Pelakon Anita Baharom berkongsi tatacara penuh pengurusan jenazah mangsa Covid-19 bermula daripada proses kafan sehinggalah diturunkan ke liang lahad.

Menerusi video tersebut, kain kafan dibentangkan dan jenazah dibalut dengan kain linen bersama dua lapis beg sarung, dan selepas itu baru jenazah dikafankan.

Kemudian proses tayammum menggunakan debu dilakukan mengikut garis panduan yang diberikan Jabatan Agama Islam.

Debu disapukan perlahan-lahan di bahagian wajah dan tubuh badan berlapikkan lapisan kain tadi.

Selepas itu, jenazah akan diletakkan ke dalam keranda yang ditempah khas.

IKLAN

Keranda tersebut akan dinyahkuman terlebih dahulu kemudian dilekatkan dengan gam silikon kemudian dipakukan dan proses nyahkuman dilakukan sekali lagi.

Jenazah akan terus disolatkan oleh petugas di bilik pengurusan jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Van jenazah kemudian turut dinyahkuman beberapa kali sebelum perjalanan menuju ke perkuburan.

IKLAN

Pengendali dan bilik pengurusan jenazah turut dinyahkuman selepas proses selesai.

Jenazah akan ditanam bersama keranda dan diturunkan menggunakan tali. Sepanjang proses dijalankan, hanya tujuh petugas yang akan menguruskan sehingga selesai dikebumikan.

“Pengurusan Jenazah Covid 19. Innalillahiwainnailaihirojiun.

IKLAN

“Ini adalah proses pengurusan jenazah covid 19. #stayathome #dudukrumah,” kongsinya bersama pautan video terkait.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad menjelaskan, jenazah mangsa COVID-19 akan ditayammum atas balutan plastik berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit Ebola.

Foto : Instagram Anita Baharom

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI