buat suami tercinta, terima kasih yang tak terhingga atas kesabaran & kasih yang tanpa batas. Saya beruntung sekali. Please spend more time dengan Omar. Dia tengah jealous dalam diam tu saya asyik dengan baby baru je,” tulisnya panjang lebar sambil mendoakan semuanya dipermudahkan.
Terdahulu, anak kedua yang dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika berusia sembilan bulan dalam kandungan.
Nadiya yang mendirikan rumah tangga bersama Saiful Razman Kasim dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Foto; Instagram Nadiya Nisaa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pelakon, Betty Rahmad kini telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki.
Terbaru, Betty telah memuat naik satu keping gambar di akaun Instagram miliknya dan memaklumkan dia telah selamat melahirkan bayi lelaki.
“Salam uncles & aunties! Alhamdulillah syukur saya selamat melahirkan our lil hero Ardy Wira pada 19.1.19 at 6:29pm (i was in labor from 4am to 6pm from 3cm dilated to 10cm without epidural) and his weight is 3.26kg.”
“Allahuakbar takkan lupa sampai bila-bila haha!
“Anyways terima kasih semua selalu mendoakan kami syukur baby & mummy all good. Will share his pictures bila dah habis pantang ya! #bettyanddamisjunior #ardywira #bettyanddamis,“ tulis Betty.
A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
Betty memberitahu, dia bersyukur yang dia dan putera sulungnya berada dalam keadaan baik dan selamat.
Untuk rekod, Betty dan suami, Ardy Damis telah mendirikan rumah tangga pada 15 Oktober 2017 lalu.
Foto : Instagram Betty Rahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Penyanyi, Amelina yang kini muncul menerusi single terbaru berjudul Janda Anak Enam sejujurnya mendedahkan, lagu berkenaan sedikit sebanyak turut berkaitan dengan kisah hidupnya yang bergelar ibu tunggal, lebih lima tahun lalu.
Bagaimanapun kata Amelina, lagu tersebut juga turut ditujukan buat mereka bergelar ibu tunggal, tetapi dalam sisi yang sinis.
“Ia sinis mengisahkan kisah rumah tangga yang dilalui bersama bekas suami. Kiranya, saya mewakili suara wanita yang senasib. Iyelah, sebab apabila sudah berpisah, macam-macam hal yang terpaksa dilalui.
“Pada masa sama, boleh buktikan yang kita (ibu tunggal) ini pun boleh berjaya, dengan kudrat sendiri tanpa suami,” kata penyanyi berusia 45 tahun ini lagi.
Lebih simbolik, lagu tersebut juga boleh dikatakan sebagai kesinambungan kepada lagu lamanya, Anak Dara yang dirakam lebih 20 tahun lalu.
“Dulu kan saya ada rakam lagu tersebut, jadi kini lagu Janda Anak Enam ibarat pelengkaplah kepada lagu tu. Dulu anak dara, sekarang dah berkahwin kemudian berpisah,” seloroh Amelina yang turut menyambut baik sambutan positif peminat terhadap lagu ciptaan adik kepada Iwan Dangdut itu.
“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat baik. Meski sebulan dilancarkan, ia sudah pun mendapat lebih 159,000 di YouTube setakat ini. Kiranya ia baik, meski promosi belum dilakukan secara menyeluruh,” katanya yang bakal menjalani penggambaran untuk muzik video lagu tersebut dalam tempoh terdekat.
Ibu kepada enam cahaya mata ini ditemui MH di lokasi penggambaran drama 14 episod, Patah Sayap Bertongkat Paruh di Kapar, Klang pada Isnin.
A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on
Berkongsi mengenai pembabitannya dalam drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd itu, Amelina yang mendukung watak sebagai Maznah memberitahu, dia teruja untuk beraksi di hadapan kamera meski pada awalnya tertekan kerana melibatkan babak yang banyak.
“Memang pada mulanya tak jangka. Ingatkan sebagai penampilan khas sahaja. Bagaimanapun, beberapa hari selepas penggambaran, saya terima lagi skrip untuk dihafal.
“Lalu ia membayangkan babak yang kena shooting pun banyak. Rezeki alhamdulillah,” jelas Amelina yang turut kagum dengan semangat para pelakon lain.
A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on
Selain Amelina, drama bersiri arahan Along Kamaludin itu turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Jalil Hamid, Lydiawati dan ramai lagi.
Foto: Instagram Amelina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

