Pelakon terkenal Hollywood kelahiran Australia, Julian McMahon, yang memegang watak utama dalam siri televisyen popular Nip/Tuck dan turut dikenali sebagai Dr. Doom dalam francais filem Fantastic Four, disahkan meninggal dunia pada usia 56 tahun.

Pemergian aktor itu disahkan menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi Nip/Tuck dan juga oleh isterinya, Kelly McMahon, kepada portal Deadline. Kelly memaklumkan suaminya menghembuskan nafas terakhir secara tenang minggu ini selepas berjuang melawan penyakit kanser.

Julian merupakan anak kepada Sir William McMahon, Perdana Menteri Australia ke-20 yang berkhidmat dari tahun 1971 hingga 1972. Latar belakang politik keluarganya menjadikan Julian antara figura seni dari Australia yang mendapat perhatian antarabangsa sejak awal penglibatannya dalam bidang hiburan.

Ads

Dalam Nip/Tuck, Julian membawakan watak Dr. Christian Troy, seorang pakar bedah plastik yang bergandingan dengan Dylan Walsh dalam siri ciptaan Ryan Murphy. Selain itu, Julian turut membintangi watak Dr. Victor Von Doom dalam dua filem Fantastic Four (2005 & 2007) bersama Jessica Alba dan Chris Evans.

Karier lakonannya turut merangkumi siri terkenal seperti Charmed dan Profiler, selain muncul dalam siri FBI: Most Wanted dan produksi Netflix, The Residence. Filem terakhir lakonannya, The Surfer yang turut dibintangi Nicolas Cage, dijangka menemui penonton musim panas ini.

Ads

Imbas kembali, sebelum mendirikan rumah tangga dengan Kelly pada 2014 , Julian pernah berkahwin dengan penyanyi terkenal Australia, Danii Minogue pada 1994 sebelum bercerai setahun kemudian.

Ads

Selain itu dia juga pernah berkahwin dengan model serta personaliti TV Amerika, Brooke Burns pada 1999 dan bercerai pada 2001. Hasil hubungan ini Julian memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Madison Elizabeth Mcmahon yang dilahirkan pada tahun 2000.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI