Penyanyi, Nourul Deep ada berkongsi memori mengenai situasi yang pernah melanda dirinya kira-kira 10 tahun yang lalu.
Kata Nourul seperti yang dipetik menerusi salah satu entri yang dimuat naik menerusi Instagram, dia membayangkan diri pernah rasa tertekan dek situasi melanda negara ketika itu.
“Nah ni gambaq lama. Tahun 2009 kalau tak silap. Tahun haru biru hahahha. Tapi alhamdulillah Allah selalu bantu walaupun kami bukanlah yang jenih solat 5 waktu. Habaq sungguh ni. .
“Tahun itu ekonomi mula menurun. Sebab kami tak reti manage finance. Muka senyum tapi dalam hati Allah saja yang tau. Kena macam2. Masa ni lagi 12 bulan kot nak jumpa mr depp.
“I was down. Almost depressed. Fikir masa depan, fikir sorang2, fikir @ayu_ace , dan macam2 lagi. Apa yang kami buat adalah buat perkara yang kami suka. Horseriding. Riding sampai lebam. Lebam kulit! Bukan lain hahahaha.
“Mungkin anugerah Allah sedia ada, rimas dengan negative thoughts. So cari kawan yang positif. Nasib ada @idanoreason dan @suzzieah mereka lah yang banyak bantu dan selalu happy bersamaa sebab they accept me for who i am. Bukan sebagai artis,” tulisnya.
Pada masa sama, dia kini mampu menyatakan rasa syukur kerana Allah telah menemuksnnya dengan seorang lelaki yang boleh membimbing seterusnya mengubah hidup.
“Itu kisah dulu. Alhamdulillah Allah pertemukn seorang hambaNya yang bisa membimbing dan mengubah hidup 360 darjah. Beri pengetahuan dan kebahagiaan yang semaksimanya.
“Through him I have learned about a lot of things especially about this life. Bertuahnya kami. . Bersyukur sangat2. #alhamdulillah.
“Look back in to your life. How you transform. Kalau belum berubah, buatlah perubahan. Maksudnya perubahan yang lebih baik. Dari segi emosi, pemikiran, spiritual dan juga yang paling penting ekonomi,” pesannya buat peminat.
Selepas mengalami episod cinta duka sebelum ini, selebriti serba boleh, Zulin Aziz ada memberikan pendapatnya mengenai cara terbaik yang boleh diamalkan untuk move on dari titik hitam yang pernah menimpa diri.
Malah, dia turut menerima pertanyaan sama dari pengguna media sosial lainnya menerusu teks peribadi.
Lalu, Zulin ada berkongsi sepotong video mengenai perkara itu, sekitar Disember lalu.
“100 kali tutup pintu bukak pintu tutup balik org ketuk org tutup sampailah waktu yg tepat kau xyah bukak pintu ..org tu bukak sendiri sbb dia dah ada kunci .#jodoh
sabar dan terus berdoa pada Allah sesungguhnya Allah sebaik2 perancang. Sekian dari ustazah zulin,” tulisnya.
Sementara dia antara lain di dalam video berkenaan pula berkata;
Assalamualaikum, ramai yang DM tanya saya macam mana cara Kak Zulin move on. Tengok saya gelak ‘hahaha’ macam tak ada masalah.
“Tapi hati saya Allah sahaja yang tahu. Apa yang boleh saya katakan adalah manusia datang dan pergi dalam hidup kita. Jadi saya selalu rasa begini. Bila dia pergi, saya percaya ada yang baik akan menggantikannya.
“Kalau saya tutup pintu hati saya, maksudnya saya tinggalkan kesan yang tidak baik di hati saya. Di mana perasaan akhir yang ada di hati saya adalah kekecewaan. Rugilah. Kita tak boleh tutup pintu hati kita. Kita buka pintu hati kita sebab kita kena percaya Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
“InsyaAllah, selepas dengan ujian Allah akan gantikan dan hadiahkan dengan kebahagiaan, InsyaAllah. Yang paling penting doa, tawakal, berserah, kuatkan iman kita pada Allah semoga kita ditemukan dengan orang yang baik,” jelas Zulin.
Foto: Instagram Zulin Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Beberapa hari lalu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri ada menulis surat secara terbuka buat usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illyas untuk bersua dan ‘mengeteh’.
Lalu, menerusi Instagram, penyanyi lagu Syinta Gila itu ada memberikan reaksi terhadap pelawaan berkenaan.
Katanya, dia bukan tidak mahu bertemu dengan mufti, sebaliknya dia risau masyarakat akan mengharapkan sesuatu di luar jangkaan.
“Bukan xnk jumpa mufti, tp nanti masyarakat suka expect too much . Balek jumpa mufti mesti berubah jd laki.
“Lepastu benda lain lg org akan cakap , marketing lah tu nk keluar lagu baru , produk baru . ATAU lagi 1 penunggang agama . Pastu lagi 1 , bodoh la dia ni memang hati hitam dh jumpa mufti masih x berubah,” tulisnya.
Pada masa sama, Safiey turut menjelaskan dia sudah serik.
“Syinta dh serik dah hahaha . Jumpa ustaz ebit haritu pun korang expect mcm2 . Salah ke nk g belajar ilmu agama tambah ilmu.
“Janji kita tahu kita ni berdosa jahil masih terdetik hati nak keluar dakwah 3 hari. Ada yg nak tambah?,” kongsi Safiey lagi.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan nasihat buat Safiey. Bahkan ada beberapa komen turut dibalas usahawan tersebut. Di samping itu, kelihatan juga komen yang berbentuk kritikan dan kecaman terhadapnya.
Foto: Instagram Safiey lllyas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!