Pelakon Diana Daniella berkongsi petikan daripada sidang media di Poland yang mengumumkan penutupan sekolah dan institusi pendidikan selepas menerima 25 kes COVID-19.

Menurut kenyataan Menteri Kesihatannya, negara berkenaan mengambil serius akan wabak yang berlaku.

Malah, penutupan sekolah bukan bererti rakyat boleh pergi bercuti atau meluangkan masa di tempat awam, sebaliknya bertanggungjawab terhadap orang lain dengan duduk di rumah.

“Poland menutup sekolah dan institusi selepas 25 kes, bersamaan dengan kes Malaysia pada gelombang pertama.

“Saya sarankan kerajaan berbuat yang sama memandangkan bilangan kes semakin meningkat tanpa kawalan.

IKLAN

“Kita melihat Wuhan, Itali, Korea Selatan dan Iran, ia menjadi teruk dalam masa dua minggu selepas gelombang pertama.

“Saya bimbangkan negara kita, tolong jangkakan ia lebih teruk daripada mengambil mudah akan kesannya, ia akan menyelamatkan ramai nyawa.

“Saya mengambil keputusan untuk cutikan anak daripada sekolah sehingga yakin dia selamat dalam kalangan ratusan pelajar lain dan guru.

IKLAN

“Kongsikan tindakan dan nasihat anda supaya kita oleh tanganinya bersama,” luah ibu kepada dua anak ini.

IKLAN

Perkongsian aktres ini turut mendapat persetujuan netizen yang rata-ratanya turut bimbangkan soal keselamatan keluarga dan anak-anak.

“Poland Tutup Sekolah Dan Institusi Selepas 25 Kes,” – Diana Danielle Minta Jangan Ambil Mudah, ‘Cutikan’ Anak Sehingga Yakin Wabak Pulih “Poland Tutup Sekolah Dan Institusi Selepas 25 Kes,” – Diana Danielle Minta Jangan Ambil Mudah, ‘Cutikan’ Anak Sehingga Yakin Wabak Pulih

Sehingga kini, Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia Tenggara bagi kes jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) selepas mencatatkan 428 kes, dengan sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Foto : Instagram Diana Danielle

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI