Pelakon kelahiran Britain, Jonathan Bailey, mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai “Sexiest Man Alive” bagi tahun 2025 oleh majalah terkemuka antarabangsa, People.
Pengumuman rasmi itu dibuat secara eksklusif menerusi rancangan The Tonight Show Starring Jimmy Fallon, sekali gus menempatkan nama aktor berusia 37 tahun itu sebaris dengan figura terkenal dunia hiburan yang pernah menerima gelaran sama sebelum ini seperti George Clooney, Brad Pitt dan Chris Evans.
Bailey yang mula mencuri perhatian menerusi watak Lord Anthony dalam siri popular Netflix, Bridgerton, serta watak Prince Fiyero dalam filem muzikal Wicked, menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai sesuatu yang cukup besar dalam kerjayanya.
Ads
“Anugerah ini agak sukar untuk dipercayai, tetapi saya menerimanya dengan rasa terharu dan bangga,” katanya dalam satu temu bual bersama hos program berkenaan.
Karier Bailey dalam dunia seni bermula di pentas teater di United Kingdom sebelum melebarkan sayap ke layar kecil dan besar Hollywood. Persembahan versatil serta karisma semula jadinya menjadikan beliau antara pelakon yang sering mendapat perhatian pengarah dan penerbit ternama.
Menurut People, pemilihan Bailey tahun ini dibuat bukan sahaja berdasarkan rupa paras dan pesona fizikal, tetapi juga kerana keperibadian serta pencapaian beliau yang mencerminkan gabungan bakat, daya tarikan dan ketulenan seorang bintang.
Sepanjang sejarah penganugerahan gelaran “Sexiest Man Alive”, beberapa figura terkenal lain pernah menerima penghormatan tersebut termasuk Brad Pitt, George Clooney, David Beckham, Chris Evans dan Michael B. Jordan.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak terkenal Indonesia, Bedu atau nama sebenarnya Harabdu Tohar memilih untuk menjalani kehidupan sederhana selepas bercerai dengan isterinya, Irma Kartika Anggraeni, selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga.
Menurut laporan portal tempatan Suara.com, Bedu tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa dengan menyalurkan nafkah bulanan sekityar Rp50 juta (sekitar RM12,500 bagi memastikan keperluan tiga anak hasil perkahwinan mereka terus terjamin.
Hasil perkongsian hidup itu, pasangan berkenaan dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Abrar Darraz Rayyan, Muhammad Devan Zeroun Rafandra dan Brilliant Maylafaisha Jennaira. Anak bongsu mereka, Brilliant, dilahirkan pada 7 Julai 2020.
Selepas berpisah, Bedu menyerahkan rumah serta kenderaan kepada bekas isterinya sebagai sebahagian daripada persetujuan perceraian. Beliau kini tinggal di rumah sewa yang lebih kecil dan sederhana.
Bedu menjelaskan, kehidupannya selepas perceraian lebih bersahaja dan tenang. Beliau hanya memiliki kelengkapan asas seperti tilam di lantai, pendingin hawa dan beberapa perabot penting bagi memulakan lembaran baharu kehidupannya.
Permohonan cerai difailkan di Pengadilan Agama Jakarta Selatan dan disahkan selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan secara baik.
Keputusan Bedu untuk tetap menanggung nafkah dalam jumlah besar meskipun memilih kehidupan sederhana mendapat perhatian ramai pihak yang memuji sikap tanggungjawab dan keikhlasannya sebagai seorang bapa.
Bedu mula dikenali sebagai anggota kumpulan lawak Cagur sebelum aktif sebagai pengacara dan pelakon televisyen di Indonesia.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun menjadi antara peserta terawal tersingkir, penyanyi Dato’ Elaine Kang akui tidak menyangka mampu bertahan sehingga konsert minggu keempat Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), malam tadi.
Menurut Elaine, dia tidak meletakkan harapan tinggi sepanjang pertandingan kerana niat asalnya hanyalah untuk mengubat kerinduan peminat yang sudah lama tidak melihatnya beraksi di atas pentas besar.
“Saya sertai GV12 ini kerana rindu nak bertemu dengan peminat. Pada awalnya, saya hanya nak bertanding untuk satu minggu sahaja tapi rezeki saya mampu bertahan sehingga minggu keempat.
“Selama tempoh tersebut, saya sudah cuba menyanyi dan buat persembahan yang terbaik. Seperti yang ramai tahu, tahap kesihatan saya juga tidak berapa mengizinkan.
“Doktor pun sudah arahkan untuk saya berhenti dan tidak boleh bertanding lagi,” katanya kepada MH.
Elaine berkata demikian ketika ditemui selepas berakhir konsert minggu ke-4 GV12 di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Penyanyi lagu Maafkan Aku itu turut mengakui tidak mampu menahan sebak mengenangkan minggu tersebut menjadi pentas terakhirnya di GV12.
“Sebelum saya mula menyanyi pada malam tadi, air mata saya hampir mengalir. Namun, saya tahan. Saya tak mahu rosakkan persembahan pada malam ini.
“Saya jadi agak sebak kerana saya tahu ini merupakan malam terakhir saya buat persembahan di pentas GV12.
“Kalau saya tidak tersingkir malam ini, saya akan tetap tarik diri,” kongsinya lagi.
Ditanya sama ada dia akan terus aktif di kaca televisyen selepas ini, Elaine memaklumkan dia berhasrat untuk mengadakan mini konsert jika keadaan mengizinkan.
“Saya seorang yang bersemangat tinggi, berani dan kuat. Jika tiada aral melintang, saya akan kembali aktif menyanyi.
“Siapa tahu, mungkin tahun hadapan saya akan buat mini konsert. Biarlah masa dan tuhan yang menentukan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Elaine buat masa ini tidak mahu mengulas lanjut berkaitan keadaan kesihatannya.
“Bermula esok (hari ini), saya akan mula buat temu janji untuk berjumpa dengan tiga orang doktor. Saya enggan berkongsi lanjut mengenai kesihatan saya. Saya tak nak orang risau.
“Jika satu hari nanti, sudah tiba masanya untuk saya berkongsi kepada umum, saya akan adakan sesi sidang media.
“Buat masa sekarang, doakan sahaja kesihatan saya. Janji dengan saya, kalian semua juga perlu jaga kesihatan,” akhirinya.
Pada malam tersebut, Elaine yang berduet bersama penyanyi Dia Fadila menerusi lagu Yesterday Once More gagal menambat hati juri, sekaligus berada di kedudukan terendah dengan markah 46.75%.
Turut tersingkir ialah Shy8 yang berada di kedudukan ke-12 dengan 52.00%.
Tempat pertama pula diungguli oleh penyanyi Singapura, Iskandar Ismail bersama rakan duet Liza Aziz menerusi lagu I Want To Spend My Lifetime Loving You dengan markah tertinggi 84.25%.
GV12 bersiaran langsung dari MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (104), bermula 2 November 2025 selama 12 minggu.
Ia turut boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan sooka.
Musim ini mempertaruhkan 13 bintang Iaitu Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie & Shima)
Shae, Ruri Repvblik, trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) dari Indonesia turut berada dalam senarai bersama wakil Singapura Iskandar Ismail sementara SHY8 pula tampil sebagai peserta wildcard.
Barisan juri terdiri daripada Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS dengan Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad selaku pengacara.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Baiknya hati Dato’ Elaine Kang bila dia sudi agihkan patung Labubu kepada para penonton dan juga juri sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang malam tadi💝✨ Menurutnya, idea untuk menggantung Labubu pada busananya datang daripada pereka fesyennya dan tanpa ragu, dia terus bersetuju kerana melihat keunikannya yang tersendiri 🧸 Lebih manis, hampir 40 patung Labubu dibawa khas semata-mata untuk dikongsi bersama ♥️ Tidak hairanlah Elaine sering menjadi perhatian ramai kerana sentiasa tampil dengan persalinan ‘out of the box’ dan penuh kreatif sepanjang perjuangannya di pentas GV12 🎤💃
Ibu mentua kepada penyanyi Nubhan, Zailah Zainudin, menegaskan dia tidak pernah menuntut RM5 juta sekiranya anaknya diceraikan.
Zailah, 62, turut mendedahkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah serta mencemarkan nama baik keluarganya.
Bekas pensyarah itu pada masa sama turut meluahkan rasa terkilan apabila nama keluarganya diaibkan menerusi pelbagai tohmahan di media sosial.
“Beberapa hari ini, saya dan keluarga melalui ujian berat apabila pelbagai cerita dan tuduhan disebarkan secara terbuka.
“Sebagai ibu, saya sedih apabila nama saya dan keluarga dibawa ke perhatian umum dengan pelbagai tafsiran yang tidak benar,” katanya.
Zailah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Isnin.
Tambah Zailah, dia juga sudah melantik peguam bagi meneliti setiap kenyataan dan hantaran berunsur fitnah serta mengenal pasti langkah undang-undang yang boleh diambil terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu.
“Saya telah melantik peguam, Tetuan Aizat Izuan Shakeel untuk meneliti setiap kenyataan dan hantaran berunsur fitnah.
“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang menyebarkan maklumat palsu serta mencemarkan nama baik saya dan keluarga,” ujarnya.
Dalam masa sama, Zailah sudah tidak mampu berdiam diri selepas pihak tertentu didakwa sengaja mahu memalukan dan menginjak maruah keluarganya.
“Saya tidak akan berdiam diri apabila maruah kami dipermainkan. Kepada pihak tertentu yang terus menyebarkan fitnah, saya mohon hentikanlah penyebaran cerita yang tidak pasti kebenarannya.
“Jangan menambah luka dengan andaian atau komen yang hanya berasaskan khabar angin. Cukuplah fitnah dan kata-kata yang menyakitkan,” jelasnya lagi.
Selain itu, Zailah tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata positif sepanjang anak sulungnya iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menghadapi kemelut rumah tangga dengan Nubhan.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberikan semangat kepada saya serta keluarga. Sokongan semua amat kami hargai. Saya yakin dan percaya bahawa kebenaran akhirnya akan diketahui,” katanya.
Sebelum ini, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan mengejutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya serta memfailkan pengesahan lafaz talak.
Mahkamah Rendah Syariah Sepang kemudian menetapkan 2 Disember ini sebagai tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan penyanyi itu ke atas Dr. Afifah atau Dr. Fie.
Namun, ketika kes di mahkamah masih berjalan, timbul pula dakwaan kononnya ibu kepada Dr. Afiyah menuntut RM5 juta sekiranya anaknya diceraikan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dramatis Laila Nasir tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan terharu apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun lalu menerusi sebuah majlis tertutup yang...